Timbang Rasalah Pakcik Makcik

Assalammu’alaikum. Terima kasih admin siarkan Confession aku. Harap Confession aku ni beri sesuatu kpd orang lain. Apa yg akan aku katakan ini adalah umum, berdasarkan pengalaman dr sekeliling aku. Ok, aku mulakan…

Lagi beberapa hari kita semua akan meraikan bulan syawal, hari raya. Pasti tiap pasangan yg dah berkahwin dah ada keputusan meraikan 1 syawal di mana (samada kampung suami atau kampung isteri). Biasanya pasangan sepakat utk bergilir atau ikut kesesuaian lokasi atau juga mengikut cuti raya yg diperoleh bg pasangan yg bekerja makan gaji.

Di sini aku nak merayu pd segelintir pakcik, makcik yg tamak. Tamak nak beraya dgn semua anak2 serentak. Kalau dia ada 10 org anak, dia nak semua 10 anak dia ada pd raya pertama tu. Tolonglah pakcik makcik, menantu pakcik makcik bukan sebatang kara kat dunia ni!! Jika menantu pakcik makcik tu anak yatim piatu sekalipun tp pakcik makcik perlu ingat, dia masih ada kampung halaman, masih ada adik beradik, saudara mara pun ramai yg patut dia ziarah sempena bulan mulia ni.

Pakcik makcik sungguh kejam, bukan saja menuntut anak2 pakcik makcik semua ada di rumah pakcik makcik kalau boleh sehari sebelum raya dan raya pertama tp ada lg satu hari khas utk berkumpul bergambar lengkap satu keluarga, seolah ianya wajib termaktub dlm Al Qur’an , tak sah pulak raya keluarga pakcik makcik kalau ada 1-2 keluarga dari anak2 pakcik tiada dlm gambar masa hari khas tu nanti.

Tak cukup dgn tuntutan itu, ada lg majlis dalam bulan Syawal yg kalau boleh pakcik makcik menuntut semua anak2 pakcik makcik balik, tak kira lah syawal ke 9 ke, syawal ke 18 ke atau syawal yg terakhir. Senang kata, dalam bulan Syawal tu anak2 pakcik makcik kena balik sebanyak 3-4 kali, tak kira walau di mana pun mereka tinggal.

Pakcik makcik tolonglah terima hakikat anak2 pakcik makcik tak kira lelaki atau perempuan dah ada keluarga sendiri. Ada hati yg mereka perlu jaga. Ada tanggungjawab mereka sendiri. Jangan disebabkan tuntutan2 pakcik makcik tu akan menimbulkan rasa serba salah dalam diri anak2 pakcik makcik, akan timbul rasa tidak ikhlas dalam diri menantu pakcik makcik dan akan timbul rasa kecil hati keluarga besan pakcik makcik sebab anak2 menantu pakcik makcik lebih banyak habiskan hari2 dlm bulan syawal di rumah pakcik makcik.

Pakcik makcik, diakui semua ibubapa inginkan kegembiraan Syawal dirai bersama dgn semua anak2 menantu & cucu. Serentak. Lengkap. Tapi terima lah hakikat bilamana semua anak2 pakcik makcik telah berkeluarga, itu semua sgt mustahil. Hormatilah & kasihani menantu pakcik makcik yg juga punya keluarga & kampung halaman. Jangan tamak. Anak2 pakcik makcik bukan tak balik langsung, Inn Shaa Allah mereka tetap balik, mungkin 2 Syawal, 3 Syawal atau 6 Syawal. Dan bukan pakcik makcik je yg terpaksa hadapi situasi ini tp semua ibu bapa yg anak2 sudah berkahwin.

Untuk pengetahuan pakcik makcik, bila hampir bulan Syawal, anak2 pakcik makcik kalut berbincang sesama sendiri jadual balik raya ke rumah pakcik makcik. Menantu2 pakcik makcik memendam rasa. Tak boleh bangkang sbb anak2 pakcik makcik kata ianya tradisi keluarga, kalau tak nanti pakcik makcik sedih anak2 tak lengkap. Habis, menantu2 pakcik makcik tiada ibu ayah? Tiada adik beradik? Tiada kampung halaman?

Pakcik makcik, hentikanlah tuntutan2 itu semua, hormati perasaan menantu2 pakcik makcik. Jangan pakcik makcik fikirkan bahagia & gembira keluarga pakcik makcik je. Anak menantu bergaduh, bermasam muka tu pun yg patut pakcik makcik perlu cegah.

Ok lah, harap pakcik makcik sedar sebelum terlambat. Jangan tamak, anak pakcik makcik ramai bukan anak sorang. 1 Syawal ada anak sulung, no. 4, no 8. 2 Syawal ada anak no. 2 & yg bongsu, dan sampai ke akhir Syawal anak2 pakcik makcik tetap ada silih berganti. Masih tidak bersyukur lg pakcik makcik?

Salam Lebaran. Maaf Zahir Batin.

– Puan Orkid

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit