Tidak Gembira di Bulan Puasa

Tidak Gembira di Bulan Puasa

Assalamualaikum semua. Kalau artikel ni tersiar, terima kasih kepada admin, kalau tak, takpa.

Camni, straight to the point. Famili aku ni based on patriarki (bahasa mudah: lelaki mendominasi dan berkuasa dalam satu-satu organisasi; termasuklah keluarga). Adik-beradik aku ramai, 8 orang, 4 orang laki, 4 orang pompuan. Aku anak bongsu, pompuan. Bapak aku pegang kuasa veto, pape laki-laki dulu. Nak bagi contoh la patriarki keluarga aku ni, dulu-dulu, kakak aku nak guna moto famili untuk kerja, sementara waktu sampai tunggu dia cukup gaji nak beli moto lain, tak boleh, bapak aku cakap abang aku lagi perlu, padahal abang aku tu duk kat umah ja tunggu abis cuti semester.

Merujuk pada tajuk aku, aku rasa semua pompuan boleh faham kot perasaan aku. Bab dapur di bulan puasa. Aku tak tahu la famili korang camne, tapi famili aku, pompuan ja masuk dapur. Bapak aku dengan anak-anak laki dia tu, masuk dapur bila makanan dah masak ja. Lepas makan, tinggal, tak basuh pun pinggan, Aku tak tahu la ceruk budaya lapuk bodoh mana dorang belajar ni. Aku menyampah dengan budaya lapuk Melayu yang pompuan ja yang kena basuh pinggan.

Aku sekarang ni duduk dengan parents aku. Tapi kalau bulan puasa 7 lagi siblings aku akan take turn la balik, dalam 4 minggu tu. Kalo time kakak-kakak aku balik, aku suka sangat, yela, at least takdela aku dengan mak aku je kan duk masak kat dapur, bapak aku memang goyang kaki la tengok tv, takpun tido, sampai masuk waktu berbuka. Kalau abang-abang aku balik, aku memang tak suka, rasa muka aku ni, asam gelugur lagi manis la kot.

Tapi ok la, kakak-kakak ipar aku sumer stok masuk dapur. Tapi aku kesian la, dah la kak ipar aku busy masak/ siang sayur ikan ayam, tolong kitorang kat dapur, tu pun abang aku takleh nak tolong jaga anak-anak saudara aku. Kalau anak buang air ke melalak ke, abang aku suh dorang pi dekat kak ipar aku yang busy tengah masak. Loh, apsal? Tahu buat anak je, jaga anak takmau? Bodoh punya lelaki. Tapi abang2 aku je camni, dengan bapak aku la, memang geng tak berguna. Sebabnya, abang2 ipar aku ok ja, masuk dapur, and kalo kakak aku cakap takpa takyah tolong, abang ipar aku pi main dengan anak-anak dia.

Beberapa minit nak dekat berbuka tu, berbondong-bondong la masuk spesies kromosom XY ni. Menyampah aku. Dah la tu siap cop tempat tengah-tengah, senang nak ceduk lauk, bukan nak bagi space dekat mak, aku or kak ipar yang penat masak. Kadang tu kalo ramai sangat dekat meja makan famili (meja makan kitorang muat 12 orang) dorang buat taktau, asalkan dorang dapat duduk, tak tanya kak ipar aku nak duk mana, anak-anak nak makan dengan sape. Kan jaga anak tu kije eksklusif pompuan (sarcasm). Nak taknak pompuan kena duduk bawah atas lantai, makan. Aku tak kisah je, aku bukan high class ke ape, tapi apsal pompuan yang kena duk atas lantai? Ego tu tercalar ke kalo laki-laki makan duduk atas lantai? Mak aku pun kena duk bawah, memang kurang ajar abang-abang aku.

Pastu bapak aku dengan muka bangga baca doa berbuka puasa, konon itulah tugas TERPENTING, TERPAYAH, TERSUSAH, TERAMAT MULIA di bulan puasa. Aku selalu kalau time abang-abang aku balik, aku takde selera sangat. Aku selera time kakak-kakak aku balik ja. Kalau kakak and abang balik at the same time, tu pun aku jadi tak selera. Lepas berbuka, tinggal bersepah camtu ja.Alasan dorang, eh nak kejar tarawih ni. Dah kitorang pompuan ni taknak tarawih jugak ke? Kadang tu, sebab tak sempat, kitorang tinggal dulu, lepas balik tarawih baru basuh semua. Tu pun bila balik dorang tak tolong basuh.

Dah balik tarawih tu, laki-laki sambung lagi makan, kadang abiskan lauk yang kitorang simpan untuk sahur nanti. Nasi tu selalu tanak lebih, tapi abis jugak. Dorang tahu je tu untuk sahur tapi kalau dah bodoh piang tu, bodoh sampai mati la gamaknya. Bila aku suh dorang tanak nasi tu untuk sahur, dorang cakap ye ye nanti. Tengok-tengok kak ipar aku yang pi tanak. Apekehal? Aku pun tak faham apesal kakak-kakak ipar aku ni bodoh sangat pi manjakan laki-laki dorang. Nak kata bodoh, sumer lepasan u. Aku tahu ja dah kahwin, kena patuh dekat laki, tapi aku rasa tahap ni dah melampau sebab kak ipar aku yang practically jadi ketua keluarga, handle sumer.

Famili aku ni kira besar gila, sedara2 pun ramai. Nak dekat raya tu, sumer berkumpul dekat umah mak long aku. berbuka puasa ramai-ramai. Tapi tulah, sakit mata aku tengok, laki-laki duk atas kerusi, gelak-gelak, pompuan duk dapur masak, ulang alik hidang arrange susun lauk. Lepas makan, zuppp, berdesup laki-laki start moto gi surau, tolong angkat pinggan ke sink pun tak, tinggal la pompuan-pompuan ni kemas basuh pinggan berpuluh-puluh tu. Aku beberapa tahun ni memang aku tak pi majlis berbuka puasa situ, aku malas. Asyik orang sama kena basuh pinggan, kena buat kerja. Penat. Bapak aku membebel ape perangai tak pi bertemu mata sedara2 balik, nanti kenduri kahwin takde orang datang, aku menjawab aku taknak kawin.

Raya pun, aku dah bape lama tak pi beraya umah kawan-kawan aku. Dorang yang selalu datang umah aku. Aku tak sempat. Kena bagi duit raya dekat tetamu, pi buat air, pi top-up lauk, layan tetamu, masak. Nak semayang pun kena laju-laju, sebabnya bapak ngan abang-abang aku dah melaung ni rendang ayam tak cukup ni, air teh dah abis ni! Dorang tu takde tangan kaki ke?! Baju raya memang aku tak pakai, aku pakai baju ala-ala nak pi bersenam, seluar trek dengan tshirt ja. Memang tak pakai mekap ke barang kemas ke ape, aku berjam-jam rotate dengan kakak-kakak aku, kak-kak ipar, abang-abang ipar aku tolong angkat masuk pinggan cawan kotor.

Ni sumer salah bapak aku la. Pi ajar anak-anak laki dia pasal budaya patriarki tak berguna tu.Masalahnya kalau la abang-abang aku ni golongan berfikir, dorang tahu dorang hidup cara salah. Tapi tak, dorang pilih status quo, sebabnya selesa, dorang taknak sama-sama galas tanggungjawab, serah sumer tanggungjawab dekat pompuan , dorang goyang kaki, heaven. Aku kesian dekat kakak2 ipar aku, aku fikir dorang mesti berjuta2 lagi bahagia kalau bukan dengan abang2 aku.

Aku pikir, sebab ajaran kuno bapak aku ni, abang-abang aku kawin bukannya nak bina famili, cumalah mencari pengganti tugas mak aku untuk basuh baju dan pinggan dorang. Selain akad nikah, patutnya kena ada akad lain untuk menantu pompuan. Mak mertua sambil pas baton dekat menantu pompuan , baca, “Aku paskan baton ini, sebagai simbolik kau mengambil alih tugas aku, untuk menjaga anak lelaki aku (yang sudah berumur 25 tahun tapi tidak pernah basuh pinggan) dengan mas kahwin seterika, mesin basuh dan sabun Sunlight, tunaiiiiiiii. Sah.”

Puasa tahun ni, aku tak tahu la aku boleh tahan ke tak. Tahun lepas, banyak kali jugak aku menangis. Dah la aku letih balik kije, pastu kena masuk dapur terus masak. Masa wuduk untuk Asar tu, aku tak tahu la bape kali aku basuh muka untuk cover air mata aku, bukak air deras-deras, sebab aku geram sangat, tiap-tiap tahun aku hadap benda sama, stress. Kalau aku mogok taknak tolong, mak aku yang dah tua tu sorang-sorang kat dapur, kau sampai hati ke nak buat camtu?

Aku buat kesimpulan, tak kira la laki ke pompuan, kalo tak tolong masuk dapur or tak basuh pinggan, dorang tu manusia paling lemah paling tak berguna dalam kamus hidup aku. Dan bapak aku ngan abang-abang aku top on the list.

– Cili Kering

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit