Tolong Hentikan

Tolong Hentikan

Thanks to admin for publish this confession.

Kakak ingin kongsikan pengalaman kakak, nama kakak Fitrah, berusia 35 tahun. Status, sangat complicated.

Kakak adalah seorang anak luar nikah. Sekarang tengah hot tentang fatwa berkenaan ini kan. Kena tempias jugalah bab bab ini, mana yang tahu status kakak tu.

Mak Abah kakak buat silap dan kakaklah hasilnya, seorang anak luar nikah yang di-binkan dengan Abah. Hal ini disembunyikan bertahun tahun lamanya, tiada yang pernah katakan tentang perkara ini. Mak, Abah, Atok, Nenek, Mak Long, Pak Long semua tak pernah langsung cakap tentang ini.

Kakak bernikah ketika berumur 22 tahun. Nikah yang diwalikan oleh Abah dan berbintikan Abah.

Tahun 2015, Mak Abah kakak dapat pergi haji (alhamdulillah da Haji dan Hajjah Mak Abah kakak). Ketika itulah Mak Abah kakak baru ingat Tuhan kerana Nenek kata, di Tanah Haram, Allah akan balas, takde tangguh. Bayangkan, di umur 33 tahun, dengan da ada anak seramai 3 orang, kakak dapat tahu tentang perkara ini.

Dunia kakak masa itu, Allah sahaja yang tahu. Pada kakak, nikah itu tidak sah, dan anak anak hasil kakak bersama ‘suami’ juga adalah anak luar nikah, astaghfirullah al azim.

Berat sangat masalah ini. Hidup kakak dan ‘suami’ masa tu sangat menguji. Beberapa minggu sebelum Mak Abah pergi haji, baru dapat tahu, baru ‘suami’ dapat tahu. Kami seperti, sangat sangat kecewa. Air mata adalah teman hidup kami. Mak Abah berkali kali meminta maaf, kakak takboleh terima, kakak tak boleh!

Hidup kakak hancur, bergelumang dosa sepanjang hayat astagfirullah al azim ampunkan dosa kami semua ya Allah! Kakak kata pada Mak kakak, kakak kata kat Abah akak, kenapa tak cakap awal awal, benda ni terang terang dosa, hidup kakak jadi taruhan, mungkin kalau dapat tahu awal pun kakak memang akan kecewa, yela siapa yang nak jadi anak luar nikah kan? Memang kakak akan kecewa, marah tapi itu adalah lebih baik daripada keadaan da jadi semakin teruk seperti ini! Malu memang malu. Tapi nak ke tanggung dosa sepanjang hayat?

Sukar betul kakak nak maafkan Mak Abah kakak. Adik adik kakak pujuk minta lembutkan hati maafkan Mak Abah nak pergi haji ni. Beberapa hari nak flight baru kakak jumpa Mak Abah, kakak masih ingat bahawa kakak ini anak Mak Abah kakak, kakak minta maaf kat Mak Abah, kakak minta Mak Abah doakan kakak banyak banyak depan Kaabah nanti macam mana nak selesai masalah ini.

Kakak ok. ‘Suami’ kakak pun ok. Alhamdulillah kami sama sama kuat untuk masing masing. Kakak syukur sangat Allah beri kakak pasangan yang masih boleh terima kakak seadanya, jadi suami yang baik, dan masih boleh jadi bapa yang baik untuk anak anak, kakak cukup bersyukur.

Kesan daripada ini yang kekal ialah, anak anak kami. Kesian anak anak kami jadi mangsa. Naik turun mahkamah da jadi rutin sampai ada mulut penyibuk yang kata kami dalam proses cerai ke astaghfirullah al azim mulut manusia makcik makcik kepoh zaman sekarang memang takde insuran kan? Bukannya nak didoakannya baik baik lagi diperkatakannya macam macam. Kadang kakak boleh faham perasaan adik adik kakak (kakak ada 7 beradik, yang bongsu baru habis spm)yang orang dok sibuk tanya bila nak kawin la bila nak ada baby la semua itu, kesian anak muda zaman sekarang, kakak pun tak terlepas melaluinya, adik adik.

Sekarang da dekat 2 tahun kakak tahu perihal kakak ni, perkara antara kakak dan suami da selesai tapi perkara anak anak kami belum selesai. Anak anak kakak pun masih budak, tak boleh nak faham lagi hal complicated ini, kakak dan suami cuba selesaikan urusan berkaitan anak anak tanpa melibatkan mereka. Tunggulah beberapa tahun nanti masing masing da dewasa sikit, kakak dan suami akan beritahu mereka ber-3, sampai masa nanti. Kalau kami mati dulu, kakak da amanahkan kepada keluarga kakak untuk hal ini.

Akan datang nanti, masa depan anak anak kakak dan suami yang paling kakak risaukan. 3 anak kakak ni semuanya perempuan. Boleh bayangkan tak urusan kahwin mereka akan datang nanti complicated? Kena hadap pasangan, keluarga pasangan lagi.

Ya Allah, doakanlah kakak dan suami tabah dan kuat untuk hadapi ujian ini. Buat mak bapak di luar sana yang mempunyai anak luar nikah, hentikanlah dosa itu setakat itu sahaja, tolong. Malu memang malu tetapi siapa kita untuk nak hidup sewenangnya mengikut peraturan kita sendiri di muka bumi milik Allah ini?

Tolong wahai mak bapak. Hentikan. Sampai sekarang, kesannya masih ada pada kakak dan suami. Ada masanya kami mengalami satu fasa yang sampai rasa nak membunuh anak sendiri, biar mereka tak menderita seperti kakak dan suami, sampai pernah fikir kenapalah Mak Abah tak gugurkan je kakak takpayahlah kakak lahir kat dunia ini macam macam lagilah kakak fikir dan alami. Tapi harapan kakak dan suami pada Allah, kami berserah kepada Allah.

Mak bapak, sekali lagi, tolong hentikanlah wahai mak bapak sekalian :'( tolong…

Doakan kakak dan suami.

– Ibu yang risaukan anak gadis 3 orang

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments