Tercampak

Assalamualaikum semua. Firstly thank you admin sbb sudi siarkan confession ni. Ni first time aku confess kat sini. Rasa cuak gak kot2 ada orang boleh teka siapa aku huhu. Anyway aku cerita straight to the point je terus k. Cerita dia macam ni. Masa sekolah dulu aku suka sangat subjek chemistry. Dalam banyak² sembilan subjek tu, chemistry la yang aku boleh bawak. Lepas spm aku nak sangat masuk satu universiti ni. Sebab kat situ aku dapat belajar bahasa arab. Yela dulu aku sekolah sains je. Last sekolah agama masa darjah 6 so aku teringin jugak nak belajar balik bahasa syurga ni. Alhamdulillah aku dapat 2nd choice, asasi farmasi. Sambil tu aku dapat belajar bahasa arab sekali. Tapi aku tak tahulah, mungkin Dia dah susun yang lebih baik utk aku. Aku tak dapat sambung farmasi pun time dah masuk undergraduate. Aku tercampak kos lain. Aku ingat lagi asasi first sem dulu aku dapat killer subjek serentak. Fizik dengan maths. Korang power la subjek tu aku maths memang hampeh la. Honestly aku nak congak pun lembab haha. Pointer first sem aku teruk gila. Walaupun sem² lepas tu pointer meningkat tapi still tak dapat cover pointer first sem tu.

Aku tak kisahla tak dapat farmasi pun sebab aku tahu kos tu berat sebenarnya. Cuma yang buat aku kecewa sebab, dulu head department pernah cakap kat aku kalau pointer 3.3 ke atas tu still boleh consider lagi lah (kononnya). Penipu. Budak 4 flat dah bersepah sekarang so korang jangan percaya sangat dengan statement tu. Senior aku untunglah time diaorang tak banyak competition. Pointer tak sampai requirement pun still dapat jugak kos yg diaorang nak tu. And masa last sem asasi dulu aku dapat interview utk masuk kulliyyah farmasi. Aku ingat lagi. Interviewer tu cadangkan aku jadi nuclear pharmacist sebab tak ramai lagi lecturer yang available utk area tu. Diaorang ni macam bagi aku harapan padahal kalau aku tahu la yang diaorang tak nak terima aku, memang aku tolak awal² interview tu and apply kos lain. Sekarang ni, entahlah. Aku tak nampak jalan. Aku bersyukur memang aku masih lagi diberi peluang untuk sambung belajar. Cuma.. Rasa sakit hati tu sampai sekarang tak boleh buang. Rasa nak give up pun ada. Baik aku berenti daripada aku tanggung hutang ptptn untuk something yang aku tak nak. But I have to. Aku masih fikir jerih perih ibu abah berhempas pulas sampai aku dapat masuk universiti. Kalau tak aku terpaksa keluar daripada universiti ni yang dulu aku pernah sayang sangat².

Cliche kan. Pesan aku, study la betul2 jangan pemalas sangat. Homo sapiens are getting smarter each day so please get out of your comfort zone.

Terima kasih sudi baca isi hati aku yang tak seberapa ni. Tolong doakan aku dapat bertahan sampai grad nanti. Jangan jadi macam aku. Sekian.

– Cassandra

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit