Titian Cinta

Assalamualaikum, nama aku Amin. Aku nak kongsi kisah aku yang ada sikit persamaan dengan drama Titian Cinta ni. Confession ni agak panjang ya.

First sekali, aku bukan laa peminat drama petang-petang. Tapi 1 hari tu, aku tertengok drama ni masa balik singgah rumah ibu aku. Adik aku bukak cite ni, tapi bukan time maghrib ya. Adik aku tengok tengah malam pukul 11 (Record). Masa aku tengok, part tunang Harris dengan tunang Aisy kena tangkap khalwat. Maka, dah terjebak. Tiap kali balik kerja, aku akan singgah rumah ibu aku. Tengok dengan adik aku, sama-sama kutuk. (Bini aku tak layan drama). Maka bermulalah.

Disini aku nak cerita, aku dulu pernah bertunang dengan seorang perempuan yang aku kenal sejak dari aku sem 1. Aku bertunang lepas Grad, masa bertunang memang banyak dugaan. Aku dengar dari mulut orang, yang orang nampak tunang aku dengan lelaki lain, ada yang cakap tunang aku keluar karaoke. Tapi aku tak percaya, sebab aku anggap itu cuma dugaan bertunang. And aku pernah tanya dia pasal benda tu, dan dia pun cakap yang itu sepupu dia. So aku pun percaya.

Tapi sebulan sebelum kahwin, tunang aku ni terkantoi. Masa kitorang tengah dinner, dia loya depan aku, aku tanya dia ok ke tak. Nak pergi klinik ke ? Dia cakap tak payah, sebab dia kalau lambat makan memang loya. Aku pun ok je, esoknya masa kitorang tengah on the phone. Dia terlepas cakap, yang period dia delay. Tapi bila aku tanya balik, dia cover. Dia cakap yang biasa laa stress fikir pasal majlis.

Aku dah mula rasa tak sedap hati, 2 minggu sebelum kahwin, makin kerap aku dapat aduan yang tunang aku ni keluar dengan lelaki lain. Dan aku pun pernah ternampak dia dengan 2 lelaki and kawan perempuan dia. Tapi dia cakap, itu group outing.

So, aku ajak dia jumpa. Sebelum aku jumpa, aku singgah farmasi, beli Pregnancy Test. So dah sampai kat taman. Aku tanya dia straight to the point. Aku tanya dia, dia ada terlanjur dengan mana-mana lelaki ke ?. Aku tengok muka dia tergamam, dia cakap aku merepek. Aku cakap kat dia, bagitahu je laa, kalau ye cakap ye. Kalau tak cakap tak. Dia cakap “Tak”.

Aku cakap dengan dia, “sy ada beli Pregnancy Test, kalau awak buat test ni boleh ?” Lepastu dia cakap, “buat apa ?” Aku cakap “kenapa ? Kalau tak buat, nape nak takut ?”. Aku singgah kat stesen minyak, and suruh dia buat. Aku tunggu depan toilet. And guest what ? Double line. Oh yaa, sebelum aku beli, aku dah google pasal bendalah ni.

Dia cakap yang itu mungkin false result, so aku ajak dia pergi klinik. Dia diam dan bagi macam-macam alasan, tapi aku paksa dia. Dan dia ikut jugak. Bila sampai turn dia dipanggil, aku masuk sekali. Dan doc cakap tunang aku pregnant 2 months. Masuk je kereta, dia menangis-nangis minta maaf. Dia cakap dia menyesal bla bla bla. Aku cakap dekat dia, esok aku datang rumah untuk jumpa ibu ayah dia, untuk putuskan tunang. Dia merayu cakap jangan buat macam tu.

Esoknya aku tak fikir apa dah, terus jumpa ibu ayah dia dan bagitahu yang dia dah mengandungkan anak orang. Dah terlanjur. Ibu dia terkejut, dan tuduh aku fitnah dia. Aku tunjuk semua screenshot kawan aku yg ternampak dia. Aku tunjuk pregnancy test tu. Dan aku cakap. Dan ibu ayah dia akur. Ayah dia tampar dia depan mata aku. Dan dia terus campak cincin tu kat aku. Aku minta diri untuk balik.

Balik rumah, aku bagitahu ibu ayah aku pulak. Parents aku agak terkejut, sebab aku terus putus. Ibu aku marah-marah, cakap kenapa aku putuskan tiba-tiba je ? Lagi 2 minggu nak kawin. Habis tu, ni dah cancel. Pelamin tu semua macam mana ?. Dah aku cakap, ibu tak payah risau. Nanti Am akan cancelkan semua. Am minta maaf sebab buat keputusan mengejut, tapi Am rasa ni yang terbaik untuk Am. Ibu aku diam.

Maka, aku cancelkan semua. Pelamin, Catering, Kompang, DJ. Dan seminggu tu juga lah dia call aku, WhatsApp aku, tapi aku tetap tak angkat dan tak balas. Seminggu tu perasaan aku bercampur, kadang sedih kadang menyesal kadang happy. Bukan senang nak lupakan orang yang kita sayang. Kan. Tapi lepas seminggu, parents aku bagi support dan aku pun makin okey, makin semangat.

6 bulan lepas tu, office aku ada staff baru masuk. Nama dia Haneesa, tapi aku panggil Hani. Dalam office aku ni 6 orang lelaki, 2 orang je perempuan termasuk Hani. So, aku memang rapat la dengan Hani ni, memandangkan dia assistant aku. Sebab assistant lama aku cuti bersalin, so boss aku cari pengganti.

Aku rasa happy dengan Hani, rasa selesa. Tenang je tengok dia, sopan. Dah genap sebulan dia bekerja dengan aku, so aku tanya dia. Dah berpunya ke ? (Sebelum ni ada tanya, tapi dia tak jawab) Kalau belum, Am nak ke level seterusnya. Setuju ke ? Dia senyum, dan cakap. Belum ada lagi. And dia cakap, kalau awak nak ke next level, terus jumpa parents saya, kalau mereka setuju, saya pun setuju. Seminggu lepaa tu, Dan aku pun pergi ke rumah parents, dan mereka setuju dan terima aku sebagai menantu. Alhamdulillah.

Long story short, aku dah pun berkahwin dengan Hani. 4 bulan selepas kahwin, Hani disahkan pregnant tapi hanya bertahan 3 bulan sahaja. Sebab Hani tergelincir dalam bilik air. Tak ada rezeki kami untuk timang cahaya mata. 2 bulan lepas gugur tu, Hani kerap muntah darah. Bila pergi hospital, dah check semua. Appointment by appointment, the result is nothing. Doctor cakap takde apa-apa.

Sepanjang itu pula, aku dengan Hani kerap bergaduh. Kadang-kadang pasal remote tv pun boleh gaduh. Dan aku mula rasa meluat tengok Hani, tapi aku lawan. Aku keep remember myself, yang Hani isteri aku, aku tak patut rasa meluat dengan dia. Sedangkan, dia isteri yang baik. Alhamdulillah, aku berjaya melawan perasaan tu.

Hani makin kerap muntah, tapi apa yang aku perasan. Dia hanya muntah selepas Azan solat, dan selepas pukul 12 malam. Aku kesian tengok Hani. Family aku suruh aku berubat cara Islam. Kebetulan makcik aku ada kenalan yang pandai ubat islam. Selepas set masa untuk jumpa, Ustaz tu bagitahu ada yang dengki. Aku tanya, siapa yang hantar ? Mula-mula Ustaz tu taknak bagitahu. Aku cakap, bagi hint pun jadi la, untuk saya berhati-hati. Dan ustaz pun bagitahu, yang “Orangnya sangat rapat, kamu pernah rapat dengan dia. Dan dia dengki dengan perkahwinan kamu”.

Aku memang dah agak, ini mesti kerja ex tunang aku. Macam mana aku tahu itu kerja dia ? Sebab dia pernah bagitahu kat kawan aku, yang dia takkan biarkan aku hidup bahagia. Setelah beberapa kali sesi berubat, akhirnya Hani semakin pulih. Dan alhamdulillah, sekarang Hani dah pulih sepenuhnya. Dan tengah pregnantkan anak kedua kami.

Apa jadi dengan ex aku ? Dia dibuang family sendiri sebab mengandung anak orang, dan dia dah pun berkahwin secara senyap dengan si ayah anak dia tu. Wallahua’lam laa, ni pun aku dengar cerita dari orang.

Dia pun dah tak kacau aku. Aku pun dah tak tau dan taknak tahu pun apa keadaan dia. Pelik gak aku, macam mana dia tahu kisah-kisah aku dengan Hani. Sedangkan aku tak pernah upload didalam socmed.

So guys, berhati-hati dengan bekas pasangan kita. If something happend to your family, and if kau sakit and doctor cakap tak ada apa-apa. Better kau check cara Islam. Tu je pesanan aku, Maaf kalau ada yang tak faham, sebab aku tak reti karang Ayat. Hehe. Bai, Assalamualaikum.

– Amin

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit