Benda Yang Boleh Dibuat Semasa Tempoh Kawalan Pergerakan

Assalamualaikumm. Sebab aku tengah rileks sekarang, terpanggil untuk berkongsi benda benda yang hampa boleh buat masa tengah berhibernasi (baca:berkurung) kat rumah tu.

Sebab aku tengok semua orang dah start bosan dan tak tau nak buat apa. Sampai video kat youtube tentang tutorial tak buat buat apa pun, views sampai beribu. Parah ni

Pertama sekali, alhamdulillah, mungkin ada hikmahnya peristiwa Covid 19 ni.Selama ni kita mungkin sibuk kejar dunia, sibuk dengan kerja, sibuk dengan study, ni lah masanya Allah tengah nak bagi kita sedikit masa untuk ‘berehat ‘ dan manfaatkan masa dengan betul.

Jadi, antara benda yang boleh dibuat :

1) Persiapan menuju ramadhan.

Sedar tak kita dah di akhir rejab, lepas ni dah nak masuk bulan syaaban dan bulan ramadhan pula akan menyusul. So, macam mana persedian kita nak masuk ramadhan ni? Selalu orang akan aim bulan ramadhan nak khatamkan 30 juz Al Quran, satu juz setiap hari.

Susah tak sebenarnya? Kalau tanya aku, memang susah lah jugak. Benda yang kita jarang lazimi tiba tiba terus satu juz kau. So nilah masanya nak latih diri baca quran.

Boleh mulakan dengan dua muka surat then kau naikkan lah sikit demi sikit. Then bila dah masuk ramadhan ko dah capai momentum satu juz. Yang penting istiqamah walaupun sikit sikit.kalau dah mampu mencapai 1 juz alhamdulillah teruskan.

2) Solat dhuha.

Yang ni serius, jomlah kita cuba berjinak jinak. Mungkin waktu hari hari biasa, kita tak sempat pun nak solat dhuha. Ni lah masanya untuk kita cuba. Istiqamah dua rakaat dhuha setiap hari pun takpe InshaAllah korang akan rasa kelainannya.

3) Membaca.

Haa, yang ni sesuai sangatla untuk dibuat. Selain daripada membaca benda benda berkaitan isu semasa/ buku sekolah/ subjek masing2, aku nak cadangkan beberapa buku yang sangat sangat best especially kita sebagai seorang muslim.

First buku, khowatir quran (KQ) karya Amru khalid.

Buku ni dia menceritakan tentang tema tema surah dalam quran. Barulah korang lagi nak feel baca quran tu.

Aku bagi contoh, kenapa surah kahfi dikaitkan dengan fitnah dajal, dunia akhir zaman bla bla. Sebab dalam surah tu sendiri, Allah cerita tentang empat kisah yang berkait dengan fitnah (ujian) yang akan berlaku iaitu fitnah agama, harta, ilmu dan kuasa.

Dan kalau tengok memang ujian ujian ni sedang berlaku pun. Allah siap cerita dah weh solusi kepada setiap fitnah tu. Tinggal kita nak beramal je. Nanti try lah baca KQ tu barulah korang rasa ‘ouh patutlaa Allah cerita camni camni’.

Kalau ada masa lagi boleh start baca tafsir jugak. Banyak tafsir quran yang available ni, ada tafsir hamka, tafsir manhaji, tafsir wadih, tafsir zilal etc etc tinggal nak baca je dan berguru je. Tapi untuk permulaan aku cadangkan KQ sebab bacaan dia lebih ringan.

Buku kedua, tulisan lili nur aulia tajuk Ramadhan sepenuh hati.

Ni sangat sangat sesuai teaser untuk masuk ke bulan ramadhan. Buku ni sangat ruhi dan praktikal. Tak nak explain lebih nanti baca lah sendiri kalau korang Google ada je dalam bentuk pdf yang boleh korang download.

Buku ketiga, dengan namaMu aku hidup. Ni pun karya Amru khalid.

Buku ni actually dia cerita tentang nama nama Allah.Dia explain satu persatu, apa maksud nama Allah tersebut, macam mana sifat Allah kepada kita. Serius korang akan rasa bestnya Allah. Baiknya Allah. Dan akan buat kita akan rasa jatuh cinta pada Allah.

Selain buku ni, aku suka jugak tengok website virtualmosque. Kat situ pun ada banyak artikel tentang nama Allah and best sebab dia cerita, macam mana kita perlu buat untuk merespons pada nama Allah tersebut. Cinta dua hala gitu.Fuhh

Buku keempat, kisah kisah sahabat Rasulullah.

Yang ni, banyak je dekat kedai buku. Korang pilih je mana mana and lagi best kalau korang baca and ceritakan dekat anak anak korang. Kalau takde anak, cerita lah dekat anak saudara ke anak jiran sebelah rumah ke  sebab aku risau jugak lah dengan generasi kita ni dan generasi akan datang.

Kalau tanya siapa Musab bin Umair diorang tak kenal (ke kita pun tak kenal ni tanda tanda level bahaya ni), tapi bila cakap siapa didi, elsa, upin ipin, diaorang lagi expert.

Kita patut banyak cerita kisah kisah sahabat sebab yang tu lah ‘true heroes’ kita sebenanrnya bukan watak watak superheroes yang direka reka Barat. Kalau tengok generasi sekarang agak merisaukan sebab dah takde jiwa jiwa pejuang.

Yelah, mereka pun disajikan dan dibesarkan dengan benda benda ‘kecik’. Dok main tiktok lah etc etc.

Okey lah ada banyak sebenarnya buku yang aku nak review tapi nantilah if ada masa.

4) Movie marathon.

Yeahh ni memang aku rasa benda ni yang semua tengah buat pun. Ada banyak series yang best korang boleh tengok First aku nak cadang Umar series. Ni tentang kisah Rasulullah dan sahabat sahabat sebelum kedatangan Islam sampailah kematian khalifah Umar al khattab.

Serius weh best kat sini boleh tengok perjuangan Rasulullah dan sahabat berperang berkorban nyawa untuk memenangkan Islam tapi bila sampai dekat kita, kita buat Islam ni macam ‘kain buruk’ je weh. Huhu. Moga Allah mengampuni diri kita.

Umar series ni best tengok sambil baca buku sirah. Contoh buku sirah yang sesuai contohnya buku Raheeq Makhtum. Sebab ada je scene scene dalam sirah tu diadaptasi terus ke movie umar series. Baru kita tengok tu kita akan lagi faham.

Series lain contohnya ertughul dan payyitah. Dua dua ni aku tak sempat lagi nak tengok tapi housemate aku sekarang tengah marathon cerita tu. Review diorg semua macam best. Nanti kalau aku berkesempatan tengok aku cuba review. Or ada netizen yang dah tengok, boleh review movie ni.

Next, boleh tengok channel2 you tube tentang short video yang bermanfaat. Contohnya boleh follow bayyinahtv yang ustaz nouman ali khan punya, the merciful servant, iLoveuAllah, the daily reminder, lampu islam, free quran education dan sebagainya.

Nak share satu video favourite aku. Tajuk dia ‘the power of dua’,

(https://youtu.be/EwTT3mBM0PQ).

Dia cerita tentang betapa ajaibnya senjata doa ni. Benda yang kita rasa sangat tak logik pun if Allah kata kun fayakun, maka ia tetap menjadi. Tu contoh lah. Nanti boleh follow channel2 tersebut.

Okey lah aku berhenti dulu. Kalau bermanfaat untuk korang, alhamdulillah. Doakan aku nak masuk kerja.

Please stay at home dan sila jaga kesihatan masing masing. Jangan keluar rumah kalau takde kepentingan kecemasan.

Sekian,

– Dr A (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *