Terima Seadanya

Terima Seadanya

“Terima aku seadanya.”

Ok. Ni bukan tajuk novel atau drama baru. Biasa sangat kita dengar orang cakap ayat ni, especially dalam hubungan.

Bila dalam hubungan, kau akan expect pasangan kau untuk terima kau sedanya. Betul tak? Aku rasa hampir semua orang akan fikir / cakap macam ni. Tak tahulah kalau ada segelintir istimewa yang rasa taknak pasangan dia terima diri dia seadanya. Wallahua’lam. Mungkin ada.

Tapi, sejauh mana kita patut expect orang lain untuk terima kita seadanya?

Contoh. Kau memang naturally pemalas. (sebenarnya bukan ‘naturally’ since pemalas is a character that resulted from habits or routines yang mendorong kepada perangai tersebut.)

Ok, sekali lagi, kau ni pemalas. Katakanlah kau lelaki, kau jenis yang kalau basuh baju tunggu 3 minggu baru nak basuh, kalau makan pastu malas nak kemas, kalau bangun tidur malas nak kemas katil, kalau buang air malas nak flush, kalau tandas kotor malas nak cuci, macam macam jenis malas lagi lah.

Pastu, kau pun jumpa lah jodoh, pastu kau kahwin. Dan kau teruskan istiqamah dengan perangai malas kau yang macam tu. Mungkin seminggu dua awal awal kahwin tu kau cuba la, cubaaa la untuk jadi pe-rajin. Tapi, disebabkan kau malas nak cuba, kau pon revert back to ‘keadaan asal’ kau yang pemalas tu.

Dan kau pun mengharapkan isteri kau boleh TERIMA KAU SEADANYA.

Kau rase?? 😞😒

Ok2, disebabkan Allah itu Maha Adil, makanya aku kena adil jugak.

Katakanlah kau perempuan. Dan kau pemalas.

Lepas kahwin, kau malas nak bangun awal, kau malas nak kemas rumah, malas nak sapu lantai, malas nak masak, kalau masak, malas nak cuci segala periuk belanga pinggan mangkuk, malas basuh baju, malas jemur baju, malas lipat kain, malas segalanya kakk..

kau rasa ada ke suami yang boleh tahan dan menerima kau seadanya kalau dalam keadaan cenggitu haa..?
(melainkan mungkin kau kawin dengan lelaki yang kat atas tadi tu kot)

Itu baru bab malas. kalau jenis suka maki2, jenis cepat melenting, jenis baran, jenis perokok tegar, jenis degil, jenis suka cari gaduh, jenis kuat membebel, jenis auka melepak malam walaupun dah ada anak bini, jenis kuat main games tapi abaikan tanggungjawab, jenis taknak bagi nafkah, jenis suka try test market, dan macam macam lagi lah. Manusia kan ramai.
.
.
.
Boleh nampak tak point yang aku cuba sampaikan? Kalau tak boleh aku cuba bagitau jugak la..

Yes. “terima aku seadanya” is something legit. (at least for me). Tapi mungkin ada beberapa perkara yang kita patut tahu @ ambil tahu before expecting others to accept us for who we are.

1) KENAL DIRI KAU

Kau patut tahu diri kau tu macam mana and whether sikap kau tu memberi faedah pada orang lain atau sebaliknya. Kalau kau jenis pemarah atau suka melenting ikut suka tak kena tempat, kau tak boleh expect orang akan faham kau dan terima kau just like that. Kau kena tahu samada negative atau positive perangai kau pada orang sekeliling, or at least pada orang yang hidup dengan kau (family, spouses, friends, etc). Kau rasa kau tak cukup kenal perangai kau? Senang. Tanya orang yang kawan dengan kau, atau yang tinggal dengan kau. Kau janganlah tanya sorang je, nanti takut opinion dia mungkin x valid. Cuba tanya 3 4 5 6 7 8 orang. kalau dah 6 daripada 8 cakap benda sama. In shaa Allah, sah la tu kau macam tu. (kecuali diorang semua pakat nak kenakan kau, nasib la)
.
.
2) BE OPEN MINDED

Cuba bukak hati dan minda untuk terima kritikan orang. Kalau pun kritikan dia tak membina, kau sendiri yang positifkan apa dia cakap dan bina balik diri kau dengan sikap yang lebih baik. Kenapa? Sebab kita hidup kat dunia ni bukan sorang2, kita hidup dengan manusia yang lain, melainkan kau memang tak jumpa orang langsung. Which is agak mustahil.

Jangan pulak kau fikir, “kenapa aku yang kena ubah? Kenapa asyik aku je? Kenapa aku yang kena berkorban? Kenapa? Kenapa??”

Dah dah jangan nak drama sangat.. kalau tak puas hati sangat.. slow talk dengan orang tu sampai sama2 faham..
.
.
3) BERUBAH. DAN USAHA UNTUK BERUBAH.

Ye. Cuba berubah menjadi lebih baik. Benda ni tak semestinya untuk yang kawin je. Even dengan keluarga sendiri, ngn mak ayah, ngan adik beradik, ngan kawan kawan, dll. Usaha untuk berubah. Jangan janji dengan air liur je. Orang yang ada dengan kau boleh nampak samada kau usaha atau tak. Ini dah dengar banyak kali nak ubah, tapi duk takat tu jugak la. Sebab? Tak usaha. Niat je yang ada. Yelah, dia ingat dah niat tu Allah bantu permudahkan jalan dia lah tu. Betul, Allah akan bantu, tapi Dia akan bantu orang yang bantu dirinya sendiri dulu. Usaha beb. Jangan duk inshaaAllah inshaaAllah sampai ke sudah.
.
.
konklusinya,aku tak perlulah nak buat konklusi. Aku rasa semua orang faham benda ni dan myngkin ramai yang alami / hadapi situasi di mana kita kenal dengan orang yang ada ‘perangai’ dia, tapi dia xnak ubah.

dan apa yang aku cakap ni tak tertakluk pada mereka yang tak berkemampuan untuk mengubah keadaan tu. Contoh, mungkin macam Orang yang Kurang Upaya, atau wanita yg mengandung atau lain2. (wanita mengandung mmg kdg2 ada perangai, dorg ni pn ada macam2 jenis, mgkin ada yg mampu lawan diri dari buat perangai pelik, dan mungkin ada yg x mampu) Kena faham lah sikit.

Oklah. Bai.

– Insan yang cuba berubah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments