Wanita Luar Biasa

Wanita Luar Biasa

Salam UIA Confession Team , pertama sekali aku ucapkan terima kasih sudi menyiar kisah aku. Tetapi aku harap ini sampai kepada wanita diluar sana.

Panggil aku Momo , berumur 30 tahun dan sudah berkahwin. Kebelakangan ini , aku membaca banyak confession wanita kuat yg memilih untuk sendirian. Percayalah, aku amat mengagumi kalian dan aku tahu bukan mudah menjadi wanita kuat itu terutama yang memiliki tanggungan.

Aku ingin berkongsi cerita serba sedikit dengan itu aku berharap anda akan fikir semula apabila ingin meminta cerai pada suami. Pertama sekali , aku bukan lah wanita yg begitu sangat TAAT seperti dalam filem hindustan ataupun syurga ku ditelapak kaki suami ku.

Sebelum berkahwin , aku seorang yg egoistik. Ego aku kalah langit ke tujuh. Aku berikrar untuk menanggung diri aku sampai ke tua , belajar pandai-pandai , jadi hebat kemudiaan ambil anak angkat dan bela sehingga besar. Hahaha . Aku rasa no men , no cry . Fuh ~

Jadi macamana aku akhirnya berkahwin? Dan lelaki aku pula 90% degree lain dari aku. Believe me gais. Okay , ini nasihat yang membuka mata aku dan terima kasih kepada Mak.

Aku tak dibesarkan dalam keluarga bahagia bahkan seingat aku , setiap kali raya dari aku kecil sampailah masuk universiti, Mak Bapak aku selalu bergaduh. Bapak aku seorang yang SUPER ego ( aku yakin aku dapat ini dari dia ) hehe dan sangat teruk dalam financial management sebab ayah aku suka main TOTO.

Bertambah ‘bahagia’ apabila Mak Mertua Bapak aku ( Nenek belah bapak ) bencikan Mak , Aku dan Adik Beradik Aku. Tahap racist itu masyaAllah begitu teruk. Mak aku dibenci sebab Bapak aku anak lelaki tunggal jadi ada konflik disitu.

Aku yg berumur 12 tahun tanya Mak aku : ‘ Mak kenapa Mak tak bercerai dengan abah ? ‘ Sebab yelah , buka mata je Abah marah & bergaduh.

Mak aku memandang dan memberitahu : Akak akan faham satu hari nanti. Aku rasa sebab masa itu aku muda. Jadi Mak aku tak nak bebankan aku dengan fikiran orang tua. Kemuncak pergaduhan itu , apabila ayah aku menggila melarikan kami adik beradik ke negeri Selatan. Aku ingat masa itu kami naik kereta penuh dengan baju kiri kanan yang digantung. Bapak aku tekad meninggalkan rumah yg dibina untuk kami sekeluarga semenjak aku berumur 7 tahun.

Aku beritahu Mak aku :

‘ Mak , jangan ikut kakak. Kakak akan jaga adik-adik di negeri selatan ini. Mak selamatkan diri dan pergi buat apa Mak nak selama ini ‘

Kehidupan di negeri selatan ini, adalah teruk. Sebab kami baru berpindah dan bukanlah perpindahan yg sepatutnya. Macam orang lari dari Ah Long. Sumpah teruk. Aku masih ingat aku tidur berbantal baju di lantai habuk. Selepas 3 hari tidur dalam kereta, Bapak aku berjaya mendapatkan rumah sederhana utk aku dan adik-adik aku.

Bahagia? Tak , Bapak aku Super Serabut. Sebab selama ini dia ingat dia dapat hidup tanpa Mak aku. Sebab dia selalu mencaci Mak aku pelacur lah , jalang lah walaupun Mak aku bukan begitu. Mak aku cantik , lembut dan segalanya yg menepati isteri solehah dan Bapak aku sebaliknya. Tapi Bapak aku seorang Bapak yang Baik , haha aku masih merasakan begitu walaupun dia banyak kekurangan. Suami yang tak baik , tetapi bapak yang baik. Faham tak? Nanti anda tahu sebabnya dibawah.

Guna mesin lajukan masa ini , aku berumur 25 tahun bertanya semula : ‘ Mak , kenapa Mak kembali kepada Bapak selepas 2 minggu , datang negeri selatan walaupun dulu Mak ada peluang untuk pergi? ‘

Mak aku memandang aku :

‘ Sebab Mak nak tengok mata anak-anak mak. Mak tahu apa penceraian boleh melakukan pada anak-anak. Mak mungkin bahagia untuk diri Mak , tetapi bagaimana bahagia diri anak-anak Mak?… ‘

Aku tersenyum kecil tanda tidak sepenuhnya setuju : ‘Kenapa Mak , selama ini Mak ingat kita bahagia ke dari Akak umur 12 tahun ? ‘

Aku dan EGO berbicara.

Mak aku tersenyum : ‘ Kenapa Akak selama ini kita tak pernah bahagia ke? Bukankah sekarang lebih baik dari dulu? ‘

Aku terdiam.

Betul , aku pasti aku lebih bahagia. Bukan kerana aku berkerjaya dan sihat, tetapi setiap kali aku balik aku pandang mata Mak dan Bapak aku. Aku tahu walaupun Bapak aku macam chipsmore dan masih dengan mesin TOTO dia, tetapi Mak aku tetap berada disitu.

Mak aku lah memegang tali kekeluargaan kami. Aku terlupa , terlupa sangat-sangat betapa besar jasa wanita bergelar Ibu ini. Dia boleh pilih berlalu , tapi dia pilih untuk menunggu menatap mata anak-anak ini membesar.

Kalau bukan kerana Mak aku , aku pasti aku tidak berjaya graduate dari medical school dan menjadi doktor , adik perempuan aku tidak menjadi Chef di hotel 5 bintang , dan seorang adik lagi sedang menyiapkan master business. Maaf , aku mungkin ranap dan menjadi remaja yg berakhlak tidak baik. Sebab itulah aku , seorang yang buas dan suka mencuba. Duduk pula di kawasan perumahan yg jenayah berprofil tinggi.

Tapi Mak aku selalu berada disitu, menggalas tugas seorang bapak yg fikir tugas dia adalah beri nafkah sahaja. Berbalik pada diatas tadi , aku tak salahkan bapak aku sebab walaupun dia macam itu dia bekalkan cukup nafkah dalam sikit atau banyak. Tapi selalunya hanya cukup makan dan bayar hutang.

Dah betullah , MASA AKAN BERUBAH MANUSIA..Di usia menghampiri 60 tahun , Bapak aku pun berubah. Mula menghargai Mak aku dan solat bersama. Sampaikan Mak aku bergurau : ‘ Akak tahu tak , mak menunggu 30 tahun untuk dapat bapak yang hari ini?… ‘

Mata aku berkaca , sumpah aku pun tak sekuat Mak aku. Inilah cinta , aku belajar cinta dari Mak aku bila dia merajuk kalau anak-anak bercakap buruk mengenai Bapak. Dia berfikiran , entah kenapa dia tidak sanggup melihat Bapak aku terluka. Dan aku macam : ‘ Bapak pernah fikir macam tu pada Mak? ‘

Kemudian , Mak aku smash lagi. ”Akak , Bapak mungkin bukan suami yang baik , tetapi dia bapa yang baik. Sayangkan anak dia seperti nyawa sendiri , sebab itu Mak pilih untuk bersama dia. Sebab lelaki yang sayangkan anak , akan sentiasa memilih anak”

Point menarik disitu Mak. 100 Markah untuk Mak. Ching~

‘ Walaupun Bapak kau begitu , tetapi dia tidak pernah main perempuan. Kamu tahu tak kita perempuan ini, yang sakit teramat apabila lawannya perempuan juga. Selain dari itu , semua salah faham yang boleh diungkai’

Ohhhh , baiklah. Itulah yang membawa aku kepada kenapa aku berkahwin dengan suami aku. Suami aku ini masih belajar , nerd pakai spek dan nafkah aku adalah sendirian berhad. Dia dibawah ibubapa dia. Si Momo & Mr EGO bertembung kembali sebab dia tak memberi nafkah pada aku. Maka EGO aku , yang lawa , berkerjaya dan berkemampuan membuak-membuak.

Beberapa kali episod jeritan dalam hati ‘ ceraikan aku , ceraikan aku ‘ macam dalam filem P Ramlee berkumandang. Kadang-kadang aku bagi hint juga kat suami aku. Yang aku ini lawa , berkerjaya dan berkemampuan. Sampailah , satu hari Allah swt tarik yang lawa , berkerjaya dan berkemampuan itu.

Aku demam dua bulan. TANPA SEBAB . ASBAB UNTUK AKU BERFIKIR. Aku masuk hospital dan makan ubat antibiotik paling kuat. Habis luruh rambut aku , kulit aku yang ala korea dan jadi tak berapa korea , busuk sebab asyik muntah-muntah. Makan ubat ini muntah , makan ubat itu muntah. Sampaikan suami aku tidur pun dengan selimut muntah aku. Masalah ini , aku sedar ada seorang insan yang selalu jaga aku. Dia selalu mandikan aku , suapkan aku , tidur sekatil hospital dengan aku, punya sempit yaAllah. Sakit bertambah sakit. Aku beritahu Suami aku. Suami aku gelak je. Eh comel plak aku tengok.

Lepas itu , aku pun beransur sihat dan macam tersedarlah. Masa ini nasihat Mak aku muncul ( Serious gais, Mak aku layak menulis Buku Cinta ) :

‘ Kak , kita ini tak selamanya LAWA , BERKERJAYA DAN BERKEMAMPUAN. Ang tu Mak bela sampai umur ang 26 tahun , lepas itu ang nikah , ang duduk dengan lelaki ang sampai umur 65 tahun tau dak. Mak ini tak tongkat dunia selamanya ‘

Sebab itu ada , orang kata betapa ”Jahanamnya wanita yang salah memilih suami” .Yang pasti aku ikut rule Mak aku : Carilah lelaki Yang Sayang Kita Lebih. Sebab kita ini tak selamanya L , BK & BK. Ulang semula ayat itu. Bukan kerana aku tak sayang lelaki aku , tetapi aku pernah baca di artikel indonesia yang cinta perempuan itu boleh dipupuk. Beda dengan lelaki. Sebab itu kita seorang ibu.

Yang kepada lelaki diluar sana , sedarlah anda pun tak selama nya Handsome , Berkerjaya & Berkemampuan. Walaupun lelaki bermula diusia 50 tahun, ketahuilah kebanyakan perempuan anda jumpa selepas 30 tahun tu nak duit anda , dan kalau anda ada kencing manis buhbye~ Ingat , Marriage take two people to tango. Lelaki anda mungkin sehandsome Enrique Iglesias kalau anda melihat dia bukan dengan mata di tulang kepala , tetapi MATA HATI.

Dan akhir kalam , admin walaupun panjang tolonglah share confession ini untuk selamatkan banyak rumah tangga diluar sana.

Lepas itu … Aku nak ucap terima kasih untuk Mak aku ‘ Puan Q ‘ sebab Mak selalu ada untuk kak dan Mak pilih untuk menunggu. Abah tak mungkin bercakap terima kasih kerana ego seorang suami , tetapi akak seorang anak izinkan akak cium tangan dan kaki Mak.

Terima Kasih Mak sebab Mak kami ada sebuah keluarga.. walaupun kita macam-macam masalah , tetapi kita tetap keluarga Mak… Itulah hadiah terbaik pernah Mak beri pada kami anak-anak Mak…… Sayang Mak Abah..

– SIS MOMO

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments