Usaha dan Doa

Setiap manusia pasti ada keinginan mereka yang tersendiri. Namun, keinginan itu hanya sia-sia jika kita hanya goyang kaki tanpa usaha dan doa. Oleh itu, kita perlu berusaha untuk mencapai apa yang diingini dan berdoa kepada Allah untuk meminta apa yang dihajati. Walau bagaimanapun, sebahagian daripada kita hanya melakukan salah satu daripadanya, iaitu doa tanpa usaha dan usaha tanpa doa. Bagi saya, kedua-dua cara ini memainkan peranan yang sangat penting untuk mencapai apa yang diingini.

Jika kita doa tanpa usaha, sudah tentu kita tidak akan dapat apa yang diingini. Jika kita usaha tanpa doa, kita mungkin
akan dapat apa yang diingini tetapi nikmat yang kita dapat itu tidak berkat dan mungkin tidak akan berkekalan. Doa itu penting supaya Allah memudahkan urusan kita dalam usaha untuk mencapai apa yang diingini serta membuatkan kita redha jika kita jatuh satu hari nanti.

Kesimpulannya, usaha dan doa perlu dilakukan untuk mencapai apa yang dihajati. Barulah hati kita rasa tenang dan tenteram setiap kali kita berusaha untuk mencapai apa yang dihajati.

– Airiss

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit