Usaha dan Nasib

Usaha dan Nasib

Assalamualaikum. Kenalkan aku woman berusia 23 tahun. Alhamdulillah baru lepas grad april lepas. Apa yang aku nak ceritakan kat sini adalah keadaan hidup aku yang masih terkontang-kanting kerana belum ada pekerjaan tetap.

Syukur aku lepas habis praktikal dapat offer kerja area rumah. Tapi tahan 5 bulan je, sebab aku malas nak hadap perangai staff yang swing ni. Kejap okay, kejap tak. Last2 aku yang jadi mangsa. Mood aku nak buat kerja pun hilang. So akhir bulan 12 aku resign dan ambil keputusan untuk mencuba nasib di ibu kota.

Awal tahun 2018 bermulalah aku job hunting. Dengan duit gaji 1k aku cuba survive untuk sebulan hidup di kota raya. Bayar deposit rumah, bayar hutang2, ada laa dalam 300 untuk aku hidup.
Aku google company2 berkaitan bidang yang aku belajar, aku call, email resume kat person in charge. Hmm tapi dipandang sepi. Tapi ada laa satu company tu reply kata no vacancy for now. Pada aku tu pun happy sbb dieorg bagi feedback. Aku putus harap cara ni, aku join pulak group2 kerja kosong kat fb duk intai2 kerja kosong. Pergi interview sana sini, photostat resume, print itu ini. Semua perlukan kos. Duit makin hari makin kurang. Aku masih cuba positif, mungkin nasib belum menyebelahi aku lagi atau usaha aku masih kurang.

First time cari kerja, mmg naif. Ye lah, fresh grad kan. Dok merantau pulak tu. Tapi aku teruskan jugak usaha untuk cari kerja. Aku pi kilang2 attend interview. Aku list all my education, dari lowest to highest. Then, interviewer tanya, ini kerja operator je tau. Kamu ada degree, nak ke kerja macam ni? Overqualified tau! Then, aku tanya balik, management line ada kosong tak? Dia jawap, tunggu saya berenti dululah, baru ada vacancy. Huhuhu. So aku pun pulanglah dgn tangan kosong.

Dua tiga hari lepas tu aku pergi lagi attend kilang. Pendidikan aku tulis takat matrik je. Habis matrik umur 19 kot. Then interviewer tanya dua tiga tahun lepas habis matrik kamu buat apa? So aku pun jujur lah, sambung degree. Habis interview semua dia kata, kalau kamu terpilih kita call ya. Hmm tapi sampai sekarang, sepi. Takpelah, mungkin kerja tu bukan terbaik untuk aku.

Lagi 1 minggu bulan 1 akan berakhir, masih belum ada kerja. Aku dgn kawan try hantar resume kat mall untuk bidang management. Kawan aku ni ada diploma. Esoknya dia dapat call suruh attend interview untuk jawatan purchasing officer. Aku dapat call jugak, tapi jadi pembantu jualan. Haha, hmm tak pelah. Mungkin resume aku tak seinfografik, or tak segempak resume dia even dua2 masih fresh graduate.

Awal bulan 2 kerja lah aku sebagai pembantu jualan. Masuk pun kira macam dah tengah bulan, sbb company closing 25 hari bulan tiap2 bulan. Ada laa kerja dalam 20 hari. Dapat laa dalam 800 lebih. Tolak epf, sosco, uniform itu ini tinggal laa 600 untuk aku survive. Mall ni kira jauh jugak laa dgn rumah sewa aku. Waktu aku mula2 sampai cari kerja area rumah sewa, satu pun tak lekat. Bila dah dapat, kos pengangkutan hampir 230 sebulan naik public transport. Dengan gaji bersih 600, bayar sewa rumah, kos ulang alik kerja. Berapa keping je lagi tinggal. Huhu, sedih wehh. Terpaksa lah, pinjam duit mak dua tiga ratus dan si encik jodoh (mudah-mudahan la) untuk survive bulan 3 pulak sementara nak dapat gaji full.

Duduk merantau nii, mmg berendam air mata, hati kena sado. Makan sehari sekali tu biasa. Bagi aku, dapat makan nasi dengan telur goreng dgn ikan kering hari2 pun nikmat paling terbesar dah. Hahaha. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (Al-Rahman)

Bulan 3 aku kerja henjut sikit OT nak bagi gaji kencang. Huhu. Dalam satu minggu tu ada la dua tiga kali masuk 7.30 pagi balik 11.00 malam. Takpun aku try OT empat lima jam sehari. Aku pulun2 kerja, nak dekat hari closing aku demam, terpaksa MC. Hmm melayang laa elaun kehadiran. Tapi tak pe laa dah sakit. Kesihatan nak kena jaga jugak. Bulan tuu mmg bulan dugaan untuk aku. Pergi ambik ubat melayang 70, yuran konvo lagi. Mana nak cekau duit lagi oiii.

Sedihh wehh, hari konvo aku without my family. Aku cuti pun hanya untuk konvo je. Mak pak pun tak dapat datang sbb tak cukup duit. Duit api, air dah dua bulan tak bayar. Seronok tgk kawan2 tangkap gambar dgn parents, dgn tunang apa lah. Menangis jugaklah aku dalam hati. No pre convo, bunga itu ini. Lepas hantar jubah, ambik certificate terus cabut. Esoknya masuk kerja macam biasa.

Hari berganti. Sementara nak tunggu gaji tu punyalah perit. Duit makin nazak. Lepas break lunch satu hari tu, ada orang datang minta derma. Aku bagi laa seringgit. Tup2 petang tu kawan aku bayar hutang rm 50. Huhu berbunga la kejap hati sementara nak tunggu gaji. Benarlah, “Jika kalian meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya Allah melipat gandakan (pembalasannya) kepada kalian dan mengampuni kalian. Dan Allah Maha Pembalas Jasa lagi Maha Penyantun”. (QS.at-taghabun:17).

Maka, bermulalah bulan 4. Gaji bulan 3 yang aku harap2 pun dah masuk. Dapat 1.5k, bersih dapat laa 1.3k. Tolak bayar hutang kawan, sewa rumah, belanja rumah, asb, insurans, ptptn, kos pengangkutan sebulan, topup phone tinggal 200 lebih je aku untuk survive bulan 4!

Duit gaji aku ibarat korek lubang, gali lubang je. Adik aku kata, aku ni lagi bekerja lagi tak berduit! Dapat gaji, bayar hutang. Lepas tu tak cukup duit, berhutang lagi. Deep! Aku mula pikirkan sesuatu.

Aku kerja penat2, pi kerja balik kerja tak nampak matahari. Tapi gaji cam tu jugak. Aku mula hilang motivasi. Pegi kerja aku pikir, balik kerja pun tak habis2 lagi pikir benda yang sama. Satu hari di lewat malam, sambil ditemani abg polis bantuan tu, katanya, kamu ni bahaya laa balik sorang2 macam ni. Dah laa perempuan. Org lain dah duk landing kat katil kamu baru terkedek-kedek nak balik. Lagi membuatkan aku terpikir!

Laluan dari stesen ke rumah aku ada sebuah kelab malam, pernah terlihat di depan mata ku sebuah van putih sedang mengangkut wanita2 seksi diiring dua buah kereta mewah. Aku tergamam. Selepas mereka berlalu, aku berlari pulang ke rumah. Hmm, pikiran ku untuk berenti kerja makin membuak. Dengan kos pengangkutan yang tinggi, balik sorang2 lewat malam. Makin lama aku hilang semangat.
Setelah mengambil kira semua faktor, akhirnya bulan yang lalu aku ambil keputusan untuk berenti. Hmm menganggur lagi. Alang2 pulang mengundi, aku berehat lama di kampung. Sepanjang seminggu, aku sempat menghantar resume di 4 company yang menawarkan kerja. Hmm tapi tak taulah dapat ke tidak. Sekadar mencuba nasib. Dua tiga hari lagi aku akan balik ke ibu kota untuk mencari kerja lagi.

Dengan duit gaji bulan lepas, bolehlah aku bertahan lagi sewa rumah sampai bulan depan. Kalau rezeki belum lagi dapat kerja di ibu kota, terpaksalah aku balik semula ke kampung. Mak aku selalu kata, aku ni banyak hutang. Nak bayar itu nak bayar ini. Ikut perkiraan, komitmen tetap bulanan aku rm654, (asb-274, insurans-150, ptptn-180, topup-50) tak termasuk sewa rumah dan kos ulang alik pergi kerja.
Adakah RM654 itu suatu komitmen yang tinggi bagi seorang fresh grad yang masih belum ada kerja tetap? Kalau aku kerja kat kampung gaji 1k boleh hidup kot. Balance RM346 boleh laa lepas duit minyak kereta, duit makan harian, tolong2 keluarga. Tapi pikir ku, di ibu kota mungkin kos sara hidup lebih tinggi, tapi gaji juga lebih up sikit dari kerja di kampung dan peluang pekerjaan lebih luas.

Hmm entah lah. Bila laa nak ada rezeki dapat kerja tetap. Aku rasa aku dah tua kot. Dengan si cik abang dah tanya bila boleh jumpa mak ayah, aku pun tak tau nak jawap. Aku malu nak bawak balik dia sedangkan aku masih belum cukup berbakti pada mak ayah. Mak aku selalu kata, kamu kalau nak kahwin, bagi laa mak merasa duit gaji kamu dulu. Mak seronok tengok anak mak ada kereta bagus boleh bawak mak abah jalan2. Hmm sabarlah mak.

Cuma masalah terbesar aku belum ada kerja tetap je. Ke aku yang memilih kerja? Aku fresh grads, tapi ada laa hampir setahun pengalaman kerja sejak dari intern awal tahun lepas. Kalau kerja dua tiga bulan dah berenti, macam mana nak gaji nak naik. Huhu. Kawan aku ada dah yang bawak kereta baru, dah tayang pasangan sana-sini. Aku? Hmm masih lagi terhegeh2. Apply SL1M tak pernah panggil pun. Interview pun idok. Nak kata benggap, boleh laa 3 pointer above jugak. Hmm.
Apa2 pun husnudzon itu lebih baik. Takkan kita takut miskin, sedangkan kita hamba Sang Maha Kaya Raya Pengatur Sekalian Alam. Mungkin Allah nak bagi susah setahun dua, tapi Allah nak bagi senang seumur hidup.

Aku tahu bukan aku sorang je yang mengalami keadaan macam ni. Bersabarlah wahai graduan2. Selagi kita ada usaha, dan kuat kesabaran, insyaallah sikit hari ada lah rezeki kita ye. Eh nak tanya jugak, aku ni boleh dikira bankrupt ke? Haha. Esok lusa kalau aku tak mampu, asb dgn insurans aku terminate la. Tapi rasa macam rugi pulak, sbb dah nak masuk tahun ke dua aku bayar. Ptptn boleh tangguh dulu sementara nak tunggu gaji 4k. Huhu.

Harap2 laa pemerintahan baru ni ada pembaharuan dalam mengetengahkan bakat dan kelayakkan para graduan. Sayang kan pemuda pemudi berilmu dibiarkan begitu, tidak digunakan ilmunya. Kadang keadaan tidak mengizinkan kita untuk keluar. Kita tak tahu saluran mana yang perlu kita ikut. Ye dok? Tapi tu lah, hidup ni kena ada cabaran. High risk, high return gitu.

Buat adik2 yang masih berada di u tu nikmatilah setiap lecture, setiap assignment, test semua tu. Nanti bila kau dah masuk alam kerja, lagi serabut. Dunia sekarang semua perlumbaan, nak hadap cercaan makcik2 bawang lagi. Kau dah sedia ke? Kalau kau takut nak hadap, duduk lah buat rumah dalam tempurung kawan dgn katak okay.

Sebagai pengakhiran, mulakan dengan apa yang ada di tangan kita, mulakan dengan apa yang kita mampu. Tapi apa yang kita mampu? Acah2 hakim di socmed? Hmm entahlah. Aku pun belum pasti apa yang aku mampu. Haha. Mohon maaf salah silap.

Salam ramadhan.

Wassalam

– Wonder Woman

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit