Tuan Rumah Yang Kurang Ajar

Salam pembaca IIUM Confessions. Terima kasih admin IIUM Confessions sebab sudi publish luahan saya. Saya kenalkan diri saya sebagai Hannah. Memandangkan sekarang ni femes dengan cerita roommate, housemates, owner rumah dan lain-lain, saya rasa teringin nak kongsikan pengalaman saya menyewa di salah sebuah apartment yang sangat terkenal di Bangsar South. Saya mula menyewa di apartment itu pada bulan Julai 2008 dengan deposit sebanyak RM800++. Tak ingat dah berapa exact amount. Dalam rumah tu ada 5 orang lagi penyewa lain. Maknanya satu rumah tu ada 6 orang laa. Saya sewa bilik medium; berdua dengan seorang lagi penyewa.

Owner rumah yang saya sewa ni suami isteri Melayu, berumur lingkungan 40 tahun. Saya kenalkan owner lelaki sebagai A, dan si isteri owner sebagai B. A & B tak pernah tunjuk muka ke rumah kitorang. Yang dia tahu, duit sewa bulan-bulan masuk akaun dia sebanyak RM1200. Lewat sehari, B akan mesej mana-mana housemates saya yang ada. Masa tu saya tak kisah sangat sebab memang owner kena bertegas la bab-bab bayar sewa ni. Saya faham je keadaan tu.

Owh, lupa nak bagitahu. Apartment tu agak lama sebenarnya. So, banyak wiring & plumbing yang rosak. Sepanjang menyewa di rumah tu, saya dan housemates yang menanggung semua kos repair. Kos wiring lama ditukar baru pun, kitorang yang kena tanggung. Padahal bukannya salah kitorang. Memang rumah tu rumah lama. Kitorang ada maklumkan kepada A. Mula-mula dia suruh kitorang baiki dulu nanti dia akan bayar balik. Bila tiba masa untuk kitorang tuntut balik bayaran, A kata itu kos kitorang. Sebab kitorang yang duduk dalam rumah tu dan rosakkan elektrik rumah tu. Masalahnya, bukan masalah kitorang yang rosakkan tapi masalah wiring lama yang kena tukar baru. Kitorang malas nak bertekak, so kitorang biarkan je la. Kalau nak tolak duit sewa pun, nanti si A akan bising duit sewa tak cukup dalam akaun.

Satu hari tu, B mintak naikkan sewa RM100. Jadi sebulan RM1300. Disebabkan rumah tu rumah lama, cat dinding pun dah terhakis banyak, so saya mintak owner untuk cat rumah tu balik. Cat dekat ruang tamu je pun jadilah. Nama je duduk di apartment tapi rumah dah macam setinggan. Si A setuju dan janji akan cat rumah tu. Tapi sampai ke sudah tak cat. Akhirnya, saya sendiri yang cat bilik saya dengan bantuan BF saya masa tu. Kalau saya nak cat sendiri, memang la tak larat.

Masalah plumbing pulak memang banyak. Tinggal kat KL dengan gaji ciput, manalah mampu nak tanggung kos repair rumah setiap bulan. Plumber kat KL ni, mintak baiki sinki tersumbat pun dia caj sampai RM120. Kalau masalah lain, lagi laa mahal. So, untuk menjimatkan kos, saya panggil BF saya untuk baiki apa-apa yang rosak. Nasib baik BF saya tu ada ilmu sikit bab-bab macam ni. Bare in mind, setiap kali BF saya datang, housemates saya yang lain pun ada jugak. Bukannya dia masuk rumah kitorang time penyewa lain tak ada. BF saya pulak, lepas settle kerja dia, dia terus balik. Saya tak ada pulak nak hidangkan dia air ke apa. Paling tidak pun, saya ajak dia keluar makan lepas tu.

Kisahnya 2 tahun lepas, A hantar mesej kat saya (memandangkan masa ni saya adalah penyewa yang paling lama ; penyewa terdahulu semua dah berpindah dan penyewa baru semuanya muda berumur lingkungan 23-25 tahun). A kata dia nak jualkan rumah tu pada orang lain & bagi kitorang semua notis 2 bulan. Pada hari yang sama saya bagitahu housemates saya yang lain tentang hal tu. Saya pulak terus cari rumah sewa lain. ALhamdulillah saya dapat sebuah kondo kat Puchong dengan harga sewa RM1200. Kondo baru, owner Cina. Saya bayar deposit di kondo baru; sambil tu saya mintak balik deposit saya RM400 dengan A (sebab saya nak keluar dari rumah tu awal sebulan daripada tarikh akhir). Saya sangat terkejut bila A kata dia tak akan bayar balik deposit kitorang semua. Dia kata masa dia serahkan rumah tu pada penyewa terdahulu, rumah tu rumah baru dan masih cantik. Sekarang rumah tu dah buruk dan kitorang yang kena tanggung semua. Saya cakap, masa mula-mula saya menyewa dulu rumah tu dah buruk. Banyak benda yang saya dah baiki dalam rumah tu. Tapi dia cakap, dia tetap tak akan pulangkan deposit saya dan housemates lain. Saya malas nak bertekak, so saya pindah juga ke kondo baru awal sebulan daripada notis.

Saya ingatkan sebaik sahaja saya berpindah, saya tak akan berhadapan dengan masalah di apartment lama lagi. Rupa-rupanya sangkaan saya salah. Ex-housemates lama saya mesej beritahu air di rumah tu kena catu. Dia kata A cakap saya tak bayar bil air. Memang masa tinggal kat apartment tu, saya yang uruskan hal bil air dan bil elektrik. Tapi saya tak pernah skip bayar. Saya call pengurusan apartment untuk check kalau-kalau ada bil tertunggak (bil air kena bayar di pejabat pengurusan apartment). Bila pengurusan apartment check, tak ada tunggakan dan semua bil clear. Saya mintak ex-housemates lama untuk rujuk balik resit-resit yang saya simpan dalam laci di ruang tamu. Memang ada resit-resit tu semua. Bila diselidik, rupa-rupanya A tutup kepala paip utama rumah tu. Kepala paip utama rumah ada kat tangga hujung. Bila ex-housemates saya pulas kepala paip tu, elok je rumah tu ada air. Bila dah dua tiga kali jadi macam tu, A ambil langkah drastik untuk mangga pintu yang menutup kepala paip utama rumah.

Yang ex-housemates saya pulak bodoh tak tak tahu hujung pangkal, langsung tak reti nak pergi report kat management. Balik-balik diorang mesej saya. Diorang tetap percaya cakap tuan rumah yang bil air ada tunggakan sebanyak RM200 lebih. Sebab tu owner nak stop ex-housemates saya dari terus guna air. Dia akan bagi guna lepas kitorang bayar RM200 tu. Saya dah malas nak layan kebodohan ex-housemates saya tu, so saya start ignore. Yela, dah la duit deposit tak nak pulangkan balik. Sekarang ni nak pau pulak RM200! Lama ex-housemates tak contact saya. Saya ingatkan benda dah settle. Rupa-rupanya tak. Ex-housemates saya pergi bank-in RM200 tu dalam akaun owner. Padahal awal-awal lagi saya cakap kalau nak bayar bil air, pergi pejabat pengurusan. Bayar kat situ. Tapi dah diorang tak dengar cakap saya. Lantak!

Tak lama lepas tu ex housemates mesej lagi. Bising-bising sebab owner tak nak bagi deposit. Saya cakap pergi deal sendiri dengan owner sebab saya sendiri pun tak dapat balik deposit saya. Diorang bertekak dengan owner. Tiba-tiba saya dapat mesej dari A. Dia tuduh saya pergi mengajar ex-housemates untuk melawan dia. Saya terkejut jugak sebab saya tak buat pun apa yang dituduh. Saya ignore mesej dia. Agaknya dia geram sebab saya bluetick kan aje mesej dia tu, dia hantar mesej bukan-bukan. Dia kata saya perempuan sundal, tak malu bawak lelaki masuk rumah. Dia kata saya penyewa kurang ajar, sudahlah bil air tak bayar, lepas tu tak nak mengaku dan macam-macam lagi la dia tuduh saya. Saya biarkan aje dia meroyan sorang-sorang.

Sebenarnya silap saya jugak masa menyewa rumah tu, saya tak sign any agreement dengan owner. Kalau tak, memang boleh fight untuk mintak balik duit deposit tu.

Di Puchong, saya aman bahagia tinggal bertiga dengan housemates baru, dirumah yang baru. Owner pun baik dan tak berkira. Selalu singgah dan bawak buah-buahan. Akhir tahun lepas saya terpaksa berpindah balik ke kampung. Tapi sampai sekarang saya masih contact dengan owner rumah di Puchong. Dia kata kalau ada masa, dia nak datang ke kampung saya.

Saya bukannya nak racist tapi menyewa dengan sesama bangsa tak menjamin dia takkan mengkhianati kita. Malah dia lagi berani untuk buat macam-macam, lebih-lebih lagi bila dia tahu penyewa dia adalah perempuan.

Moral of the story, kepada para penyewa sekalian. Sebelum menyewa, pastikan tuan rumah siapkan agreement. Bila dah sign, minta 1 copy dengan dia untuk simpanan kita. Kalau berlaku apa-apa di masa hadapan, senang nak fight. Lagi satu, sebelum menyewa riki-riki la tentang tuan rumah terlebih dahulu. Utamakan tuan rumah yang ada sifat bertolak-ansur dan tak berkira. Jangan jadi macam saya. Dapat tuan rumah yang berhati busuk.

Sekian.
Penyewa teraniaya

– Hannah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit