Tips Jaga Kulit Cara Murah

Tips Jaga Kulit Cara Murah

Hi assalamualaikum. I nak suggest u beli produk di bawah kalau u tak ada duit sangat (mostly for students) tapi nak cantik. Harga murah sangat insyaAllah affordable hehe. Ni macam diy lah lebih kurang. Bukan produk yang dah siap gedebuk depan mata k. Tiga benda i beli & tujuan berbeza. So ni tips untuk hilangkan jerawat, open pores & parut. Lets!

Untuk jerawat, u beli aloe vera jenama PALMER’S. 100% aloe vera, harga dalam RM17, beli kat watsons/guardian. Ok serious mula mula pakai dia akan keluar jerawat lagi banyak sebab maybe dia nak keluarkan benda tak elok. Pastu subhanallah, dia akan kurang sampai la tak ada insyaAllah. Dan lepas stop pun, muka maintain cun (kalau betul cun) & jerawat segan pulak nak tumbuh. Aloe vera ni pakai sebelum tidur. Esok pagi baru basuh k.

Untuk open pores, beli apple cider vinegar (ACV). ACV ni aku beli kat himalaya. Jenama surya kot tak silap. Ada gak jenama yang famous, BRAGG. Tapi aku lagi suka ACV Surya ni sebab dia ada madu sekali. Harga dalam rm22 gitu. Tahan sebulan lebih kalau tiap malam guna. Then kena beli yang alat untuk spray kat diy, rm1 saja. Tapi yang ni kena buat tiap hari tau sebab kena campur dengan air. Bau dia tak fresh dah bila masuk hari kedua. So nak tak nak, tiap hari kena buat. Tapi kan hahah, hari kedua cam boleh tahan lagi bau dia. So bolehla untuk yang pemalas hihu. Kat internet cakap jadikan toner. Tapi sebab i malas dan tak nak bagi komitmen gituw, i pakai benda ni ja. No cleanser, moisturiser semua. So ambik ACV 1 tbsp & air 5 tsbp. Nisbah ACV air 1 : 5. Air yang dimasak tau. ACV boleh glowingkan muka jugak kalau bersabar.

Yang best pasal ACV, boleh lose weight, boleh google hihi. Tapi kalau nak minum kan, ambik 2 tbsp ACV campur 30 ml air masak (dalam 12 tbsp). Kacau kacau then minum. Ramai cakap bau busuk but hello, beauty is pain k! Tapi bagi i serious sedap! Oh kalau nak minum, sebelum tidur tau. Nak minum 2 kali sehari pun boleh, tapi tak payah lah ACV ni berasid tak elok sangat untuk gigi. Kumur lepas dah minum ok bro sis. Spray tu pakai masa malam jugak. I selalu selang seli dengan aloe vera. Tapi i lebihkan spray ACV ni sebab open pores teruk. Tapi kalau bosan & nak freshkan muka masa mengantuk, boleh ja spray bebila pun ok.

Untuk parut pulak, beli virgin coconut oil (VCO). I guna jenama ALMAS, botol hijau kalau tak silap. Tapi tak kisah pun jenama apa asalkan 100% VCO. Harga i beli dalam rm15, tapi bila i check kat internet rm24 macamtu. Better beli yang liquid tau senang nak pakai. Ok tips ni macam mainstream sikit tapi i ok ja sebab natural kan. Kalau boleh panaskan VCO dalam 3 tbsp (depends) atas KUALI hahahah kat google cakap letak kat tangan ja sebab badan kita kan ada haba. Tapi i macam why not panaskan dalam kuali??! Hahah ok ni serius, pastikan kuali bersih please. Nak letak kat muka kan. Nak cantik kan sis. Lepas dah letak atas kuali macam suam suam then ambik cotton pad, calitkan VCO kat cotton pastu letak kat muka. Kena slow slow tau sebab takut panas sangat kan. U just bagi suam suam ja tau. Jangan nak beria sangat. Kalau nanti jadi apa apa i tak tanggung tau u. Letak kat tempat parut saja! Tarik cotton lepas cotton tu dah kering, sebelum daripada tu nak tarik pun boleh ja. U know what? Kesan dia lepas i tarik cotton dari muka. Tapi kita kan berbeza hihihu. KALAU TAKUT BAHAYA JANGAN BUAT OK! Letak kat tangan pastu terus sapu kat muka pun okay ja kalau tak nak yang mainstream. Tips ni nak buat pagi, petang atau malam pun boleh. Better 2/3 kali ja tau seminggu sebab berminyak, tak elok sangat untuk kulit.

Ok so done untuk acah acah skincare routine hahahah. Eh u pakai semua sekali ka?! Ok kalau i dulu, first i pakai aloe vera. Keluarkan jerawat yang tak elok tu. At the same time, pakai VCO untuk parut. I stop VCO lepas dah hilang parut & stop aloe vera lepas pakai 2 botol. Muka i tak dak lah clear mana cuma bila ada open pores tu nampak muka teruk bila tengok jarak dekat. Kemain bila jauh nampak okay, bila dekat la???!!! Tau tak open pores tu apa? Open pores adalah parut jerawat yang tak hilang hilang dan paling teruk, berlubang!! Euw kan? So after around 6 months, i google untuk cari mana yang senangkan i untuk hilangkan open pores. Dan dari awal syawal 2018 i start pakai & minum ACV until now. Aloe vera pakai balik sekarang sebab kakak i punya hahahahah tapi serious cakap on & off sebab still, lebih pentingkan open pores. Jerawat nak kata tak ada pun tak boleh jugak sebab kalau stres, makan makanan tak sihat mesti akan muncul. Tapi i kena cakap jugak, jerawat makin better. Ok now muka lagi glowing & open pores makin kurang. Syukur alhamdulillah. Kalau muka kusam elok sangat sangat spray ACV. Semua di atas i dah try & it really works! I serious teringin nak tengok awak semua cantik! Jangan lupa sebarkan kat orang lain tau. Biar kita sama sama cantik okay. Oh last thing, doakan i pi korea please this year aaaaaa :( Thank you membaca hehe. Assalamualaikum.

– Aqilah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit