Testimoni Al-Mulk dan Al-Waqiah

Testimoni Al-Mulk dan Al-Waqiah

Salam, terima kasih admin sebab approve.
Sebelum itu aku nak minta maaf kalau penulisan aku ni pembaca semua tak faham atau blur..

Kisahnya begini, bulan lepas aku ada baca kat iium ni tentang baca surah Al Mulk dan Waqiah sebelum tidur mampu murahkan rezeki. Ok, lepas aku baca confession tu aku tergerak hati lah nak buat. Aku perasan lepas buat tu beberapa perkara jadi kat aku.

1. Duit tak putus-putus.
Nak jadikan cerita beberapa bulan lepas aku memang duit tinggal dalam 3 ringgit je dalam dompet. Tapi aku buat relax jelah sebab aku stay dengan mak ayah kat rumah plus aku tengah tunggu konvo dan kerja sambilan. Waktu tengah rehat kat tempat kerja aku nk beli makanan dengan duit yang ada bila bukak je dompet, terkejut makk aiii ade note 50 kt dalam tu. Aku pikir, ni mesti mak aku bagi ni. Balik tu aku tanya lah mak dan mak pon cakap dia yang letak sebab tengok dompet aku ade sikit je duit. As usual lah, aku pon acah-acah cakap tak yah lah susah-susah mak. Padahal dalam hati gembira tahap maksimum.

Minggu lepas, macam biasa duit aku tinggal beberapa ringgit je dalam dompet. Tiba-tiba adik aku ade bagi job kat aku dan bagi aku upah. So, aku pon ambil lah job tu plus aku memang kering. So, boleh lah tambah duit belanja aku.

Semalam, kakak aku hulurkan kat aku sejumlah wang untuk buat belanja.

2. Aku semakin tenang

Bulan lepas aku putus cinta dengan orang yang aku sayang dan berharap dia lah jodoh aku. Tipu lah aku tak kecewa, ambil masa jugak lah aku nak lupakan dia. Aku perasan, sekarang aku lebih tenang dan bahagia. Walaupun kadang-kadang teringat, tapi takda lah meroyan macam dulu-dulu.

3. Hubungan lebih baik dengan semua orang.

Ok, ni aku perasan orang sekeliling aku mula baik dengan aku. Hubungan aku dengan mak ayah aku semakin rapat. Mak ayah aku pon dah jarang ada perselisihan faham (aku sedekahkan jugak bacaan aku pada mak dan ayah aku),.

4. Pagi yang lebih tenang.

Aku perasan bila malam sebelum tidur tu aku baca, pagi esoknya tenang dan seronok. Berbeza kalau aku tak baca, pagi esoknya rasa biasa-biasa dan mood pon x sebaik bila baca.

Kesimpulnnya, rezeki Allah nak bagi dalam banyak cara. Tak semestinya dalam bentuk wang. Lagi satu, bila kita amalkan bacaan ni, sekurag-kurangnya dalam dada kita ni ada Al-Quran dan lidah tak keras nak alunkan bacaan Al-Quran kan? Ok, sampai sini saja dari aku. Maaf kalau penulisan aku ni berterabur dan hambar, sebab aku tak pandai nak tulis panjang dan berbunga. Ok, moga perkongsian aku ni bermanfaat.

– suko

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments