Tips Cari Suami Idaman

Tips Cari Suami Idaman

TIPS MENCARI SUAMI IDAMAN ANDA
.
Disclaimer: Ni cara yang Ain pakai sebelum ikat tali pertunangan. Alhamdulillah berkesan. Ahaks.. Tips ni panjang tau. So Ain dah warning sesiap awal-awal supaya korang tak tido. Kalau novel Jaan tu uols boleh khatam, tips Ain insyallah boleh punya. Ahaks.
.
.
Sebab ramai yang tanya Ain, macam mana Ain cari suami, sebab nampak bahagia. Oh girls! Bukan perkahwinan namanya kalau takde ujian suka,duka,nangis. Nabi Muhammad pun perkahwinannya Allah uji, apatah lagi kita. Kan?
.
I was really heartbroken sampai rasa takde lelaki sebaik my ex. Sesempurna dia. Lulz, believe me,itulah tipu daya paling bodoh. Ramai je lagi lelaki yang baik-baik. Cuma cara kita cari tu yang tentukan dia tu ok atau tak untuk jadi suami kita. Dan kita ni ok ke nak jadi isteri dia.
.
Pendek atau panjang perkenalan dengan dia bukan bukti kita dah kenal dia dalam-dalam. Sebab yang kenal dia sedalam-dalamnya adalah TUHAN. Kita hanya berdoa dan berusaha. Ain kenal somi Ain akhir bulan 5, 2015. Akhir bulan 8,2015 kami bertunang. Kejap kan?
.
1- TETAPKAN KITA NAK SUAMI YANG MACAM MANA.
Make sure kita dah ada kriteria yang kita nak. So bila jumpa, lagi mudah kan? Contoh kalau kita ada 5 kriteria kita nak,tak semestinya 5-5 tu kene ada pada lelaki tu, kalau separuh pun dah ok. Kalau ada semua lagi bagus. Pentingnya kriteria ni, kita takkan pilih lelaki semborono. Lelaki kaki pukul pun kita sanggup amik. A BIG NO.
.
Macam Ain kriteria Ain nak, Dia mestilah Pandai/Bijak/Berotak. Bertanggungjawab. Jaga solat. Hormat orang tua. Tak merokok. Tak panas-baran. PALING PENTING, BUKAN SUAMI ORANG. wakakaka. So,Alhamdulillah, Tuhan bagi apa yang Ain nak. Dan apa yang Ain bayangkan.
.
2- JADILAH STALKER.
Dah jumpa yang macam kita nak? Jadilah stalker. Wakakaka. Tengok cara dia berkawan, tengok cara dia post status. Cara dia reply status. Ain kalau jenis maki-maki ni, Ain automatik reject. Huhu.
.
3- JAGA BATAS.
Dah jatuh suka? Jagalah batas. Jagalah tingkah-laku. Nak keluar pun bawa geng perempuan jugak. atau adik beradik. Kalau berdua, PASTI ada yang ketiga. SYAITONORROJIM. PEREMPUAN DAN LELAKI YANG BELUM NIKAH, HARAM BERSENTUHAN. HARAM NAK PELUK-PELUK. tauuu. Nak peluk-peluk tunggu nikah. Hihi. Haram tu apa? Haram tu, bila buat dapat Dosa, tak dapat PAHALA tauu.
.
Kalau dapat family jenis sporting kaw-kaw ,lantak kau nak buat apa, ingatlah Tuhan sentiasa ada melihat.
Kita minta kat Tuhan kita nak bahagia dengan si dia, Tapi apa Tuhan suruh, kita buat BODOH. Tak malu ke? Nak Tuhan jaga hubungan tu? ikutlah apa yang Allah suruh. Insyaallah bahagia dan kekal lama.
.
4- BAGITAHU DIA PERANCANGAN KITA.VISI OR MISI. CITA-CITA KITA.
Penting ke? PENTING SANGAT SAYANG-SAYANG SEKALIAN. Sebab bila dah nikah, Kita WAJIB dengar cakap suami.(selagi tak langgar perintah Tuhan). So penting sangat ada suami yang memahami cita-cita kita.
.
So, bila dah inform apa cita-cita kita, kalau dia tak suka, dia boleh angkat kaki. Kalau dia sokong, Lepas nikah automatik dia sendiri dengan rela hati akan bantu kita capai cita-cita tu.
Contoh, macam Ain buat bisnes, so Ain memang cakap dengan dia, Ain nak sambung bisnes lepas nikah. Waktu tu Ain jual macam-macam. Buat carbootsale la, bundle la, asalkan dapat duit. Lepas nikah baru fokus Dianz. (ps: Ada yang nak join ds Ain? wasap: 011-33178261) Hehe. Alhamdulillah somi Ain support, tolong pergi pos, bagi idea, sumbang modal. :p
.
5- HALALKAN.
Sebab Ain cari somi pun memang untuk nikah. Bukan untuk couple lama-lama. Sebab banyak relationship Ain yang tak bertahan lama. 3tahun dah, clash, 2tahun dah,curang. Haih. So memang dah malas nak hadap lama-lama. Ain memang cakap dengan somi, “Kalau serius jumpa parents Ain”. Sebab Ain takde feeling lagi pun kat dia. Dia yang beria sangat nak kat Ain. wakakaka. Paksa bagi nombor phone, bagi fb. Last-last ain bagi email je. Lol.
.
So, memang nampak la effort dia tu bersungguh. So, um.. Bertunanglah kami… Tapi sekarang dah nikah dah. Hoho.
.
The End.
Ain dan somi tak sempurna. Masih dalam proses mengenali, memperbaiki diri masing-masing. Doakan kami bahagia hingga syurga. Amiinn.. Maaf kalau sharing ni tunggang-langgang. Buang yang keruh amik yang jernih. Selamat beramal.

– Ain

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments