Umur 24 Tahun Kita Tak Sama

Thanks admin jika confession ini disiarkan. Aku Efa, 24 tahun, penghujung bulan 6 ni genaplah setahun aku mengangur. Apa yg ingin aku ceritakan, aku bukanlah pengangur yang goyang kaki hanya tahu makan dan tidur saje. Setiap orang mesti punya impian atlest lepas habis belajar nak keja itu, nak keje ini, nak ada itu, nak ada ini. Namun kita harus percaya rezeki itu Allah yang tentukan.

Percaya atau tidak setelah setahun aku tamat study aku mampu mengumpul 10k dalam akaun. Ini bukan riak tapi untuk panduan yang mana bakal menamatkan study tak lama lagi. Wauu macamana mampu kumpul 10k tu? Kata mengangur. Aku mengangur dari segi bidang kerja yang selayaknya untuk aku tapi lepas tamat study aku tak buang masa, aku terus sambung business aku yang dah lama tergendala akibat fokus aku pada FYP dan study. Business aku kecil-kecilan je jual mcm2 barang online pada masa yang sama aku buat cookies, dan bila kata rezeki itu Allah yang susun, pada satu hari cousin aku buka kedai percetakan signboard, banner,poster, no plate kenderaan dan seangkatannya lah, so dia jemput aku untuk keje dengan dia bahagian photoshop. Memandangkan waktu aku study dulu aku adalah terjebak dengan photshop sikit2.

Maka, pada masa tu aku buat 3 kerja dalam satu masa. Purata pendapatan aku mencecah 2k juga dalam sebulan. Setiap income yang aku terima aku memang disiplin saving. Atleast RM500 mesti masuk ASB, kalau ada lebih aku saving lebih. Untuk parent? ofcourse la aku bagi, dari dioranglah datangnya berkat. Nak dikatakan rezeki lagi pada January baru2 ni ada iklan cikgu tuisyen, aku pun mohon saje2, mana tau ada rezeki, Alhamdulillah sekarang aku dah jadi cikgu tuisyen untuk sesi malam. Bertambahlah komitmen aku.

Untuk korang yang bakal grad, 1st step aku tau korang mesti hantar berpuluh2 resume kat company untuk apply keje, tak kurang juga korang walk in career fair semua. Sama dengan aku waktu mula-mula habis study dulu. Jika rezeki masih tak menyebelahi jangan buang masa, buat apa saja yang mendatangkan manfaat dan income pada korang, yang penting halal lah. Gunakan segala kemahiran yang ada pada diri korang untuk jana pendapatan, mungkin korang pandai menjahit ke, korang boleh buat tudung and jual online. Mungkin korang pandai buat kek ke, kalau tak pandai pergi kursus. Korang bayangkan aku buat brownies dengan kek coklat je tapi income blh tahan kalau ada orang tempah, biasanya dalam seminggu tu ada je yang tempah. So, jangan kata kalau aku nak jadi peniaga kek baik tak yah masuk universiti. Kalau korang ramai follower insta atau facebook buat business online jadi dropship, mungkin mula2 korang akan akan rasa giveup sebab xada yang pm untuk beli tapi percayalah setelah banya kali korang post, orang dah kenal kita jual apa, InshaAllah akan ada rezeki. Semua kerja perlukan kesabaran.

Macam yang aku cakap gunakan kemahiran korang untuk jana pendapatan. waktu study dulu tak kan tak ambil peluang untuk belajar photoshop, edit gambar, buat video,jadi photographer bagai. Benda2 alah ini memang mendatangkan income yang banyak kalau korang pandai asah skill. So, gunakan skill ini untuk jana income. Dunia sekarang bukan lagi, dunia yang tunggu duit jatuh ke riba, semua perlu usaha. Tundukan sikit ego kita yang ada degree tapi keje biasa2, pedulikan kata2 negatif yang boleh buat kau down.

Haa, lagi satu aku nak pesan kat korang, lps ni korang pasti akan rasa macam2 lah bila tengok coursemate korang dah dapat keje tapi kau still keje biasa2, jangan bimbang, kau x perlu nak compare2, umur 24 kita tak sama, ada yang umur 24 dah ada keje tetap, dah berkahwin, dah ada anak. Itulah aku kata rezeki setiap orang tak sama, mungkin Allah nak suruh kita tinggal dengan parent dulu, suruh berbakti kat diorang dulu, tengok wajah diorang hari-hari, mengalir pahala beb. Jika kau dapat kerja jauh-jauh nak balik walau cuti 2 hari pun macam2 fikir. Maka tak perlu nak compare dengan kehidupan orang lain, yang penting kau buat apa yang membahagiakan hidup kau. Nak miliki apa yang kita nak, kita perlu rajin. Doakan aku juga moga terus dimurahi rezeki untuk membahagiakan mak ayah.

Okay lah, semoga apa yang aku kongsikan ini bermanfaat untuk semua.

– Efa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit