Ustazah Ke?

Takdir Tuhan aku ditempatkan di sebuah tempat kerja di pedalaman. Bila sebut pedalaman boleh bayang. Tempat tu dikelilingi dengan bukit hutan sahaja. Tiada hiburan, yang ada hanyalah tergantung dengan aktiviti sendiri untuk mengisi masa lapang.

Aku perempuan dan aku redha dari awal di mana aku ditempatkan asalkan dapat mencurah bakti. Bekerja di sini yang ramainya adalah kaum lelaki. Hanya 3 orang kaum perempuan.

Pekerjaan seperti aku komunikasi antara staff sangat penting. Masa itu aku selalu pakai si bawal bidang 45. Nak selempang pun tidak lepas sangat. Aku rasa terancam dengan pandangan kaum lelaki. Bila kau dipandang atas bawah dan bila bercakap mata meliar. Aku mula tidak selesa. Aku berazam gaji pertama aku nak beli tudung yang labuh sedikit. Supaya aku berkeyakinan untuk berdepan dengan orang dan bekerja. Kalau aku tak dapat ubah cara pandang dia. Itu bermaksud aku yang kena berubah.

Susah betul nak cari tudung di tempat yang bukan majoriti islam ini. Aku pun order online. Dan takdir Tuhan selepas gaji pertama masuk aku dipindahkan ke kawasan luar bandar. Terkilan. Aku masih berasa seronok nak berada di pedalaman. Perlahan aku mula redha. Pasti terselit hikmah.

Aku teruskan pemakaian tudung bawal bidang 50 di tempat baru. Hijrah terbaik adalah mula di tempat baru.Imej baru. Baru-baru ni terdengar orang memanggilku ustazah. Dari kawan-kawan juga. Ya Allah aku ni tak layak. Baca quran pun merangkak. Betapa Tuhan tutup aibku dan gerakkan hatiku berubah dengan hanya sebab pandangan manusia.

Bila dah pakai tudung labuh. Tidak mungkin aku akan terkinja seperti dulu. Lepak sebarang. Karaoke hingga lewat malam. Tapi memang dari dulu aku tidak suka menyanyi. Bila semakin meningkat tua ni kau dah tidak suka dengar muzik yang kuat. Bagi aku. Anda semua tidak pasti. Jadi banyak ajakan yang aku tolak demi menjaga prinsip.

Tolong jangan panggil aku ustazah. Aku hanya insan lemah. Panggilan itu terlalu mulia bagiku. Jangan ukur aras keimanan seseorang itu dengan labuhnya tudung. Jangan salah guna panggilan. Walaupun sekadar untuk bergurau senda. Sekali dua aku layankan. Kalau seringkali aku mula muak. Aku ni student pertukangan ja dulu. Seiring dengan peningkatan umur aku mahu berubah untuk jadi manusia yang disayangi Tuhan.

Terima kasih iium confession juga siarkan.

– Sis tudung labuh

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *