Tolonglah Hormat Roommates Ni

Hai assalam semua, nak cerita ringkas je ni. Sekarangkan musim exam uni jadi ramai yang tengah study tapi malangnya duduk dalam bilik ni susah nak study. Sebab apa? Sebab roommates dalam bilik ni. Dia tahu dia je. Bawah ni senarai benda yang dia suka buat:

1) dia suka tutup dan buka lampu tapi yang peliknya dia ni sebab terbalik. Contohnya, dia tutup lampu masa kita tengah buat kerja dan dia buka lampu masa siang. Dia tak boleh macam mendung sikit mesti nak buka lampu. Lepastu suka tutup lampu awal. Sebelum pukul 12 mlm dah tutup lampu, pernah sekali tu pukul 8 mlm dah tutup lampu tapi dia tak tidur pun sebab sibuk tengok korea.

2) suka buka lampu waktu pagi dalam pukul 4 pg sebab dia nak study. Pelik betul dia ni. Tidur awal sangat dan bangun pun awal. Mengganggu kita yang tengah tidur ni. Dah lah kita tidur lambat sebab banyak buat kerja lepastu susah nak tidur sebab dia buka lampu awal sangat.

3) suka buka volume laptop dengan telefon kuat2. Memang maximumlah. Bising sangat. Selalu tengok running man kuat2 dan tergelak2. Pasang lagu kpop kuat2 membuatkan orang tak boleh tenang nak tidur atau study. Semalam sampai pukul 2 pagi. Sedangkan kita punya volume slow je itupun siap tutup dengan jari takut dia terdengar. Tak ada perasaan langsung dia ni.

4) suka bergelap. Dia kalau nak tidur suka bergelap kalau boleh nak gelap sampai tutup semua langsir tingkap tu. Dulu dia pernah marah sampai rentap langsir tu sebab tak tutup. Masa tu dia ingat saya dah tidur.

5) suka pasang kipas kuat2. Sejak sekarang ni hujan yang memang sejuk sangat macam dekat cameron highland tapi dia selamba je dengan kipas dia yang duduk tu lagi. Tak tahulah kalau lemak dia banyak sangat ke apa. Dia bukan kisah pun yang kita ni demam x sihat.

6) suka kunci pintu. Kita keluar kejap je dia dah kunci pintu. Kita dua2 ada dalam bilik pun dia dah kunci bilik.

7) selalu bersiap awal. Contohnya kelas pukul 2 tapi dia dah bersiap pukul 11. Sedangkan kita tunggu je dia bila nak keluar.

8) gelak kuat. Walaupun dia pakai earphone jadi kita tak dengar video bising tu tapi gelak lah pulak. Gelak2 kuat2 pulak tu. Memang mengganggu.

9) suka wangi. Benda ni memang bagus tapi yang jadi masalahnya dia tak boleh cium bau busuk sikit walaupun bukanlah busuk sangat. Dia mesti nak spray febreez dia tu dekat kipas.

10) tak suka bau minyak angin. Ni memang ada je orang yang tak suka. Tapi apa yang nak bagi tahu dekat sini ialah saya jenis yang suka pakai minyak balm (walaupun muda dan dari kecil lagi) bukannya kita saje2 nak pakai. Tapu terpaksa pakai sebab dah sakit sangat. Selalu urat, badan, kaki, tangan, tengkuk, dan kepala. Senang cakap muscle 1 badan ni memang selalu sakit. Selalunya sakit sebab banyak sangat jalan, menulis, angkat barang dan sebab bawak beg dan juga lutut dan kaki akan sakit bila waktu hujan dan perut selalu masuk angin. Sebab tulah terpaksa sapu minyak dan urut. Dia tak tahu semua tu mungkin sebab dia tak pernah sakit kot. Dulu pun sama, mungkin dia ingat kita tidur jadi dia spray febreez sambil marah2.

* tu je lah setakat ni. Kepada yang membaca terserahlah nak kata apa pun. Nak marah ke nak sokong ke. Doakan saya dapat study dan jawab exam dengan baik untuk 13-15-18/1/2017 dan juga untuk lulus dengan cemerlang untuk subjek yg dah lepas. Sebab setakat ni memang tak boleh fokus sebabkan dia ni.

* katil saya tepi tingkap dia tepi pintu – universiti dalam selangor

– Pelajar stress

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit