The Survivor

Assalammualaikum untuk semua readers. Ucapan terima kasih kepada admin jika sudi siarkan cerita aku yang tak seberapa ni. Aku Nina (opkos bukan nama sebenar), berusia awal 20an. Macam yang hampa tengok, cerita aku bertajuk survivor (act, aku tak dek idea nak letak tajuk apa, hihihi). Tak dek lah survivor sangat aku ni,huhu. Cuma disini, aku nak share dengan hampa, part aku survive hard time duk di universiti selama 3 tahun. Tujuan aku share bukan untuk menunjuk yang aku acah-acah kuat,bukan juga untuk meraih simpati orang, jauh sekali untuk masuk rancangan Bersamamu. Kikiki. Saja-saja je sharing. Itu pun sebab aku ada terbaca komen kak ni, dia tulis, “ada lagi ka budak-budak univ zaman skrg sanggup kerja masa di univ?”. Jangan risau kak, bukan kau sorang ja. Kita senasib. Dan aku ni tak pandai menulis karangan bercerita, so, kalau korang baca cerita aku, ada yang tak clear, jangan terus menerus judge aku, sebaiknya bersangka baik kata ustaz. And, kalau sapa yang baca, pastu dapat detect aku si confessor, jangan gatai-gatai tangan tag nama aku noh. Aku gigit jari hang satgi. Haa. Okay lah, let’s begin.

Kira-kira masa sem 1 dulu, aku alami tough journey bila mana PTPTN aku ada masalah. Means, semua orang da dapat PTPTN, aku sorang takdek. Mak bapak aku, ada jugak hulur tapi RM100 je la dalam masa dua bulan. Haa, kau survive lah dengan RM100, tu dalam masa dua bulan. Aku bukan nak cakap apa, tapi zaman la ni, kau beli dua, tiga barang pun da hampir RM100. Kan ? Masa tu aku dah tak tahan. Mana tidaknya, setiap hari aku mencekik Maggie je. Dalam hati aku kata, alamatnya, pendek umur lah aku macam ni. Mak ayah aku bukan tak tanya aku, ada duit ke tak. Ada je tanya. Tapi, jawapan aku, mestilah cakap ada duit lagi walaupun dalam dompet tinggal dua kupang ja. Bukan aku tak nak minta, tapi aku kesian dengan mak pak aku, depa pun nak support adik-adik yang masih bersekolah. Selagi aku boleh survive makan Maggie, aku makan je lah.

Aku ambil keputusan untuk kerja part time dekat kedai makan yang ada dalam university tu. Dapatlah dalam sebulan, RM100, boleh aku buat belanja makan dan sebagainya. Tapi biasalah penat nak cari duit. Tumit kaki sakit. Time memasak tu, minyak terpecik-pecik, melecur tangan, muka. Hilang RM1000 duit hantaran aku. Kikiki. Dengan struggle untuk maintain kan pointer lagi. Ermm, macam-macam. Maybe ada yang persoalkan, kenapa tak minta yayasan daripada negeri. Beb, aku punya negeri bukan macam Terengganu, ada macam-macam yayasan. Abis tu negeri mana ? Haa, itu rahasia. Huhu. Memang aku dapat zakat negeri tapi boleh minta sekali je lah tu pun RM900 tak silap aku. Adoi. Aku pernah juga datang ke pusat ACIS untuk minta zakat dari situ, boleh pulak kak tu kata, “Dik, mai nanti bila dah sem 6 nah, time tu adik lagi banyak nak pakai duit. Time ni minta zakat, buat joli ja”. Aihh, aku lah, panas hati je dengar kak tu cakap macam tu. Al maklumlah, budak sem 1 baru, innocent gitu, tak berani nak melawan, dengan lurus bendulnya balik ke kolej dan makan Maggie.

Pernah satu hari, aku masuk ke kelas, tiba-tiba lecturer panggil aku. Dia tanya aku tak bayar yuran pengajian ka, sebab dia check nama aku dalam sistem, kena gugur taraf. Haa, sudah. Bila aku dengar bab gugur taraf tu, tiba-tiba aku rasa gelap je dunia ni. Aku pun cakap lah, aku tak dapat PTPTN lagi. Biasanya kan, depa yang dapat PTPTN, akan ditolak siap-siap yuran pengajian. Masa tu, aku bodoh lagi, tak tau yang kata boleh buat surat, untuk minta tangguh bayar yuran. Perasaan sedih tu, sampai hari ini, aku ingat lagi. Dalam hati ni kata, berat sungguh ujian Allah. Nak minta mak pak aku bayarkan pakai duit depa, memang tak lepas lah jawabnya. Mujur, roommate aku hulurkan bantuan untuk aku. Pinjamkan RM500++ untuk bayar yuran memandangkan waktu pembayaran tu dah tamat tempoh, nak tak nak, aku kena bayar cepat. Aku tak akan lupa, jasa kau, sahabatku.
Dan, untuk beberapa kalinya aku diuji semasa sem 6. Aku sebenarnya adalah budak extend. Dengan hati yang tak rela, aku datang balik ke university. Disebabkan aku extend, aku malas nak berebut kolej, aku dok rumah sewa. Sem ni memang aku dapat PTPTN lagi, tapi tulah, setara mana jah PTPTN tu dengan ekonomi sekarang. Aku dapat RM3000++ dan bila ditolak yuran siap-siap tinggal, RM2000++. Aku belanja duit tu untuk bayar hutang-hutang kawan sebanyak RM500++ (jangan tanya kenapa hutang dengan kawan sampai beratus-ratus). Tinggal RM1000++ dan untuk rumah sewa 5 bulan, RM500. Balance, duit belanja makan dll. Itu belum lagi, adik aku call, mintak duit. “Along, nak RM100, long, nak RM50”. Apa dia ingat aku ah long ka. Alahai. Tapi, sebagai seorang kakak yang simpati melihat adik nya makan Maggie setiap hari, aku hulur jugak duit. At the same time, aku boleh ringankan beban mak pak aku. Tak perlu lagi depa bagi adik-adik aku duit belanja.

Pada akhir semester itulah,aku ada krisis duit di mana dalam bank ada RM100 je..sob..sob..dan masa tu aku perlukan RM300 untuk bayar keperluan-keperluan aku. Aku minta dengan ayah, RM100, lepas tu, itu kali terakhir aku minta. Tiba-tiba je, rasa bersalah ni membuak-buak dalam diri. Yelah, aku ni dah la extend, minta duit dekat mak pak. Kalau aku tak extend, mesti aku boleh kerja dah sekarang. Dah boleh support adik-adik aku yang bawah. Sedih tu memang ada tapi dah bahagian aku macam ni, terima je lah. Untuk survive dan cari RM300 tu, aku nekad untuk bisnes nasi berlauk. Awal-awal sendu je, biasalah, nak menapak dalam dunia bisnes ambil masa ditambah pula dengan adanya pesaing. Apa-apa pun, aku percaya, rezeki Allah ada di mana-mana. Sebab tu, aku tak risau. Datanglah, 100 orang yang jual sama macam aku jual, kalau Allah dah kata, rezeki aku, banyak ni, Alhamdulillah. Ermm, panjang pulak ceritanya.

Setiap hari aku buat 20 bungkus nasi. Awal-awal tu, pernah je terjual dua bungkus. Nak tak nak, aku terpaksa round kolej, ketuk bilik ke bilik, tanya, “adik nak beli nasi?”. First time memang malu. Sampai ada yang dok pandang lain macam kat aku. Dok gelakkan aku. Aku pun tak tau apa yang lawaknya bila aku tanya nak nasi ke dak. Haiih, sabar je lah. Dan aku buat semunya seorang diri. Aku buat sorang-sorang, sebab tak dek geng nak join. Huhu. Masak sendiri dan hantar makanan sendiri. Time round kolej, kiri kanan pegang bungkusan nasi yang agak berat, ditambah dengan helmet. Kolej tu pulak ada empat tingkat, kena naik turun tangga. Da nak maghrib, baru dapat balik rumah. Balik rumah, keletihan. Tengok kaki dah bengkak sebab berdiri lama dan berjalan banyak. Tangan sakit sebab pegang benda berat. Tapi, aku buat biasa je. Tahan je lah. Nak buat macam mana. Kalau tak bisnes, tak dek duit. Malam pulak aku spend masa untuk study, pukul 1 baru tidur. Penatnya ya Tuhan. Haha.

Mak ayah aku tahu je yang aku bisnes ni, dan mereka semua minta maaf pada aku. Katanya mereka ibu bapa yang tak sempurna dan tak dapat beri keperluan secukupnya untuk anak-anak. Aku tak pernah rasa terbeban macam tu, sebab apa yang jadi pada aku, itu lah ujian untuk mendewasakan aku. Mungkin ada reward yang Allah nak bagi pada aku diakhir nanti. So, sabar je lah. Dan bila aku dah rasa penat mencari duit sendiri, baru aku tahu, begini rupanya mak ayah cari duit untuk besarkan aku dan adik-adik. Kami, anak-anak tahu minta duit je kalau tak cukup. Betul tak ? Ayah aku pun bukan muda lagi, umur 50an. Mak pun ada macam-macam penyakit. Kadang-kadang aku termenung mengenang kan ujian ni. Tapi, aku sedar, ada orang yang lebih besar ujiannya berbanding aku. Susah-susah aku pun, pernah merasa Kepci, SR. Haha.

So, itu saja cerita aku. Minggu lepas adalah hari terakhir aku survive di university memandangkan aku adalah pelajar tahun akhir. Dan bila terkenang balik moment pahit manis tu, actually aku rindu. Hambar jugak hidup ni kalau tak dek cabaran. Right ? So, hampa yang ada moment macam aku, saja-saja nak throwback susah payah masa mengaji di university, boleh lah share di ruang komen. Terima kasih sebab baca. Jumpa lagi !

– Nina

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit