Travel: Tak Sukar Cari Yang Halal

Assalammualaikum WRWB. Barakallahufikum pada admin dan kesemua pembaca. Moga dalam rahmat Allah SWT selalu. Thank you sekiranya kalau tulisan kali ni disiarkan. Niat aku menulis kali ni pun sebab tengok keadaan dah terlalu melampau. Dan this writing ditujukan pada umat Islam yang suka travel.

Baru sahaja aku menelaah ruangan komen di satu page travel yang popular. Aku terkejut sangat-sangat bila aku baca ada komen daripada Muslim yang jelas-jelas meremehkan kewajipan mencari makanan yang halal bila travel di oversea. Jadi aku terpanggil untuk menghurai beberapa point yang disuarakan.

Kewajipan mencari makanan yang halal ni bukan kita yang memandai cakap. Perkara ni wajib lengkap dengan dalil daripada Quran dan Sunnah. Satu perkara yang biasa dilihat pada orang yang suka meremehkan kepentingan mencari makanan halal ni…mereka hanya reti bercakap menggunakan logik akal mereka sendiri semata-mata. Apabila kita minta hujah berasaskan dalil daripada mereka, memang tak terbalas langsung. Nyata yang mereka cuma bercakap tanpa sebarang landasan ilmu.

Sering kali ada suara golongan ni yang selamba cakap “Tawakal je” or “Selagi tak disahkan haram anggap halal je” – perkara ni selalu jadi bila membabitkan makanan yang viral. Bila seorang cakap sedap, ramai la yang lain teringin. Hinggakan bila produk tu didapati ada unsur was-was sekalipun, ramai yang bongkak nak makan jugak walaupun belum mengetahui status makanan tu.

Faktor daging sembelihan – ini antara perkara yang sangat menakutkan, sebab ada Muslim yang selamba menganggap mereka boleh makan daging sesuka hati semasa travel, asalkan mereka tidak memakan daging babi. Mengucap panjang dibuatnya apabila orang begini dengan bangga memberitahu suka makan di McD, KFC dan Burger King semasa travel. Baru lah berapa cawangan fast food yang diiktiraf halal di luar negara sana.. takkan semudah tu kita anggap kita boleh makan segalanya asalkan kita tak makan daging babi? Kita umat Islam hanya boleh makan daging hasil daripada haiwan yang disembelih mengikut syarak sahaja. Apabila ditegur orang begini, boleh pula dia label kita sebagai extremists dan cetek pemikiran.

Faktor bahan masakan – Bahan masakan ni merujuk kepada ingredient termasuk minyak dan sebagainya. Sebagai contoh, kita makan ikan atau udang goreng ketika travel – adakah kita pasti minyak yang digunakan tu tiada kandungan lemak babi? Tu contoh ya.

Tapi of course dalam perkara ni, ada perbezaan pendapat. Menurut pandangan sesetengah ulama, kalau sesuatu bahan tu berasal daripada benda haram, contohnya seperti babi, apabila benda tu diproses, unsur dan sifatnya boleh berubah daripada haram ke halal.

TAPI – perkara begini mestilah mendapat kepastian daripada ulama dan pakar terlebih dahulu. So, tengah sambil travel tu, kalau kita main sebat je makan, dengan anggapan bahan sesuatu makanan tu telah diproses menjadi halal , bagaimana kita nak pastikan bahan itu sudah hilang unsur haramnya?

Seterusnya – faktor alatan memasak – ya, cooking utensil yang digunakan pun perlu dititikberatkan ya. Ya, sekali lagi, diakui bahawa dalam perkara ini pun ada perbezaan pendapat. Ada ulama kata alatan memasak yang telah digunakan untuk memasak benda yang haram mesti disertu dahulu. Ada ulama kata cukup dengan alatan tu dibersihkan dahulu. Tapi kedua-dua pandangan bersetuju yang alatan memasak tu haruslah benar-benar bersih. Jadi sekarang – adakah kita betul-betul yakin yang alatan memasak tu telah betul-betul bersih? Boleh jamin ke?

“Duduk rumah saja dan jangan travel kalau nak jaga halal haram” – Okay, ini pemikiran yang sangat teruk. Orang yang berfikir begini suka melabel orang jumud tanpa menyedari mereka yang menyempitkan minda mereka tanpa melihat betapa luasnya Islam. Tanpa sedar – orang begini boleh menyebabkan non-Muslims fikir Islam agama yang menyusahkan.

Islam langsung tak menyusahkan – janji kita tahu guidelines yang telah diajarkan melalui Quran dan Sunnah. Jadi sini aku nak beri points yang menunjukkan tak susah pun nak cari makanan halal.

“Sukar jumpa makanan halal” – ini zaman internet pakcik makcik sekalian. Maklumat di hujung jari. Jika kita ada kemampuan untuk tahu destinasi percutian, boleh tahu nak menginap di mana, kaedah pengangkutan mana yang perlu digunakan – apa alasan kita untuk kata makanan halal susah dicari. Lagi pula sekarang ada banyak komuniti Muslim di merata tempat dan ramai yang buka bisnes makanan halal.

Dan kita bukan nak rigid sangat pun. Kalau makanan tu disahkan boleh dimakan oleh authority di komuniti Muslim di tempat kita travel tu, inshaAllah makanan tu bolehlah dimakan.

Rajinkanlah baca isi kandungan makanan yang kita teringin nak makan. Lagi pun sekarang dah ada app untuk terjemahkan tulisan bagi bahasa yang kita tak faham.

“Makanan halal mahal” – Sekarang ni ada satu jenis golongan yang mengada nak travel, tapi duit tak cukup hingga sanggup berhutang. Duit yang cukup tu bukan sekadar untuk travel saja ya, dan bukan sekadar untuk kecemasan sahaja. Tapi juga perlu digunakan untuk beli makanan. Pandai-pandai la bajet. Sekali lagi – kalau mampu buat bajet untuk penginapan dan pengangkutan, kenapa tak bajet untuk makanan juga?

“Darurat” – sekarang ni awak tu travel, bukannya dalam zon perang or zon krisis kemanusiaan. Lain la kalau barang or duit hilang ke, diculik pastu dicampak di tempat yang entah mana ke… Persediaan kena la cukup sebelum travel. Jangan sesuka hati letakkan diri dalam keadaan darurat.

Dan kalau ada ada yang memberikan sebab kesihatan – tak boleh tak makan daging – ini bukan alasan untuk tak mencari yang halal. Dah tahu ada kondisi kesihatan, bawaklah makanan dalam tin daripada awal. Begitu banyak options Tuhan dah sediakan. Dan tak mati rasanya kalau banyak makanan vegetarian pun.

“Sibuk sangat nak jaga halal haram bab makan. Habis bab rokok, zina, judi tu tak jaga pulak. Kerja main FB pun haram la.” – Kalau orang yang meremehkan bab halal haram dah start komen begini, memang tahu lah orang tu memang dah tak mampu berhujah. Singkatnya pemikiran. Takde siapa kata rokok, zina, kerja tanpa amanah tu halal wahai akak abang oi. Kalau pun kau list down sejuta maksiat, kewajipan mencari makanan halal tu tetap juga tak berubah.

Masalah kita sekarang – seperti aku nyatakan awal tadi – ramai yang tak tahu, tapi buat-buat macam tahu. Apabila nafsu untuk makan dah menguasai hati dan minda, apabila jiwa dah terlampau malas sehingga nak usaha cari makanan halal pun tak mahu, bermacam-macam alasan disuarakan, tapi satu hujah berasaskan dalil sahih pun tiada. Mereka argue yang “Islam itu mudah” tapi mereka buat tak sedar yang mereka bersikap mengambil mudah.

Kepada saudara seagama aku, kalau ada rezeki lebih Tuhan kurniakan, travel la. Tengok tempat orang. Luaskan pandangan dan tambah ilmu serta pengalaman. Tapi put extra effort untuk pastikan perjalanan kita diredhai Allah SWT, dan ini termasuk usaha mencari makanan halal.

– Mohammed

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit