Tunggakan Bayaran Kereta

Assalamualaikum.

Aku perempuan, 28 tahun & pelajar master. Tujuan aku menulis disini sebab nak minta nasihat dan pendapat sesiapa yang mungkin pernah alami perkara yang sama atau yang pakar dalam hal ini.

Aku buntu, aku memang jenis terlalu memikirkan masalah walaupun kecil. Aku dah berkerja sebagai jurutera sebelum aku sambung master. Aku kerja dekat kawasan yang susah nak dapat public transport, kalau aku cakap kat mana automatik orang tahu. Jadi nak taknak aku kena beli kereta without downpayment memandangkan aku perempuan dan memudahkan aku balik jenguk mama bila-bila masa aku nak (perjalanan 2jam).

Oleh kerana aku punya halatuju hidup aku tekad untuk berhenti kerja dan sambung belajar. Aku dah rancang baik punya segala kewangan etc. sebelum aku berhenti. Aku sambung belajar dekat universiti yang jauh dengan kampung. Ada je university berdekatan tapi university tu tak banyak peluang RA (pembantu penyelidik), aku dah survey awal dah. Dengan ekonomi sekarang ni, nak sambung belajar pun kena fikir kewangan. Takkan aku nak sambung belajar dengan menyusahkan orang. Family aku pun bukannya orang ada-ada. Biasiswa tak banyak dah, jadi nak tak nak kena sambung belajar dalam mode research (sebab ada grant heheheh).

Lepas aku dah sambung belajar tak sampai sebulan, dapat berita mama tak sihat dan mama kata dia sunyi. Oh ya aku anak bongsu, ayah dah tiada, yang lain semua dah kahwin. Aku withdraw study cepat-cepat memandangkan boleh refund yuran yang hampir 2k tu dan semoga boleh cover monthly payment kereta aku sementara menganggur. Aku plan untuk mohon universiti yang dekat dengan rumah aku. Try hard juga lah aku cari SV yang ada grant tapi nan hado.

Lepas aku withdraw dan duduk dengan mama, banyak masalah datang. Apa yang aku rancang semua tak menjadi. Itulah, kita merancang Allah yang menentukan. Universiti tak mahu refund yuran aku, walaupun aku dah bagi bukti dan fakta yang mengatakan aku layak untuk refund, macam-macam alasan diorang bagi. Pihak fakulti pun kata aku layak. Dua tiga kali juga aku naik turun mahkamah (universiti) sampai aku dah penat dan malas nak pertahankan lagi. Aku redhakan saja.

Dua bulan kereta mama dan kakak aku dah tolong bayarkan. Sungguh, meronta-ronta dalam hati aku rasa aku ni anak dan adik tak guna. Aku tak cerita pun berapa lagi aku hutang kereta sebab aku taknak susahkan family. Aku tahu family dah hidup susah. Pinjam duit orang pun dah buat aku rasa macam dah calarkan maruah sendiri. Ya tahu aku ego. Aku cakap dengan mama nak jual kereta sebab macam tak guna sangat tapi mama tak bagi katanya nanti aku susah, bila fikir semula yelah nanti aku susah nak bawa mama pergi hospital.

Tolak tambah lima bulan dah aku menganggur dan kereta aku dah tiga bulan tak bayar. Aku sangat tertekan memikirkan hutang. Itulah momen paling menjatuhkan prestasi hidup aku setakat ni. Aku tertekan tapi aku tak cerita dekat sesiapa. Waktu tu aku betul-betulkan dekatkan diri pada Allah sebab aku percaya apa yang berlaku ni adalah untuk buat aku dekatkan diri dengan Ilahi. Dalam lima bulan tu ada aku minta kerja dekat-dekat situ. Tapi aku nak cari kerja yang senang jenguk mama.

Tak lama kemudian aku dapat kerja sebagai kerani. Walaupun gaji terlalu kecil untuk aku yang ada komitmen ni Alhamdulillah rasa bersyukur sangat. Tak cukup sebulan aku kerja, aku sambung belajar sebab aku dapat RA. Elaun RA lagi besar daripada gaji aku, lebih baik aku berhenti. Dapat bayar kereta bulanan dan dapat sambung belajar, Allah sujud syukur terus.

Alhamdulillah sekarang pejam celik dah satu semester. Tapi tunggakan tiga bulan tu bersamaan 1.8k aku masih belum mampu bayar. Surat amaran tarik kereta banyak kali keluar tapi diorang tak tarik lagi sebab bulan semasa aku tak pernah missed. Banyak kali juga tebalkan muka cakap dengan orang bank (diorang rajin call). Menyesalnya tak menyimpan banyak-banyak masa kerja dulu.

Hari-hari aku doa. Aku percaya bukan Allah tak makbulkan lagi tapi Allah tolong dengan cara lain sebab aku rasa everything went well lepas aku sambung study. Contohnya, bila duit aku tak cukup nak beli bahan untuk kajian aku ni, tiba-tiba je kakak aku bagi duit. Banyak sangat yang Allah dah tolong. Cuma untuk 3 bulan tunggakan tu aku jadi runsing. Tak lama lagi roadtax dan insuran pula perlu direnew. Aku rasa aku perlu usaha lebih lagi.

Aku rancang nak buat kerja part time waktu malam tapi kalau siang dekat universiti malam aku kerja, bila masa aku nak teman mama? Ada plan juga nak buat bisnes dropship, strategi semua aku dah rekodkan dalam buku, dah belajar online dari pakar tapi aku tak berani ambil risiko lagi, ilmu pun masih tak cukup, situasi belajar pun tak stabil lagi, takut nanti susahkan orang lain pula.

Kawan-kawan, kakak, abang, pakcik, makcik ada nasihat dan pendapat nak bagi pada saya? Sebarang kecaman juga diredhakan ya :)

– Sorrylah susahkan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit