Tip Jodoh Untuk Wanita

Tip Jodoh Untuk Wanita

Nama aku A. Ini kali kedua aku post kat sini. Pertama aku pernah bagi tips jodoh untuk lelaki. Kali ni aku nak share tips jodoh untuk wanita pulak. Ohh ye. Sebelum tu aku nak bagitau kalau tips ni buat korang rase offended ke never mind. Sebab mungkin pendapat setiap orang tak sama. Ni cuma pendapat dan tips yang aku nak kongsikan ni adalah berdasarkan pengalaman hidup. Aku tau jodoh tu rahsia Allah. Lambat atau cepat tu semua ketentuan Dia. Tapi tak salah kalau kita berusaha sikit kan. Allah suka pada hambanya yang berusaha betul tak? Melainkan kau dah set target kau memang taknak kawin sampai bila2.
Huhu.

1) Kepada korean lovers tu sudah2la hidup dalam angan2 yang tak berkesudahan. Yang agak mustahil untuk dicapai. For instance, berangan nak dapat bf muka ala2 korea tapi kau sendiri malas nak jaga penampilan. Kau tengok sendiri awek korea yang cun2 tu jaga penampilan macam mane. Tip top atas sampai bawah. Sebab diorang ada effort.Diorang cantik, kurus sebab diorang rajin. So stop berangan dan complain takde bf kalau kau sendiri malas nak bergaul dengan orang. Pegi bersosial dan cantikkan diri ok. Jangan malas dan buang masa melayan drama korea yang takkan abis tu.

2) Jangan sombong untuk berkawan dengan semua orang. Kadang2 jodoh kita ni datang pada masa dan waktu yang kita tak jangka pun. So be friendly dan jangan sombong k.

3) Jangan set target nak lelaki mr perfect dimata korang. Padahal kita sendiri tak perfect mana. Kita sebagai wanita kene faham kalau kita sendiri dah memilih sangat macam tu lelaki pun sama. Scope untuk pencarian jodoh tu pun akan berkurang. Be modest and jangan fussy sangat ok.

4) Jangan sesekali jalinkan hubungan dengan lelaki orang. Tau tak sekali kita bermain dengan api macam tu, for sure lelaki2 bujang kat luar sana pandang rendah pada kita, takut nak kenal kita dan susah nak hormat pada kita. Yelah maruah kau pun kau tak pandai nak jaga apetah lagi maruah bakal suami kau nanti. So jangan jadi perempuan murahan ok.

3) Korang pernah kecewa ditinggalkan lelaki? Jangan cepat sangat nak salahkan pihak lelaki je. Buang ego tu jauh2. Fikir dalam2 kenapa hubungan tu gagal? Apa kekurangan pada diri. Kalau kurang cantik, pergi cantikkan diri. Kalau suka marah2 buangla sikap tu. Jadi matang dan buang jauh2 kenangan yang lama tu. Move on. Aku sendiri pernah dikecewakan. Bercinta 10 tahun end up die bertunang dengan orang lain. Memang meroyanla sekejap. Tapi aku muhasabah diri. Aku solat taubat doa banyak2 pada Allah untuk beri aku kekuatan. Dan Alhamdulillah sekarang aku dah bahagia sangat dengan suami aku.

4) Solat 5 waktu jangan tinggal. Doa banyak2 pada Allah untuk temukan kau dengan orang yang betul. InsyaAllah jodoh tu akan sampai.

5) Jangan mudah pandang rendah pada lelaki2 di luar sana. Kadang2 orang yang kau nampak macam berduit tulah sebenarnya kaki kikis duit perempuan. Tapi sebenarnya lelaki yang kau nampak biasa2 tulah yang bertanggungjawab.

6) Kau rase pendapatan kau tinggi dan kau perlukan lelaki yang lebih kaya pada kau? Itu betul tapi janganla sampai nampak sangat yang kau ni mata duitan. Yang penting kau hormat orang. Aku engineer dan gaji aku sebelum kawin dulu jauh lebih tinggi dari gaji suami aku dulu. Tapi aku tak pernah pandang rendah pada die. Sentiasa motivate die untuk jadi lebih berjaya. Alhamdulillah lepas kawin gaji die jauh lebih besar dari aku sekarang. Mungkin sebab berkatnya usaha dia bahagiakan kami sekeluarga.

7) Jangan tunjuk sangat kemewahan kau kat media sosial. Makan mahal2, travel sana sini. Itu juga salah satu faktor buat banyak lelaki2 nak jauhkan diri dari kita. Sebab mereka fikir perempuan ni mesti demand tinggi. So kurangkan perkongsian lifestyle korang yang macam anak raja tu kat media sosial ok.

8) Jaga aurat korang tu dan jangan suka sangat tayang2 depan lelaki. Ini pakai tudung, tapi dada tayang. Pakai seketat ketatnya. Susah nak cakap orang macam ni. Pernah dengar pepatah lelaki yang baik untuk perempuan yang baik tak? So labuhkan sikit tudung tu.
Kebanyakan gambar yang tayang2 dada tu banyak jadi santapan lelaki2 kat luar tu. Tapi nak buat bini memang susah bagi diorang. Trust me girls.

Ok itu jelah perkongsian kita pada harini. Sekian.

– intan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments