Waras Ke?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama aku Ada. Sejak dua menjak ni aku banyak terbaca mengenai depression kat iium confession ni. Bagus jugak, dapat aku kenal yang manusia rambut sahaja hitam, tapi sakitnya, tekanan yang dihadapinya, masalahnya hanya dia sahaja yang tahu. Cerita yang dikongsi dapat jugalah membuka mata dan hati aku memahami orang disekeliling aku.

Aku juga nak confess. Aku tak sure yang aku depression ke atau perasaan je ke, sebab tu lah aku nak confess kat sini. Aku nak tahu situasi apa yang aku hadapi sekarang ni. Setiap hari, terutama bila aku bersendirian sama ada aku sedang buat kerja atau berbaring atau apa-apa sahaja yang aku lakukan, tetiba aku rasa nafas aku terasa sesak, badan aku mengigil tapi rasa haba, macam orang demam (seram sejuk). Time tu aku rasa macam aku dekat sahaja dengan kematian. Selalu aku rasa. Saat itu juga la aku menangis sebab terlalu takut, takut sampai situ sahaja nyawa aku. Mungkin ini adalah peringatan dari Allah supaya aku bertaubat, dengan dosa-dosa aku yang tidak terkira. Tapi adakah itu tekanan perasaan juga ke?

Then, bukan itu sahaja, aku selalu juga berasa takut macam ada someone nak bunuh aku dari belakang. Tak kisah la roommate aku ke, sesiapa sahaja la yang ada dekat aku time tu, aku cuba ignore perasaan tu. Kenapa eh aku ada perasaan begitu?

Bila aku naik kenderaan, naik bot ke, naik bas ke, buat apa-apa aktiviti, aku mesti rasa tak selamat, aku mesti fikir yang bukan-bukan, macam bas tu nanti terbalik la. Pastu bila balik naik bas, aku cuba tak nak tido, sebab aku takut kalau orang kat sekeliling aku lelaki, (depan or belakang or tepi) cuba ambil kesempatan. Aku rasa macam tak selamat kat mana-mana aku berada terutama bila ada lelaki kat sekeliling aku. Ke malaysia ni memang dah tak selamat?

Apa pendapat korang mengenai perasaan yang aku alami ini?

– Ada

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit