Wanita Kuat Bukan ‘Heartless’

Hi semua. Aku pernah confess bab lone ranger sebelum ni and now pun still berkisar hidup lone ranger yang solo, bujang. Aku selalu terbaca confession dan komen pasal wanita single yang pilih untuk single, free, tak terikat dan sewaktu dengannya. Dan ramai yang setuju, yang bash and lash, yang buat comparison. Lately banyak confession kat sini pasal bab macam tu, macam bermusim pulak. Maybe dah start musim orang kawen kut, cuti hujung tahun kan. And of course, sebab aku pun tergolong si bujang dan kalau ikut standard orang Melayu, terlajak jauh la jugak so aku terpanggil nak explain beberapa hal.

Paling cliche orang fikir wanita bujang ni hidup senang, tak ade tanggungan, tak ade beban, bebas melayang nak pergi mana pun. Still tinggal dengan mak ayah ataupun abang/kakak so bab sewa bil bagai boleh anggap tak perlu bayar. Kalau bujang yang dah kerja, mungkin kos paling banyak kena keluar adalah untuk kereta, makan minum dan shopping baju tudung kasut bla blaa. Sekali sekala keluar travel dalam atau luar negeri. Aku kira lelaki single pun mungkin orang anggap macam ni jugalah hidup diorang. Enjoy ya amat lah kiranya hidup orang single ni. Itu kata orang, kata masyarakat.

Yang orang tak fikir tak tahu, ada wanita bujang ni yang betul-betul kena survive hidup sorang sorang. Takda kekasih yang membawa kepada maksiat. Mak ayah dah tinggalkan dunia. Adik beradik jauh beratus batu, pulak tu terutamanya lelaki yang wajib (Quran yang cakap) jaga saudara perempuan belum bersuami ni pulak terus lepas tangan. Langsung tak ambil tahu, tak bertanya khabar. Alasannya macam-macam, jauh dekat kampung, tak ade duit, sibuk, si wanita dah bekerjaya, mampu sara hidup sendiri. Silap haribulan wanita ni yang dicari untuk minta duit bila adik beradik sesak. Sedara mara lain pulak sedap jolok tambah, dah hidup senang kena tolong adik beradik. Maklum la duit berkepuk kan takde nak belanja kat sesiapa selain diri dia je. Pendeknya lah akal manusia.

Yang orang tak pernah kisah, wanita bujang ni jugak ada masalah dia sendiri yang kena setel sendiri. Rumah setiap bulan kene bayar sewa, takpun loan installment kalau beli rumah. Maintenance rumah lagi. Bil api air tv internet segala belum masuk lagi. Wanita bujang tak dikecualikan gst ye, harap maklum. Nak tapis sel darah merah tiap tiap bulan tu pun kena gst tau. Kalau tak sihat, pepandai urus diri sendiri drive kereta sorang pergi klinik atau hospital. Kalau luka ke jatuh ke, tunggulah sampai sakit tu hilang sendiri baru bangun heret badan pergi cari ubat dan bandage segala. Teruk sangat panggil ambulans sendiri. Kalau kemalangan or pecah kereta, redha jerlah tersadai kat tepi jalan sambil tunggu peronda atau polis datang takpun kena tipu dengan towman ke tonto ke kedai repair ke. Kalau ada orang pecah masuk rumah, tawakkal je sembunyi kat mana mana dalam tong sampah ke baca doa segala sampai si malaun tu keluar baru fikir nak cal polis or kacau jiran. Nak cal kawan minta datang tolong semua dah kawen kan, tak semua si bujang ni gedik meletik nak kacau laki orang ye.

Yang orang tak peduli, wanita bujang ni kena buat sendiri semua urusan, kerja atau beban yang lelaki atau suami buat tu. Perempuan lain ada masalah, stres segala boleh mengadu berkongsi dengan suami. Yang bujang ni mengadu dengan Allah tuhan yang satu. Kucing, lipas, cicak, semut, tikus pun boleh jugak kalau datang stres melampau. Tu yang dok jadi jiran psycho kowt. Kalau ditakdirkan Allah tarik nyawanya masa tengah seorang diri dalam rumah, maka tunggulah jasad dia dekat situ tak tau sampai bila dan siapa yang tahu dia dah tak ade. Ada tak ahli masyarakat yang fikir sampai ke tahap ni? Takde kan? Untung lah yang ade suami di sisi, ada anak, ada mertua bagai. Jadi ape ape ada orang bantu, ada orang teman, ada orang hulur. So duduk la si bujang sorang sorang sendiri fikir sendiri usaha sendiri bab keselamatan bab kesihatan bab maruah bab jiran berpuaka bab kewangan bla blaaa. Mohon bersyukur dengan hidup masing masing ye.

Tapi ramai pulak orang anggap wanita yang dah biasa dan boleh buat semua benda sendiri ni ego tinggi, sombong, berlagak, bongkat, heartless. Aku tak paham tang mana yang heartless nya. Wanita yang sendiri pilih untuk hidup bujang selamanya, itu pilihan dia yang tak kacau sesiapa. Hormat ajelah, jangan persoal. Kita tak tau asbab dan pengalaman hidup dia. Ego tinggi? Orang yang bertahun-tahun belajar hidup sendiri sampai lagi bahagia dari orang berumahtangga, mungkin dia ada pengalaman yang orang berkahwin tak ada. Nak cakap pasal ego, yang da kawen pun ego tinggi. Pandang rendah kawan yang still anak dara, macamlah kawen confirm masuk syurga. Bab kene kerja luar dan lewat malam, yang anak dara ni lah jadi mangsa padahal gaji tak bertambah pun. Bab naik pangkat yang status double triple multiple ni di garis paling depan, prioriti sebab tanggungan ramai. Kalau bos bagi yang single naik pangkat hahh ambik ko.. ready je la keluar cerita ada affair dengan bos. Owh sori nak jugak cakap yang rajin beratur beli tudung baju harga sebijik motor baru tu geng double jugak. Bukan semua, segelintir je. Maybe nak pikat dan ikat suami kat rumah tu kan so kene maintain cantik. Sebab tu maintenance cost bujang ni minimum. Kalau terasa tuh baguslah, asyik aku je terasa bila isteri2 buat statement bodoh pasal anak dara. Wanita dan drama berpisah tiada. Lelaki tepuk tangan seluk popcorn.

Sejujurnya, semua yang aku tulis ni pandangan hidup aku. Benda yang aku nampak hari-hari dah aku ni memang dikelilingi manusia dah berkahwin dan beranak pinak. Aku ni kerja pangkat marhaen je, rupa tak lawa mana, tak ade pencapaian yang boleh masuk paper or tv pun. Tapi aku paling bangga aku mampu hidup sorang diri tak kacau orang walaupun aku terpaksa merangkak time susah. Dan ye aku selalu travel dan buh pic dekat socmed. Why not? Page masing masing. Orang promote anak, promote suami apa beza dengan aku promote gi travel? Duit aku, kudrat aku, pengalaman aku, hak aku. Tak paham sila meninggal. Aku ego sebab dah lebih sedekad aku survive hidup sorang, jadi tempat orang lain minta tolong minta duit minta simpati tapi sampai turn aku susah orang pakat juling mata siap combo mengata belakang. Aku bukan heartless, cuma aku dah takde hati nak sibuk pasal masalah mengarut yang tak perlu supaya tak kene aku sekali. Hidup nak senang jangan buat, jangan cari, jangan panggil masalah. Basic survival skill. Aku belajar tutup mata dan telinga so aku tak payah stres nak amik tau pasal kebaikan atau bala yang turun kena manusia jahanam lagi menjahanamkan.

Aku happy bila aku susah dan dapat setel, tu semua pengalaman untuk aku survive dan jadi kuat. Tapi aku bengang kalau orang kata aku hidup senang tak pernah tau rasa susah. Aku tak kaya, takde duit berjuta, tak de sugar daddy tolong repair lamborghini. Tapi aku bersyukur apa yang ada. And aku single not by choice. Aku tak pernah pilih hidup membujang. Aku jugak tak berimpian nak kahwin. Ada maka adalah, takde then takdelah. Aku tak pernah bercinta or couple, so tak pernah paham rasa suka, teringin atau perlu lelaki/ suami. Arwah mak aku kata, ‘once kita bergantung hidup kat orang, susah dah nak patah balik hidup sendiri kalau jadi apa apa esok. La ni bagus kakak mampu hidup sendiri. Senang mama nak mai rumah, tak ganggu laki takdak’. See, sporting kan mak aku, positif je. She’s not here anymore, kalau sudi mohon hadiahkanlah alfatihah untuk mamaku.

Aku tak pernah rasa ada anak confirm aku bahagia dan tak sunyi di hari tua kelak. Masa depan tak ada sapa boleh pasti apa nak jadi. Boleh jadi aku lagi susah hati dan kena tinggal sebatang kara sebab anak tak berapa nak perangai macam manusia. Semua ni based on contoh terdekat. Adik beradik aku bukan anak yang membahagiakan mak ayah. Aku ada adik yang bergaduh dengan mama aku masa mama aku sakit tengah dok dalam wad lagi, siap nurse n patient lain nampak. Bergaduh pasal harta, beliau suruh mama aku transfer harta ke badan amal siap-siap sebelum meninggal. Ko ghase? Aku ada adik yang kaki fitnah putar alam, satu Malaysia dia pusing bawak cerita buruk yang tak pasti betul salah pasal adik beradik dia jugak. Yang sorang lagi sakit teruk nak berjalan kena pakai tongkat tapi champion habis bab tikam belakang dan jatuhkan orang. Dan 1001 hal yang boleh buat buku kalau nak cerita. Family aku bermasalah? Nope, family aku stabil secara fizikal tak ada cacat di mata masyarakat. Takde yang abuse dadah, jadi criminal, kaki rasuah, kaki pukul, kawen cerai, anak luar nikah dsbnya. Mentally, mungkin ada. Selfish, kaki fitnah agung, lupa daratan, tak sedar diri, hasad dengki, tikam belakang, kaki laga, penunggang agama. Bajet syurga tu tengah tunggu dia dengan karpet merah gamaknyer. Bukan salah mak ayah tak didik kitorang betul2. Parent aku manusia paling bijak, paling baik, paling mulia, paling berintegriti bagi aku. Tapi sepertimana iman tak dapat diwarisi, begitu juga hati yang suci. Cewah

Aku berdoa Allah datangkan kebaikan dan keberkatan dalam hidup aku tak kisahlah dalam cara apa sekalipun. Kahwin bukan semesti benda yang baik, tak kawen bukannya dosa. Takde istilah keras hati taknak kawen sebab tak perlu suami. I’ll go with the flow, ikut qada’ dan qadar. Yang suruh aku mencari tu, aku tak paham nak cari apekemendenye jang. Beli boleh? Jodoh bukannye barang, jodoh tu rahsia Allah. Aku anggap aku diberi masa yang lebih untuk observe orang dah berkahwin beranak di sekeliling aku. Belajar sebelum masa aku sampai. Kalau aku memang tak ada jodoh sampai mati, then alhamdulillah syukur jugak. Mungkin Allah lebihkan habuan aku di tempat lain dan permudahkan aku untuk hidup sorang. Perancangan Allah tu yang terbaik, kan?

– Rayka

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit