Trauma Ramadhan dan Cahaya Tahajjud

Assalamualaikum , terima kasih admin jika sudi post kan confession aku kali ni. Aku dah banyak kali kongsi cerita disini tapi menggunakan nama berbeza beza sebab nak menjaga identiti. By the way, aku sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.

Diteruskan dengan confession kali ni, Allahu, Ramadhan dah pun datang menjengah lagi. Alhamdulillah kerana diberi usia untuk merasa Ramadhan tahun ini. Perasaan aku tentulah gembira macam umat2 Islam yang lain tapi pada masa yang sama, aku trauma dengan bulan Ramadhan.

Tahun ni tahun ke 3 aku bergelar isteri, dan hubungan aku suami isteri ada pasang ada surut, entah mengapa, tiba2 je bulan Ramadhan, mesti hubungan aku dan suami teruk sangat. Aku ingat lagi masa tahun pertama Ramadhan sebagai suami isteri, aku mengandung masa tu, masa tu aku baru je kahwin dan aku baru tahu yang suami aku solatnya masih tunggang langgang. Aku bukan la nak bajet alim sangat. Aku pun biasa2 je cuma family aku didik aku untuk jaga solat walauapa pun. Jadi aku banyak menangis dan asyik bergaduh dengan suami sebab dia macam tak pentingkan solat. Mungkin juga disebabkan ‘pembawakan budak’ aku jadi terlebih emosi masa tu..

Tahun kedua pula, anak dah dilahirkan masa tu, aku baru je habis pantang. Suami ku kerja shift hours dan sering balik lambat. Hati dah tak sedap sebab dah terasa ‘something’. Masa tu, aku hari hari kena tunggu suami di rumah mertua lepas balik kerja. Kadang tu sampai pukul 12 atau 1 pagi baru suami datang ambik aku. Rumah mertua bukan besar sangat , suami ada adik dan abang yang masih tinggal dengan parents, jadi dari balik kerja sampai lah tengah malam aku duduk dengan anak aku diruang tamu. Baju tak bertukar, tudung masih dikepala. Bila anak pertama ni, pengurusan anak masih lagi bertateh, penat teramat sangat hanya Allah saja yang tahu. Dipendekkan cerita, seminggu lepas raya aku dapat tahu suami ku curang.

Tak lama lepas tu dia diberhentikan kerja sebab ada orang sabotaj. Dia dah dapat kerja baru tapi sekali lagi lepas 3 bulan, dia diberhentikan atas penganiayaan rakan sekerja. Sampai lah sekarang, dia tak mempunya kerja tetap.

Tahun ni pula, dan waktu sekrang ni, sekali lagi aku dalam situasi bergaduh dengan suami di bulan Ramadhan. Puncanya? Suami tak ada kerja tetap (padahal dia dah pernah dapat 2 kerja yang ok) dan dia dah macam putus asa nak cari kerja. Kerja yang dia dapat tu dia trauma nak mulakan katanya. Dia trauma sebab pernah di-reject dua kali, dianiaya oleh boss dan rakan sekerja. Aku pula on the other hand, rezeki mencurah2 sampai aku sendiri pun tak sangka. Aku always try untuk jadi supportive untuk suami tapi kadang2 bila sampai satu tahap, aku takut dipergunakan, suami ambik kesempatan dan sebagainya. Sedangkan, suami aku bukan orang malas pun. Dia rajin, sekarang ni dia banyak buat odd jobs dan sikit sangat bayaran yang dia dapat. Kadang dengan gaji yang tidak tetap dan sikit tu dia belikan lauk dan pampers atau susu anak. Aku tahu, dia x pernah nak ada niat nak ‘gunakan’ aku cuma aku takut dalam tak sengaja dia ‘terguna’ aku. Aku sangat pantang orang yang cepat putus asa dan atas sebab itu mungkin puncanya aku cepat marah.

Harini, hari pertama terawih, suami pun belum balik. Aku kira dia pun ke masjid kot. Aku memang buat kat rumah je sebab tak ada orang boleh jagakan anak aku. Dah beberapa hari dia berdiam diri dengan aku. Whatsapp aku satu pun tak balas. Pagi2 aku bangun peluk dia. Kadang dia tolak, lepas setiap hari aku peluk, dia biar. Aku tahu dia marah, mungkin kata2 aku masa kami gaduh tu begitu tajam, tapi dia juga banyak menyakiti hatiku. Aku jadi sayu sebab dah nak puasa. Kalau la kami tengah elok masa ni, confirm dah ‘bergaduh’ pasal lauk apa nak masak masa sahur.

Tadi aku terjaga dan aku buat solat Tahajjud, memang dah lama aku tak buat. AlQuran pun ternanti2 aku nak pegang balik. Banyak nya kekhilafan aku Ya Allah. Tapi tadi lepas aku buat Tahajjud yang hanya 2 rakaat tu, aku jadi emosi dan menangis berjurai2 air mata masa doa. Rasa tenang ya amat. Ketenangan yang aku sangat2 perlu kan tatkala aku trauma dengan Ramadhan. Segala resah gelisah dan kesedihan macam di ‘absorb’ pula dengan solat 2 rakaat itu. Magic.

Ya Allah, Kau perkenankanlah doa doa ku, Kau perkenankanlah juga doa doa seluruh umat Islam yang menangis di sejadah mencari ketenangan dan keredhaanMu. Ampuni kami ya Allah. Limpahi kami dengan kurniaMu. Amin. Selamat menyambut Ramadhan semua!

– Dania

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *