Valentine’s Day dan Kejahilan Melayu

Assalammualaikum WRWB. Barakalallahufikum semua. Terima kasih in advance kalau confession ni tersiar. Kali akhir aku confess adalah pasal Muslim menyambut Halloween. Menjelang beberapa hari lagi nak Valentine’s Day ni, aku terpanggil rasa nak menulis lagi.

Halloween asalnya daripada amalan pagan, manakala Valentine’s Day (VD) pula asalnya untuk memperingati rahib Kristian. Yang menjadi masalah bukan setakat asal-usul sambutannya sahaja, tetapi cara sambutan yang jelas menyalahi Islam – Halloween dengan budaya membazir, menakutkan orang. VD pula disulami maksiat.

Majlis Fatwa Kebangsaan telah pun keluarkan fatwa pasal VD ni.. Sebenarnya issuance of fatwa tentang VD ni tidak perlu pun kalau kita irang Islam tak jahil dan mengikut syariat, tapi disebabkan terlampau ramai Muslim yang tak memahami ajaran Islam, fatwa tentang VD ni terpaksa dikemukakan dan diulang setiap tahun.

Jangan terkejut. Akan ada para hipokrit yang akan menuduh kita sebagai extremists dan pro Taliban hanya kerana kita mengajak orang Islam supaya tak menyambut VD. Inilah hakikat yang kita terpaksa terima – jarum Dajjal semakin menusuk masuk, sementara tanda-tanda kiamat makin jelas muncul.

Beberapa lama dahulu ada sepasang kekasih berbangsa Melayu mencetuskan kecoh apabila mereka berbangga di media sosial menunjukkan aksi naik limousin, berpegangan tangan. Baru-baru ini pula tersebar gambar tulisan budak sekolah rendah main pickup line mengorat anak dara orang. Tu belum campur berapa ramai pasangan kekasih yang berhabis duit untuk membeli hadiah, dating, dan paling sayu, ramai yang akan akhiri hari mereka dengan aksi di bilik hotel.

Perkara ni semua mungkin remeh pada sesetengah kita. Tapi tak sedar ke kita betapa rapuhnya masyarakat kita. Sudahlah ramai yang terbenam dalam maksiat, dalam masa sama ramai pula yang merestui maksiat tersebut. Segalanya diangggap biasa.

“Pegang tangan je”
“Peluk tapi berlapik”
“Biarlah, muda lagi masing-masing”
Ini antara ayat yang pernah aku baca di media sosial bila mana ada kisah tentang maksiat. Nampak biasa tapi bayangkan apabila orang jahil ini bertambah. Satu hari nanti salah seorang mereka mungkin jadi jiran kita, rakan anak kita, menantu kita.

Kadang kala ada juga yang tidaklah jahil pun. Tapi sengaja dibiarkan nafsu menguasai diri. Ada yang tahu waktu Maghrib waktu beramal, masih ramai yang terkejar menonton drama sampah. Ada yang tahu pergi ke pesta maksiat itu berdosa, tetap juga pergi ke konsert sebab kemaruk mahu memenuhi nafsu melihat artis faveret.

Berbalik pada sambutan VD ini. Biarkanlah non Muslims saja meraikan benda begini. Kita umat Islam jauhkanlah diri. Berpesan-pesanlah sesama kita. Berhenti lah mencabar Tuhan. Kalau tengok artis raikan sambutan seperti VD dan Halloween, janganlah kita jadi sampah mengikut saja bulat-bulat.

Dan kepada orang Islam yang rasa nak meremehkan agama dan tetap berdegil mahu terbabit dalam sambutan VD ni, terpulang. Tapi jangan sesekali membising apabila orang hendak menyebarkan syiar Islam. Anda rasa anda ada hak untuk menafikan hukum Islam, orang Islam lain punya hak untuk tegakkan hukum Islam.

– Muhammad

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit