Terlanjur: Perspektif Lelaki

Terlanjur: Perspektif Lelaki

Assalammualaikum WRWB. Aku doa semua dalam keadaan sejahtera. Thanks in advance pada admin kalau perkongsian aku ni disiarkan. Aku terfikir nak menulis ni pun sebab aku tengok banyak confessions oleh wanita yg terlanjur. Aku rasa elok aku share beberapa perkara yang wanita patut tahu tentang kami kaum lelaki supaya mengelak jadi mangsa.

Perkongsian aku ni daripada pengalaman sendiri dan pengalaman kawan-kawan rapat. Aku ngaku awal la ya, ada aspek dalam perkongsian ni akan buat korang tergamam. Tapi kebenaran tu mesti disampaikan walaupun pahit. Dan aku galakkan lelaki yg membaca memberikan additional tips jugak kepada kaum wanita.

1st – bercouple. Just accept it – bercouple ni takde dalam Islam. Say whatever you want, tapi bercouple ni adalah first step paling common dalam terlanjur ni. So sama ada korang di sekolah, IPT or dah bekerja, elakkan la. Yang acah konon keluar ramai-ramai tu, it is only a matter of time before korang end up keluar berdua. Dah keluar ramai-ramai pun, tetap duduk bersebelahan. Eventually korang sure akan dating berdua punya.

Seperkara nak bagitahu tentang laki. Bila satu pasangan keluar bersama daripada pagi, si laki tak semestinya akan ada niat jahat. At times dia takde any plan pun. Tapi as time goes by, dalam tempoh beberapa minit je niat tu boleh datang secara tiba-tiba, tak kira la alim mana laki tu or sayangnya dia pada si perempuan. Tau-tau petang or malam terus cari port. Bila dah niat jahat ni, syaitan sure tolong bagi ilham punya.

Ni jangan salah faham aku cakap ya. Masa aku belajar aku kerap tengok kenalan aku yang ada rupa or segak suka keluar dengan perempuan yang kurang dari segi fizikal dan rupa. Balik drpd dating, di tangan dah ada baju baru, barang baru. Si perempuan belikan. Maybe sebab perempuan yang kurang rupa ni self esteem rendah jadi mudah dipergunakan. Sama ada laki-laki kasanova ni dapat lebih daripada tu daripada si perempuan, korang rasa camne?

Kami laki bukan tak tahu korang perempuan suka dibelai, bermanja, acah merajuk mintak dipujuk. Tu satu lagi cara laki menjerat.

Kadang laki tak perlu pun terus ke arah intercourse. Ada laki yang setakat bermula dengan pegang tangan, lepas tu bawa ke cuddle dan peluk. Then, faham-faham sendiri lah kan.

Aku teringat ada satu kawan aku sanggup follow Kpop sebab si perempuan taksub pada Kpop. Bayangkanlah betapa komited laki ni nak kendurkan hati perempuan, sedangkan logik ke sorang laki suka tengok perempuan yang dia ngaku dia sayang tergilakan laki lain.

Another thing yang orang perempuan zaman sekarang also kena berjaga. Kami orang laki sentiasa pay attention pada apa yang perempuan minat. Bukan kami tak tahu ramai perempuan bila tonton drama Melayu time Maghrib, ramai je yang berangan nak boyfriend macam dalam that drama. Masa novel dan filem 50 Shades keluar, kami tahu ada sesetengah perempuan berfantasi untuk ada Mr Grey korang sendiri.

Bagaimana aku tahu semua ni? Sebab ada sebahagian daripada taktik yang aku cerita di atas, aku dah pernah guna pun. Cuma bezanya beberapa kali aku nyaris terlanjur sampai pernah dah ada dalam bilik hotel, ada je perkara jadi dan Tuhan sentiasa selamatkan aku daripada rosakkan anak dara orang. Dan aku bukan handsome pun, ngayat takde power mana, tapi masa fasa aku jahat tu aku tau nak cucuk kat mana.

Jangan salah faham ayat aku ni – tapi sesungguhnya aku beratus kali lagi percaya yang perempuan mampu jaga diri dia daripada aku percaya laki mampu kawal nafsu dia. Ni bukan aku nak kata laki boleh lepas daripada tanggungjawab, no, tapi aku sebagai laki tahu potensi kejahatan laki ni. Percaya la, ada sebab Islam arah perempuan jangan bertabarruj, jaga aurat, semua sebab Islam recognize nature wanita ni camne.

Pada orang yang rasa perlu bercouple untuk kenal pasangan, korang percaya saja pada janji “Lelaki baik adalah untuk wanita yang baik”. Perasan tak kadar perceraian makin naik – tak percaya boleh rujuk statistik Jabatan Agama. Selalu perkara ni dikaitkan dengan majlis perkahwinan yang tak ikut syariat..tapi kita lupa, permulaan kebanyakan pasangan kat Malaysia ni ramai yang bercouple dulu, dating dulu. Sedangkan Islam suruh kita jaga dalam bab ikhtilat. Mana nak datang keberkatan kalau daripada awal kita dah mulakan dengan cara yang salah.

Kalau ada yang wondering bagaimana status aku sekarang..aku bujang lagi. Dah malas bercouple. Dulu pun mak aku cukup tak suka aku dating dan angkut anak dara orang ke sana sini. Jadi aku sedang improve diri aku sebaik boleh supaya Allah SWT takdirkan jodoh aku dengan wanita yang baik.

– Muhammad, J

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments