Yang Mana Lebih Penting

Salam . Okay , perkenalkan nama aku A. Sebelum aku mulakan luahan , aku minta maaf kalau luahan aku ni ada yg susah nak faham , mcm kurang matang atau ada yg tersilap kata . Tujuan aku buat luahan ni cuma nak minta pendapat korang sahaja.

Tunang atau keluarga sendiri , mana satu lagi penting ?

Cerita nya macam ni , salah seorang ahli keluarga aku dah bertunang. Senang cerita abang aku lah . Dia ni kira harapan kami semua lah sebab anak sulung kan . Tunang dia ni pada pemerhatian aku setakat ni okay tak ada masalah . Tapi bila makin lama tu aku perhati dia mcm cuba nk control abang aku dalam diam . Lepastu , abang aku ni mcm menjauh dgn kami sekeluarga . Hakikatnya , memang dia ada je dengan kami tapi hati dia macam lebih ke keluarga belah tunang dia . Padahal belum lagi kahwin.
Aku faham lumrah lah dah tunang kan. Tapi ada la batas juga. Tapi aku terfikir la kalau dia dah kahwin nanti aku takut dia dah lupa keluarga dia sendiri.

Sebab apa? Sebab nya boleh dikata kan setiap hari dia akan ke rumah tunang dia tapi ada lah family tunang dia kt rumah . Kalau tak jumpa sehari macam tak boleh . Sampaikan nk minta tolong bwk kemana-mana tu mcm susah . Pernah la ada satu hari tu tunang dia minta hantarkan ke kenduri kahwin yg tak jauh dari tempat kiteorg . Padahal dia boleh je pergi sendiri. Pada masa sama , kiteorang ajak lah pergi rumah saudara yg jauh sikit. Ada hal urgent. Ehh boleh pulak abang aku tolak . Dia cakap aku inform lambat. Aku pun berangin lah tak kan nk kena buat temu janji ye tak? Bergaduh jugak lah masa tu. Yela aku adik dia kot tapi dah mcm orang luar. Sampai dia ckp nk keluar rumah kalau dh serabut mcm ni. Tak pasal-2 balik rumah saudara jauh tu mak aku yg drive sbb mak aku taknak kami adik-beradik gaduh lagi. Padahal mak aku tak laa berani sgt drive tp terpaksa.

Pernah keluarga tunang abang aku ni ada hal. Aku tak kisah la dia nk ajak abang aku teman tapi faham lah situasi sikit sbb besok nya tu abang aku nk kerja kot. Dah lah gerak malam. Abang aku ni mengikut dia sampai besok nya tu dia sampai cuti kerja . Dah lah abang aku ni kerja bisnes sendiri kecil-kecilan je. Kalau tak kerja tak ada lah duit masuk.

Selain tu , kalau kiteorang satu family keluar berjalan mesti ada je tunang dia ni nk kirim beli apa-apa. Padahal sebelum ni selalu je keluar dgn abang aku. Boleh je beli masa keluar berdua tu nanti . Pernah satu hari masa berjalan tu aku sakit & nk cepat balik pergi hospital. Sempat lagi abang aku belikan barang utk dia. Padahal boleh je dia tunda beli nanti ke bila diorang keluar kan. Yelah aku tengah sakit kot. Mana lagi penting nk kena kejar ?

Aku bukan marah dia nk lebihkan tunang dia tp at the same time keluarga pun penting. Kalau boleh balance kan laa. Ni aku tengok apa benda tunang dia buat atau ajak kemana-mana ,dia on je. Bila family ajak ada je lah alasan. Then , kalau tunang dia merajuk mesti ada dia belikan hadiah padahal dia tak ada duit sgt. Nk tegur nanti gaduh. Kalau aku tegur tunang dia tu nanti bergaduh pulak diorang. Tak pasal-2 aku pula dipersalahkan. Mak aku pun serba salah nk tegur. Dilema betul aku rasa.

Ikutkan ada lagi benda nk dicerita tp cukup lah kot confession aku. Ni pun dah panjang sgt. Haha . Benda mcm ni maybe nampak remeh dimata korang. Tp aku tak tahan bila kena hadap . Sorry lagi sekali kalau ada salah dan silap dalam penulisan aku. Aku pun manusia biasa .

Apa pendapat korang kalau ada dekat situasi aku?

– Adik Keliru

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit