Boleh ke aku nak bagi tips kepada yang para confession pasal diri tu gemuk? Jangan risau aku percaya dan yakin semua orang cantik tapi kecantikan kalian ditutupi dengan kehodohan sementara
Contoh kehodohan sementara ; gemuk, wajah berjerawat, tak cukup tinggi, tinggi sangat, kurus kering sekeping, etc
Itu bukan kelemahan selamanya ok. Nanti kat syurga cantiklah korang (kalau masuk syurga lah..) tapi apa salahnya kalau korang nak berusaha di dunia yang sementara ni jadi cantik?
AMARAN! SEBELUM aku share pengalaman dan tips, korang kena bersedia mental dan fizikal untuk nak kurus. Boleh?
Aku gemuk juga sebelum ni, tak sampai 100kg la..tapi nampak la badan aku sedap (gemuk) dan bila aku pergi mana-mana ada je orang sebut "macam Mak orang la", "badan besar" dan sebagainya. Best ke? Aku rasa tu penghinaan tapi tak payah la emo sangat, relaks je dan fokus pada target.
1. Niat biar lurus. Kita yang Islam ni hidup nak redha Allah, jadi pasang niat betul-betul "kerana Allah Taala"
2. Buat bacaan dulu. Tak kan korang terus nak start diet tapi tak ada ilmu? Sesat tu! Korang boleh buat bacaan dekat mana-mana. Cari jugak! Banyak jenis diet, baca dulu semua dan baru buat konklusi nak diet mana
3. Planning. Aku ada planner so aku manfaatkan planner aku dengan benda peribadi. Korang kena tulis benda-benda ni;
– Niat
– Aim (2 bulan)
– Target — eg: from 89kg to 55kg
– Method — diet mana korang pilih
As simple as that.
4. Mula.. Mulakan dengan mind set yang positif. Korang boleh punya lah, ramai dah berjaya kenapa korang gagal pulak? Kalau gagal tu sebab masalah korang nak tak disiplin, tu je
5. Disiplin. Dah buat bacaan kan? Korang kena disiplin. Sorang memang tak akan dapat disiplin tapi buatlah 'berjemaah' . Grab member yang nak join korang
6. Workout . Diet tu buat, workout buat juga untuk faster effects. Lagipun bagus juga korang bakar kalori
7. Timbang seminggu sekali je waktu pagi lepas korang dah 'membuang' . Jangan setiap hari.
8. Dah kurus jangan lupa aku.
Aku banyak je nak share ni tapi tengok juga kalau ada sambutan respon dari warga iiumc, aku nak tulis lagi lepas ni. Sharing
Anyway, aku nak beritahu la kesan daripada kurus ni..(turun berat), aku jadi
1. Gembira dan riang. Seronok nak berdepan dengan orang selalu sebab badan kau ringan, otak pun segar.
2. Aktif dakwah. Aku budak yang ikut tarbiah sebenarnya.. Dulu masa gemuk aku malas, sekarang rajin pulak aku buat dakwah sebab badan dah ringan kan. Alhamdulillah
3. Kulit aku jadi cerah dan bersih, sebab jaga pemakanan tu dan tak ambil air manis
4. Otak cepat belajar. Sebab kau tak malas.
5. Banyak kawan — part ni aku tak minat sikit. Why? Sebab masa aku gemuk orang keji, bila aku dah kurus dan mampu nak bergaya (sebab ada saiz) terus nak berkepit. Hmm husnudzon jelah, aku kawan je cuma aku kenal siapa dan siapa yang memang nak berkawan atau ada agenda. Huhu
6. Pakaian longgar. Pakaian dah longgar, lagi senang tutup aurat! Yey
7. Solat. Senang nak tahiyat akhir, dah tak berlipat lemak pinggang..huhu
8. Gambar jadi cun. Eh, cun tu! Tak payah dah nak cover body takut nampak gemuk sebab memang akan nampak elok dalam gambar. Tapi tak payahlah selfie dan taruk dekat media sosial. Mata lelaki jahat ni tajam..boleh tembus gambar korang. Jaga jaga. Lelaki baik tengok sepintas lalu je.
HAA, tapi korang kena ingat..
Dah kurus nanti tu..
Kalau perangai korang memang dah bagus (akhlak baik) atau tengah improving, teruskan. Andaikata perangai dulu tak bagus, korang berubah lah jadi baik k.
Sebab bila dah cantik, perangai cantik, solehah pula tu….
Korang fikir sendiri.
Bye.
-Bubur Keladi-
– Bubur Keladi
Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->
thanks bubur keladi for the tips
Kalau xamik air manis memang kulit jadi lawa eh? Sbb sy selalu tgok org gemuk hitam then bila kurus dy kulit jadi lawa…
Ye.. sbb dia byk mnum air putih. Air putih tu buang toksin kat bdn..
Oh pastu lagi satu minum air putih berat boleh turun eh? Sbb sy dh sebulan xmakan malam banyak minum air putih jekk nak hilangkan lapar
Aah sis. Minum air mineral 8gelas sehari boleh flawless kan kulit :)
Ayaq putih nk ambik nisbahnya 25kg bdn kita 1 liter air. Cth klo berat 42÷25= 1.6 liter air.
Dunkin Donutss start again jom. Haha
mohon sis bg tips kat saya directly.
https://m.facebook.com/FATburnerMEGAJOHOR/
Nakkk tips lagi !!
Naja Iy
Tq…tgh mncube tp sis n air mnis sngtlah masalah bg sy..
Cmne nk elakkan mnum air mnis n ais..
Skrg musim panas yg mlmpau..
Ais mmeg ssah gler nk Tggal..
Lau nasi ok lagi..
Mkn tp skali jer shri..
Cmne ek awk.kurangkn ais n air mnis cik bubur keladi..???
#ais
Kalau tk tahan jgk..pakai gula stevia. Natural gula dr daun stevia. Gula musuh utama utk kurus
Om
#ok
Ganti dgn madu? & kenyangkan diri dgn air kosong. Pakai botol air yg 1ltr tuu.
Mmg susah nak berhenti terus. Cuba guna cara kurangkan. Mungkin sehari sekali. Bila dah boleh sehari sekali. Seminggu sekali pula. Kalau dah ok, sebulan sekali. Kalau dah ok lagi, langsung dah tak tengok air manis :)
Minum minuman berais tak salah. Malah digalakkan kalau cuaca panas kat luar. Ada Dr. Abdul Rahman pernah tulis psl minuman ais, air suam semua tu kat page dia. Boleh cari kat situ. Minum minuman berais/air sejuk tak menyebabkan kita gemuk. Yg gemuk tu excessive intake of carbs, gula etc.
Kalau cuaca tgh panas, takkan nak minum air panas. Mcm kurang sesuai. Sbb kita nak balancekan body temperature dan segarkan diri kita. Sama jgk mcm masa sejuk, minum air suam/panas sbb nak balancekan balik. So takyah bimbang nak minum air berais.
Yang air manis pulak, kurang sikit2. Bagi saya tak salah kalau nak minum tp kawal kuantiti. Kalau dulu minum 3 gelas air manis sehari, kurangkan jd 1 gelas sehari. Bila dah biasa, nanti jd 3 hari 1 gelas. Jangan tak minum lgsg sbb nanti kita tends utk craving, last2 diet tu tak menjadi pun sebab craving teruk. Boleh minum manis, tapi kawal kuantiti. Disiplin. Lantaklah orang lain nak order air manis, kita order je lah ais kosong ke. Atau bawak air kosong sendiri. Jimat pun jimat hehe
Even supermodel pun makan makanan manis2 tp dorg kawal kuantiti and bersenam kuat, so takde lah craving. At least dapat rasa, kan.
Kurangkan minum manis dulu contoh minum satu gelas sehari dulu lama2 cuba kurangkan dgn x minum trus. Bykkan minum air masak 3liter satu ari lama2 akan biasa
How to be skinny
1. Notice you have skin
2. Boom! You’re skinny!
yeayyy road to kurus She’rah Othman
Tq confesor sbb bg semangat.nak kurus ni huhu sedih tau bila badan tetiba naik nnii susah nak turun balik
Suzarina Mustafah yela hehe..betul tu semua dia ckp semua betul
Azwani Zani beb !! Jom kuruss …
Asal uia punya confession dh jadi mcm page gila link ek skrg..semua direct link skrg….mcm nak kena unfollow je ni
Direct link? Laa kan lagi senang nk klik kalau link direct. Apa masalahnya direct link.
Sister, sebagai komitmen kami untuk menawarkan servis yg terbaik kepada likers kami, kami telah menaik taraf sistem page kami kepada sistem Facebook Instant Article seperti gambar berikut. Untuk menggunakan sistem tersebut, sila update apps Facebook anda melalui apps store atau Google Play sekarang untuk menikmati servis yg hebat ini.
Terima kasih – mrX :)
Farr Eyn Na kalau gemok kena panggil badak air!
Wahhh ini btl2 bg aku semangat
Cakap pun tak guna kalau tak buat! ?
Tolong laba kawan ko ni ?
Aku mau sebijik condo boleh ka?
Powerlah kau bur
– bur jagung
Nak tips lg.
Nak naikkan berat secara sihat cane?bole bg tips x.. Dan nak cuba konsisten minum air masak 1.56l sehari berdasarkan nisbah dari sis Ismi Cikcha Asri utk floles kan kulit..
Hmmmm mcm sdap je bbur keladi..mana nk dpt
Xsabar tunggu tips.
Guys, it’s all about calorie. kalau kita ”calorie deficit” =turun berat. kalau calorie surplus= tambah berat badan. nampak tak? simple kan? nak timbang berat seminggu sekali boleh, tapi disarankan timbang hari2. selepas bangun tidur tanpa kencing, makan, minum semua tuh, terus timbang dan catit kan. lepas tuh buat average untuk minggu nih. baru kita boleh track progress kita. dan satu lagi, berat turun dan lemak turun adalah dua perkara yang berbeza okay. berat turun boleh terjadi kerana banyak faktor iaitu penurunan lemak, glycogen, muscle dan juga air. jangan tengok progress kita melalui ”weight” sahaja, tengok progress dengan check body fat % kita dan juga tengok progress kita melalui macam mana badan kita nampak didepan cermin. kalau guna ”weight” saja, itu adalah tindakan yang salah sebab weight kita akan turun naik sebab ‘water’ . kalau kita minum air botol kecik dah naik berat 1pound . kalau nak diet, mula2 memang berat akan turun secara mendadak sebab badan kita keluarkan air”water retention” dan lama2 berat kita akan turun slow2 dan maybe akan sampai ke ”plateau”. bila dah plateau, kita pandai2 lah fluctuate carbs dan calorie kita. lemak boleh turun tanpa senaman, tetapi lemak tak boleh turun tanpa jaga pemakanan(calorie deficit) . contohnya kalau kamu senaman 3 jam sehari pon, tetapi makan 500 calories lagi banyak dari yang bakar, tetap akan gain berat jugak. nampak tak? Do your homework. belajar mcm mana nak kira calorie , BMR, DCR semua tuh. bila dah tahu, isyaAllah kita boleh tambah berat dan turun berat dengan senang pada bila2 masa yang kita nak. macam confessor cakap juga, ada banyak jenis diet , atkin, keto, puasa dan lain2 lagi. baca banyak tentang diet tuh sebab tak semua badan orang boleh terima diet yang sama. Janga terus mendadak makan sedikit dan turunkan calorie terlalu banyak dari DCR kita sebab nanti ia akan bagi kesan kepada sistem metabolisma kita. bila kita habis season diet dan maka macam biasa iaitu DCR kita, kita akan gain weight sbb metabolisma kita tak sama macam dulu. instead of ambik simple carb, tukar kepada complex carb sebab simple carb akan menyebabkan ”insulin spike” dalam darah kita. complex carb lambat dihadam dan akan buat kita lebih kenyang. Ambik banyak fiber juga untuk buat perut keyang. kalau nak diet, boleh je buat low carb , high protein, moderate fat diet. fat does not make you fat okay. carb does. so jagan takut ambik fat banyak sebab fat tak akan meyebabkan ”insulin spike”.kalau bab senaman pulak, boleh buat senaman HIIT. bagus untuk bakar lemak dan juga ”weight lifting” . jangan takut untuk angkat berat bagi kaum wanita sebab kamu tak boleh bina otot macam lelaki sebab kamu punya hormon testosterone tak sama macam laki. kalau yang nampak perempuan berbadan besar dan otot itu diaorang guna ”steroid” iaitu dadah. weight lifting juga boleh boost metabolism kita dan akan lead to burn more fat. Dan jangan ambik fat burner kalau tak belajar kira calorie lagi, ia akan membantu sedikit untuk burn more calorie bila kita dah dalam calorie deficit. konsisten adalah kunci kejayaan. kita tak akan gemuk jika makan satu ”junk food” dan kita juga tak akan kurus jika makan satu ”healthy meal” .. konsistensi dan doa akan membuahkan hasil insyaAllah. nak tanya apa2 boleh je pm wassap insyaAllah saya boleh tolong selagi yang mampu. harap saya membantu.
Wahhhh. Good information. Nk pm blh? Huhu
Nadiatul Amirah Ibrahim boleh boleh pm. tak dak masalahhh…
Ste Olm saya add fb awak ya pastu saya pm
En. Ste Olm bole saya nak add awak then pm…harap awak bole bantu masalah saya nie huhu…
sorry2 lambat balas, insyaAllah boleh. boleh je pm . insyaAllah saya tlg yang mana boleh .
Dhia Zara bila nak start?
waaarrggghhh..!!!
nk kurus..
Baca x tips tu..bolh la start paz ni ??
bce..tp mlas????
Fuyyoo semangat kejap. Tidur dulu la..