Travel Backpacking Style

Assalammualaikum… Hari tu Admin ada suruh hantar artikel pasal travel kan? Okay nak share pengalaman travel saya. Saya start travel pada tahun 2014. Destinasi pertama saya adalah Turki. Kami pergi bertiga. Since then saya jatuh cinta dengan hobi travel. Di Turki kami cover area Sultanahmed, Taksim, Cappadocia, Ephesus. Apa yang boleh sy katakan Turkey mmg sangat2 indah. Kami pergi bulan March, so sgt sejuk dan sempat merasa salji yg nipis2. Turkey ada terlalu banyak tempat yang boleh diterokai. In Sya Allah, kalau ada rezeki lagi, sy teringin nak buat trip cover bumi Turkey sahaja.

Tahun 2015, Saya dengan sorang kawan saya backpacking ke Korea pula. Kami cover Seoul dan Busan. Kami pergi bulan May so time ni cuaca just nice. tak panas, tak sejuk. Personally, sy lebih sukakan Busan daripada Seoul. Sebab saya lebih sukakan nature daripada bandar. Seoul sesuai untuk mereka-mereka yang berjiwa lebih kepada bandar. Busan pula lebih tenang. Kami pergi dalam seminggu lebih dan sepanjang disana kami hanya menggunakan public transport. Apa yang saya boleh katakan, Korea memang maju dan rakyatnya jenis yg mementingkan penampilan. Susah nak jumpa perempuan yang tak ber makeup di sana. Even Mak-cik mak cik pertengahan umur pun penuh make up di muka.

Dalam tahun yang sama (2015), bulan Dec, kawan satu universiti sy ajak sy join geng dia travel ke Europe. Diorang ajak cover Scandinavian countries. Sebenarnya saya teragak-agak juga nk join trip ni sbb baru balik dari Korea. Budget sy setahun hanya satu negara. Tapi, offer ni terlalu bagus untuk dilepaskan. Diorang ajk pergi dua minggu, tp since time tu almost Krismas, sy tak boleh cuti lama-lama. Sy kena cover kawan2 office yg nak sambut Krismas. Saya join mereka dipertengahan trip. Dari Malaysia sy travel sorang-sorang ke Budapest. Sbb kami berjanji untuk bertemu di Budapest. Perjalanan memang panjang. Transit di dua bandar. Dari Budapest Airport, sy sorang2 cari apartment yg sy dh book dr AirBnb. Sampai pun dah agk gelap. Bulan December siangnya mmg pendek. Sy naik bus dr airport, turun di bandar ambil train pula ke area apartment. Melilau juga dalam gelap cari apartment, tanya local people. Diorang memang sangat membantu walaupun tidak pandai berbahasa Inggeris. Macam ayam dan itik, Tapi, Alhamdulillah, sy jumpa apartment yg dicari. Smpai apartment, bersihkan diri, sy terus tertidur sebab kepenatan. Sy tersedar bila dgr ada orang masuk rumah. Rupa-rupanya kawan sy dgn dua orang lagi kawan dia dh sampai. Trip Europe ni kami cover Budapest, Greece dan Santorini. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan dan saya gembira dipertemukan dengan travel partners yg baik2. Balik pun saya balik sorang2 awal sehari daripada kwn2 sy. Trip inilah yg menyakinkan saya yang saya boleh travel solo.

Tahun 2016 bermulanya sejarah travel solo saya. Saya decide untuk travel ke Japan. Dari Malaysia saya beli JR Pass (Japan Rail Pass) utk sy gunakan sepanjang trip sy di sana. JR Pass ni hanya blh dibeli di origin country kita. Dah sampai Japan mmg tak dapat JR Pass ni. Harga dlm 1300 and boleh naik semua JR train except shinkansen (bullet train) yg paling laju. Tapi bullet train lain yg boleh naik pun laju juga. Beza tak banyak pun. Pada saya JR Pass ni mmg berbaloi, Untuk trip ni saya pergi almost dua minggu and saya cover Osaka, Kyoto, Hiroshima, Hitachi dan Tokyo. Saya sgt2 enjoy trip ni walaupun saya solo and pada saya walaupun sy pergi sorang2, budget still ok. Since saya sorang, sy mmg buat research betul. Semua itinerary sy taip, print and failkan.

The latest, bulan October yg lepas, saya travel solo ke Balkan countries. Saya cover Bosnia, Croatia dan Montenegro. Untuk trip ni mmg sangat banyak experience yg saya dapat. Trip ni lebih kepada redah je sebab saya tak de masa (malas) nak buat research. Saya just book segala ticket bus and accomodation. Alhamdulillah trip saya ni berjaya. Masya Allah, negara Balkan sangat cantik, Sepanjang perjalanan menaiki bas dari satu negara ke negara yg lain sy disajikan dengan air laut yang biru, gunung ganang menghijau, daun kekuningan. Ada satu kejadian yang berlaku dkt saya yg saya rasa Allah betul2 jaga saya. Saya tertinggal handbag saya yang sy simpan semua duit and pasport di rumah yang saya sewa! Alhamdullilah Allah temukan sy dengan tuan rumah yg baik. Dia hantarkn handbag sy ke bus station yang sy sedang tunggu bas utk ke next destination. Kalau saya tak dapat handbag saya, saya sendiri pun tak tahu apa nasib saya. Embassy memang jauh dari situ. Setiap kali terbayangkan kejadian tu, memang bersyukur sangat2. Lesson learnt, jangan cuai dan simpanlah duit di tempat yang berasingan. Memang tahu risiko simpan duit di satu tempat yang sama, tapi selagi tak jadi kat diri sendiri, memang malas nak buat. Itu sy mengaku mmg salah saya. Trip kali ni mmg temukan sy dgn insan yang baik2. Sorang lagi mak cik Bosnia yang saya jumpa dalam bus dari Mostar ke Sarajevo. Dia naik bus di pertengahan jalan. Kebetulan orang yang duduk sebelah seat saya, turun di bus stand yg mak cik tu naik. So, dia duduk sebelah saya. Since saya pun bertudung and tak nampak macam local, mak cik ni tanya dari mana. Dia boleh berbahasa English and tinggal di UAE selama 22 tahun. Husband dia org Syria. Susah sebenarnya nak jumpa orang Bosnia yang boleh speak English. Baiknya mak cik ni sampaikan bawa saya jalan-jalan sepanjang saya di Sarajevo, bawa saya balik rumah dia dan masakkan dinner untuk saya. Time saya nak balik KL, dia datang jumpa saya and hadiahkan saya macam-macam. Alhamdulillah saya sgt bersyukur dengan pertemuan ini and sampai sekarang saya masih berhubung dengan dia. Dia dah jadi mak angkat saya and saya bahasakan diri dia Umi.

Apa yang boleh saya katakan, travel banyak mengubah saya. Saya tak menggalakkan perempuan untuk travel sorang-sorang. Kalau ada kawan-kawan yang sekepala, travel la ramai-ramai. Travel membuka mata and pikiran kita, Membuat kita bersyukur dengan kebesaran Allah. Saya rasa tak rugi travel ni walaupun memang perlukan duit yang banyak. Tapi, kalau kita pandai manage, kos boleh dijimatkan. Semua trip yang saya pergi, budget tak lebih daripada 5K all in and semuanya backpacking style. Travel sorang ni membuatkan saya meletakkan 100% kepercayaan saya kepada Allah. Tapi, kena pandai jaga diri juga. Jangan tawakal je. Jenis saya, saya tak kan keluar malam-malam and pergi tempat yang sunyi.
Percaya pada kata hati. Akhir kata, Selamat Mengembara semua.

“It’s Better to See Something Once than to Hear About it A Thousand Time”

– Gadis Backpacker

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit