Trend Zaman Sekarang

Trend Zaman Sekarang

Assalammualaikum semua.

Aku perhatikan trend zaman sekarang ni memang ambil gambar swag, hipster, acah acah. Yang baru nak ambil PT3 pun bila keluar dah seinci make up, beg mengalahkan mak datin. Lipstik fuhh macam trafik light merah tu.

Lepas tu baju semua nak yang trend terkini je, erm no offense tapi tu lah aku segan bila tengok dekat kenduri tu baju sesetengah mereka ni pakai sangat ketat dan nampak segalanya. Lebih pada konsep membalut. Saja nak tanya, badan tak melengas eah.

Aku tak ada nak ban orang yang suka bermakeup ke apa, sebab dari situ pun boleh jadi sumber rezeki kan. Tapi jangan berlebih lebihan aka tabarruj. Ni gi pasar malam pun nak make up pakai lens berwarna semua. Allahuakbar. Aku tabik juga sebab ada juga yang pakai make up and pergi solat, sanggup bersihkan semua make up.

Tapi ada juga yang tak bersihkan lipstik, maskara dengan kening tu betul betul. Setakat pakai cleanser biasa confirm tak bersih. Percayalah..

Lepas tu memang trend zaman sekarang ini, konon konon stress mulalah nak pergi holiday sana sini. Tengok wayang lah shopping lah. Shopping bukan biasa biasa kalau setakat bundle macam aku, manalah diaorang nak pandang. Semua nak yang jenama punya, make up pun nak sephora aje (tu je yang aku tau)

Bila aku scroll ig, tengok outfit erm, nampak macam lagi tua dari aku. Ingat dua puluh lebih semuanya. Rupanya PT3 pun belum habis lagi. Kalau adik aku macam tu, memang tak bertangguhlah aku nak azankan.

Pesanan aku pada semua juga pada diri sendiri, nak make up tak salah,tapi jangan berlebihan. Sekolah tu habiskan dulu, tak payah fikir nak berpasanganlah, lepas tu sibuk masuk ig gambar makan hispter lah apalah, hakikatnya duit belanja pun mak ayah yang bagi, belajar pun biasa biasa je lagi. Yang dah sambung belajar, ada hati nak berjoli pakai duit siswa dengan duit pt -jimat jimat sikit, jangan dihabiskan semua -lepas belajar tu nanti kau nak pergi kerja pun kena ada modal.

Lagi satu, mak aku pesan, jangan pakai make up tebal sangat, nanti seri muka yang natural tu hilang. Nanti bila waktu big day kau, make up betul betul pun dah tak ada seri. Plus, kalau selalu make up nanti dah tua tak nampak macam awet muda – tak semua.

Lepas tu kalau nak tahu baju tu sesuai ke tak tepati syariat ke tidak, tengok boleh bawa solat tak. Janganlah kita jadi hamba fesyen ok . Biar kuno, asalkan ikut syariah okeyy.

– Amirah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments