This Is Life

This Is Life

Aku kahwin lepas habis degree, tengah half way untuk ambik phd since dpt first class degree aku boleh skip masters. This is not a romantic story. Not a success life story either. Ni cerita mengenai macam mana pun kau plan, macam mana pun kau dah atur hidup kau, Allah yang maha menentukan. Walaupun kau dah rasa dan pilih yang terbaik untuk diri kau, tapi qada dan qadar pada Allah semuanya.

Ceritanya bermula masa aku nak habis study. Antara lelaki A dan Z. A ni kawan aku dari tadika. Kawan rapat start sekolah menengah ala2 nak bercinta la tapi on the phone sahaja sebab kami belajar jauh2. Bila masuk U pulak, dia di malaysia dan aku, well, somewhere else. A ni very caring, memahami aku, very supportive, sangat2 penyabar and masuk la jiwa aku n dia. Family pun saling mengenali. He knows how to handle me n i know how to handle him. Walaupun contact on the phone saja tapi kami memang always contact. Kira dari bukak mata sampai tutup mata akan sms, skype or call each other. A ni physically very macho guy. Tall, dark and handsome lah kira. Bukan jenis main perempuan. Benda yang aku tak suka pasal A ni is dia very heavy smoker. Sangatlah heavy smpi hitam bibir. Smoking since umur 13 tahun. Dah tu jenis solat terbabas. Aku tahu sebab kan kitaorang contact each other all the time. Selambe badak je ngaku subuh kul 10pg. Kadang isyak masa subuh. Dia cukup solat 5 waktu, cuma suka hati dia ja waktu bila dia nk solat. Haih..

Masa aku habis study, Z ajak aku kawin. Bila aku bagitahu A dia cakap please wait for him untuk habis belajar sebab dia tak ada perempuan lain selain aku dr dulu sampai sekarang.

So sebagai orang islam, dengan cliche nya aku pun solat istikarah. Aku list down buat perbandingan antara Z dan A. Aku test Z ni mcm2. Aku solat lagi dan lagi. Timbang tara antara A dan Z.

Since dari sekolah menengah cita2 aku tak lain tak bukan nak jadi suri rumah dan isteri solehah who owns a phd. Aku nak phd sebab aku nak gapai the highest state a formal education can offer. Nak jadi suri rumah sebab aku nak didik anak2 aku sepenuhnya dan nak jadi isteri solehah sebab nak masuk syurga dari mana2 pintu yang aku suka.

Berbalik kepada Z. Z ni senior satu U dengan aku masa study. Since duduk negara orang yang kita golongan minority, hubungan antara student2 Malaysia memang rapat. Semua saling mengenali. Masa aku freshie, dia dah final year. Lepas grad dia terus balik Malaysia. 3 years after, dia meluahkan hasrat dia nak kahwin dengan aku, dia dah ada kerja yang orang pandang tinggi la kiranya, kereta dan rumah. Z cakap dari dia habis belajar memang dia prepare everything for his future wife and kids. Dia tak pernah bercinta sebab he was busy building himself for his future. Dalam course dia pun dia antara top student. Kesayangan lecturer2 sebab he was kindda genius. Jenis 4 flat punye student. Tapi biasa la budak2 pandai ni tak dak maknanya nak handsome. Physically memang hancur la Z ni. Kehidupan Z ni sangat teratur dan nampak dia matang dalam tindakan dia. Dia pulak tak pernah ajak aku dating tapi terus mintak izin datang rumah untuk kenal2 dengan family aku. Siap mintak kebenaran abah aku untuk kawan dengan aku so kalau serasi nak jadikan aku isteri dia. Mencairkan jiwa kan tindakan Z ni? Honestly, bila dia very straight forward dgn abah aku dan nampak future aku dah stabil kalau aku dengan dia, so i choose Z.

Kesian A. Kecewa sangat. At the end dia maki2 aku cakap aku tak setia lah apa. In my defense kitaorang tak pernah declare apa pun. Plus bila aku istikarah memang perasaan aku kuat pada Z. Maybe disebabkan oleh faktor dia yang seems so ready to build a family dr A yang masih kurang matang masa tu.

Fast forward 5 years later, sekarang ni la kan, well, sekarang ni aku full time bekerja dalam pekerjaan yang quite stable dan pekerjaan aku ni kira rebutan orang la jugak, paling penting, im good at my job, dah 2 tahun berturut2 aku dapat award best overall employee dari boss besar dan aku dah ada sepasang cahaya mata yang sihat, bijak, comel.

My phd? Kantoi halfway through. Benda yang aku cuba synthesis tak menjadi. Berbillion cara aku cuba tak berjaya. Maybe muda, kurang sabar dan kurang pengalaman pun menyumbang ke arah kegagalan aku jugak. Biasiswa dah tamat tapi aku tak dapat hasil. So i decided to quit and pay back my scholarship.

What about Z? He’s currently unemployed, 100% hidup dia dan anak2 kami aku yang bela, rumah yang dia beli abang dia duduk dan kereta dia adik dia bawak sampai eksiden teruk end up total damage. What happen to his “stable” job? No such thing as stable dengan ekonomi macam ni. Kena buang bila kilang ditutup. Dah bertahun cari kerja tapi tak dapat. So dia decided to venture into business. But after a year of trying, no profit or what so ever at all. Currently, dia 24/7 on fb and insta, lepak kat rumah tungu petang aku balik masak. Anak2 hantar taska semuanya sebab dia tak boleh jaga anak kat rumah “nanti anak gangu dia bisnes”.

Life did not turn out like i expected. Aku tak pernah membayangkan aku akan jadi career woman. All i want dulu adalah duduk rumah jaga anak dan suami. Tapi sekarang terbalik. I’ve laid out my life plan since school, tapi Allah has brought me to where i am now. I’ve chosen the best man to fullfil my life plan but that didnt happen. End up aku pulak yang bela laki aku. How ironic.

As for “isteri solehah”, i dont think im even close to that. U see, bab tangungjawab ni, kalau kau sebagai suami tak galas tangungjawab kau sebaik mungkin, isteri takkan respek kau. Aku dah tak ada perasaan kat suami yang i used to look up to. Kalau aku nak kupas pasal ni, baik aku ke page KRT kan. So lets stop about it here.

As for A, he’s the reason why i wrote this. Tengah scroll fb nampak kwn satu sekolah rendah dengan aku dan A share artikel yang A tulis sendiri. Aku x add A so aku tak tahu perkembangan dia sebelum ni. He’s married now with a beautiful wife and 3 kids. Dia tulis pun pasal kekecewaan dia terhadap seorang perempuan yang menjadi asbab dia berjaya dalam hidup sekarang ni. Obviously aku la kan perempuan tu. Dia bukak bisnes kecil-kecilan sampai sekarang bisnes dia dah maju. His wife pulak ex doktor yang quit her job to be a housewife.

It got me thinking, that could have been me. If i just wait for A i could have the life that i wanted. Tapi kalau fikir balik, A berjaya sebab dia kecewa dengan aku. Mungkin kalau aku berkahwin dengan A life will be the same macam life aku n Z.

So , yeah:

Kadang2 kita tak dapat apa yang kita nak tapi Allah bagi apa yang kita perlu.

As for me, aku tengah cuba untuk redha. Mencari hikmah disebalik kehidupan aku. Mungkin ada teguran Allah nak bagi pada aku. Mungkin bahagia aku belum tiba. Wallahualam.

– Kira

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments