23 Tahun dan RM100,000

Aku berumur 23 tahun, pelajar tahun akhir di sebuah universiti luar negara. Selain study, aku banyak menghabiskan masa mengumpul duit termasuklah cut elaun sara hidup supaya aku boleh save banyak & anugerah biasiswa & kerja part-time & ambil upah jadi personal shopper.

Sejujurnya aku tak nampak clear tujuan aku simpan duit. Mungkin aku dibesarkan dalam keluarga yang sederhana & melihat ayah yang tak pernah berbelanja untuk dirinya sendiri membuatkan aku rasa bersalah untuk berbelanja mewah. Dan mak sering mengingatkan supaya menyimpan.

Sebaik tiba sahaja di negara orang, aku mula membuat percaturan untuk menyimpan sebanyak RM50k bergantung kepada elaun sara hidup sahaja – yela masa tu baru sampai, mana fikir boleh part-time bagai.

Tapi alhamdulillah disebabkan rezeki yang tidak disangka termasuklah part-time & anugerah biasiswa ditambah pula dengan kesederhanaan lifestyle, aku dapat kumpul RM100k – to be exact RM50k kat Malaysia & balance tu aku simpan as installment kat sini.

So, final year ni konon aku nak rehat daripada part-time & ambil credit hour pun sikit je sebab duit simpanan nak melebihi target. Tapi bosan laa pulak banyak sangat masa terluang sampai aku sempat buat confession ni. Sesiapa kalau perlukan khidmat aku, boleh laa roger ye hee.

Nak cite pasal lifestyle budak study luar negara ni kan, yes aku dikelilingi kawan-kawan yang kaki travel, food hunting, kaki coffee shop, kaki gajet, kaki fashion, kaki make-up, kaki game etc. So, duit yang ada akan dilaburkan dalam kaki dorang tu. I have nothing to say but im not one of them.

Semua orang ada kepentingan masing-masing & hak dorang laa nak guna duit camna pun kan. Sebenarnya aku nak minta pendapat camna nak manfaatkan duit ni. Berikut adalah kegunaan yang aku pernah terfikir & kebimbangan yang aku rasa;

1) Smartphone

Aku guna iPhone 5s, beli masa mula-mula sampai kat sini. Semua orang pakai iPhone masa tu, mestilah ada rasa nak guna iPhone jugak, ye tak. Memang rare laa nak jumpa orang yang masih pakai 5s dalam batch aku.

Sadis jugak kisah phone ni, siap pernah tukar bateri lagi – bateri iPhone takkan tahan lebih 3 tahun. Aku berniat untuk tukar bila dah final year, before back for good. Sekarang dah final year dan semalam Apple release iPhone baru hehehe.

Sebagai engineering student, mata aku menilai harga iPhone tu tak sepadan laa dengan spec dia – it is the most advanced iPhone but not the most advanced smartphone. So, aku tangguh nak beli smartphone sebab 5s aku masih guna lagi & tunggu dah dapat kerja sementara usha phone lain.

2) Kereta

Aku takde lesen kereta sebab aku takde masa nak buat – busy dengan study & part-time (fast-track laa & preparation pun kejap je – takde cuti sangat).

So, mestilah kena buat lesen dulu kan, lepas tu baru fikir nak beli kereta apa. Ni pun hold lepas dapat kerja. Kalau tak kerja lagi, watpa nak beli kereta – duduk rumah je pun.

3) Rumah

Rumah adalah harta kekal, so aku rasa sangat relevan untuk laburkan duit ke arah situ. Tapi aku taknak jadi kapitalis, cuma nak beli rumah sendiri.

Aku pernah nyatakan hasrat kat mak, ayah pun buat rumah sendiri, mana tau sangat pasal beli-beli rumah ni. Pastu aku pun taktau lagi nak kerja & settle down kat mana.

4) Kahwin

Aku pernah fikir pasal kahwin secara serius dalam tahun lepas before aku break dengan lelaki tu. After tu, aku tak rasa pape pasal kahwin & orang yang datang konon nak berkenalan pun either aku tak reply or reject je. Minggu lepas aku cam terguriskan hati parents kot sebab pasal benda camni.

Bulan lepas kot ada orang try aku & cam biasalah aku tak reply. Dah lama camtu, aku cite kat parents. Dorang cam bengang kot tengok cara aku layan lelaki & dorang fikir aku taknak kahwin sebab ex aku tu – drama gilaa laa parents aku ni.

Nak cite pasal episod jodoh dalam hidup aku ni boleh buat confession lain kot hahaha. Aku tak pernah aim nak kahwin awal ke lambat & kalau ada jodoh, kahwin laa. As aku takde calon, so kahwin is a no dalam masa terdekat ni.

5) Bawa parents datang masa grad

Alhamdulillah dalam perancangan. Aku aim nak bawa parents dua orang je tapi rezeki lebih InsyaAllah aku akan bawa adik-beradik yang lain – total 6 orang hehe

Kalau tengok kan, semua aku tangguh lepas dapat kerja sebab aku sangat bimbang laa pasal kerja ni. Orang kata oversea grads ni tak competent, so company tak prefer kitorang.

Kalau tak dapat kerja lagi, memang terpaksa laa aku guna duit simpanan untuk menyara diri. Sebab aku dah tak pakai duit parents sejak Form 1 lagi & kadang-kadang aku yang hulur duit untuk adik-beradik.

Berbekalkan title anak luar bandar & dikelilingi kawan-kawan yang kaya-raya, Alhamdulillah aku selalu terpilih untuk dapat bantuan kewangan & biasiswa. Sesiapa yang ada kerja kosong & perlukan pekerja yang reliable & pandang ke hadapan tu boleh laa kot roger-roger hehe.

Tapi aku masih perlukan bayangan untuk membuat perancangan masa hadapan. Terima kasih kerana sudi membaca & feel free to leave any comments heee.

– Firsteleven

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *