Rindu Pada Ibu Kandung

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya perkenalkan sebagai Hainya singkatan dua nama asal.

Dilahirkan dari rahim seorang ibu yang tak pernah saya tatap wajahnya, tak pernah saya teguk susunya ini disebabkan kerana ibu saya menyerahkan saya pada sebuah keluarga untuk membesarkan saya seawal dua hari. Masih merah bak kata orang tua.

Malang datang bertimba bilamana saya mengalami penderaan mental dan fizikal dalam sebuah keluarga yang boleh diibaratkan keluarga neraka. Berat untuk saya akui yang saya didera bila melaku kesalahan walaupun kesalahan kecil seperti tidak menyahut panggilan.

Tiada upaya saya menaip kisah kelam namun ada moral untuk saya persembahkan sebagai pedoman untuk anda yang membaca.

Saya tidak pernah pakai baju yang dibeli walaupun untuk beraya, tidak pernah merasai kasih sayang ibu atau ayah saudara dan juga sepupu, kerana mrnurut mereka saya ini berasal dari anak luar nikah yang tidak layak untuk berada di golongan mereka.

Umur 9 tahun saya memberontak, saya marah, saya curi duit ibu saya, saya beli mainan atau apa sahaja yang kawan saya ada.

Ibu saya sudah tua, dia marah pada saya dan mengadu pada seluruh keluarga mereka, saya didera di pukul, kepala saya dihentak beberapa kali didinding, lengan dan paha say lebam kebiruan, pipi saya merah berdarah dihujung bibir.

Hanya mampu saya lakukan pada masa itu berdoa agar tuhan mengambil nyawa saya. Bukan setahun dua, tapi 19 tahun saya menderita.

Ibu kandungku, andai kau tahu anak mu yang kau serah pada orang lain dengan harapan anak kau bahagia.

Harapan mu punah ibuku, aku menderita siang dan malam aku didera mental bila diperli disisihkan orang semua anggota keluarga, aku didera fizikal hingga aku pernah berniat untuk bunuh diri seawal umurku 12 tahun.

Masa berlalu, aku makin membesar dan cuba mencari secangkir kasih sayang dari insan yang dipanggil kekasih. Banyak kali tersilap langkah mengenali orang yang salah.

Akhir nya aku berjumpa dengan seorang lelaki di sebuah taman permainan pada umurku 14 tahun. Dan dia adalah suamiku kini.

Usia makin meningkat, yang dipanggil kakak kini dipanggil mak cik, yang dipanggil mak cik kini dipanggil nenek.

Begitu lah terjadi pada ibu angkatku, saat kematian mengejut anak perempuan bongsu akibat jantung, kesihatan ibuku makin merosot hari demi hari luka dikaki makin teruk.

Hospital ibarat rumah kedua ku dan aku ketika itu menjadi peneman untuk ibu. Hikmat dari kejadiaan itu anak-anak ibuku membuka mata akan kehadiran aku dan berterima kasih kerana menjaga ibunya.

Ibarat pokok yang sudah tua, sampai masa daun nya gugur, dahan nya rapuh dan pokoknya tidak lagi berbuah.

Akhirnya, saat malam jumaat ibu ku dipanggil untuk bersama-sama baba setelah sekian lama terpisah. Aku rebah, meraung di wad. Aku sudah tiada sesiapa untuk merasai indahnya belaiaan seorang ibu, mendengar cerita ibu.

Saat berganti, aku tiada tempat bergantung. Aku bertindak untuk lari dari rumah kerana tidak tahan lagi didera dan diperlaku seperti anjing kurap.

Aku tumpang berteduh di rumah salah seorang keluarga. Malang nasib ku hampir setahun aku tinggal disana, aku telah dihalau baju ku dipack siap dan pintu kamar ku dikunci. Malah mereka menuduh aku telah berkurang ajar dengan mereka.

Aku menghubungi teman lelakiku (suamiku kini)untuk datang. Dia membawa aku kerumahnya dan berjumpa dengan ibunya. Aku menumpang tidak lama disana aku telah dapat sebuah pekerjaan dan bilik untuk disewa.

Bertahun aku menjadi titik untuk jadikan pemangkin kejayaan. Akhirnya aku mampu hidup seorang diri, mampu bekerja dan menampung hidupku.

Jika aku kesunyian aku melawat keluarga teman lelakiku (suami) dan bila tiba hari raya aku selalu sendiri, ada juga kawan serumah teman kan aku kerana nasibnya lebih kurang sama.

Tuan dan puan membaca, saat aku bahagia alhamdullilah telah tiba. Aku telah dikahwinkan dengan cinta hati setelah sepuluh tahun berkenalan.

Majlis kahwin ku dimasjid berdekatan rumah suami ku, dan semua majlis keluarga suami ku yang uruskan. Majlis kami berlangsung di rumah suami ku sehari selepas akad nikah.

Ibu mertua aku berjumpa dengan anak-anak ibu angkat untuk menyuarakan lamaran mereka dan mengalukan kehadiran mereka. Mereka datang berasingan dengan aku yang mana ketika itu aku ditemani kawan baik tiga orang.

Akhirnya, setelah bernikah aku baru merasa indahnya ada keluarga yang besar, ada ibu mertua dan bapa mertua yang sangat prihatin.

Dua tahun pertama aku tinggal bersama mertua kerana suami ku berada diluar negara atas urusan kerja. Masa aku mengandung dan alahan bapa mertua kalut mencari ubat di farmasi.

Masa aku di labor room dan suami on the way pulang aku ditemani ibu mertua ku dan diwad pun sama. Setelah aku pulang nenek dan mak saudara ku yang mandi kan aku dan siapkan anak ku.

Ya Allah indahnya hidup aku ketika ini alhamdulilah ya Allah. Sepupu suami ku melayan aku baik sekali seperti sepupu sendiri.

Pengajaran untuk aku dalam hidup ini jika bermula dari kepahitan usah kau bimbanh, yakin Allah mengatur yang lebih baik untuk kita.

Seumur hidup itu terlalu lama, ayuh bangkit lah sahabat dan teman ku lari lah dari kehidupan yang pahit bina hidup baru walaupun sukar, walaupun tak sama seperti orang lain namun kau akan bahagia dengan cara kau sendiri.

Orang yang sunyi itu kerana diri mereka tidak pernah menghargai kasih sayang.

– Hainya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *