Assalamualaikum semua. Ahmad Albab disini. Aku ada terbaca perihal Suamiku ‘Househusband’ (https://iiumc.com/suamiku-househusband/) dan “Fully House Husband” (https://iiumc.com/fully-house-husband/).
Kalau sebelum ini pernah aku ceritakan dalam kisah aku, aku “”Surarumah Terhormat Separuh Masa” Ni kisah aku dulu:
https://iiumc.com/surarumah-
For the purpose of clarification, word “part-time” dekat situ sebab sekarang aku tengah buat research, jadi aku kerja dekat rumah atau office atau dimana-mana sahaja, jadi masa aku sedikit flexible.
Mungkin confession ini macam tak berapa ada kaitan, tetapi mungkin sedikit sebanyak mungkin membantu. Maybe boleh share dekat suami mungkin.
Okay, sebelum aku start, minta maaf kalau ayat aku kurang formal dan kurang tersusun dan kurang puitis. Aku recap sikit. Kami dikurniakan dua orang anak, dan wife aku bekerja sebagai tenaga pengajar, dan aku, memang duduk dekat rumah buat masa sekarang.
Gaji aku sekarang almost half compare dengan wife aku. Beberapa komitmen memang aku cover, mengikut kemampuan aku, tapi selebihnya memang wife aku tolong cover.
To be honest, dari segi kewangan, memandangkan gaji aku sikit, memang kadang-kadang dah sampai tengah bulan, gaji aku dah kering dalam akaun. Sebab untuk rumah (rumah sewa) saja aku spend almost 1/3 gaji aku, bil telefon, bil internet, yuran anak sulung, insurance anak.
Selebihnya memang wife aku tolong cover. Kereta, yuran anak lagi seorang, barang dapur, dan loan rumah (rumah undercon, tengah tunggu nak siap).
Oleh yang demikian, memandangkan komitmen yang memang fix seperti yang dinyatakan diatas ini, perkakasan lain seperti barang dapur, minyak kereta dan selebihnya memang sejujurnya aku gunakan talian hayat wife aku.
Dan memang selalu aku akan gunakan ayat ini “Awak, talian hayat sikit”…
Tapi jauh dilubuk hati aku, Allah je tahu betapa malu nak gunakan talian hayat dari isteri sendiri. Ego aku seorang lelaki, seriously rasa bukan hanya tercalar, tapi terobek hingga ke sel-sel didalam badan.
Aku tak tahu macam mana perception wife aku dilubuk hati dia, tetapi dia memang selalu tak berkira dengan aku. Ingat lagi ada sekali aku cerita yang aku sebagai lelaki rasa bersalah, pow duit wife. Respon dia “Takpe, abang dah banyak spend untuk komitmen lain”.
Tetapi tuan-puan, satu yang aku perasan bila dia tak berkira, aku nampak duit dia tak terjejas pun even kadang-kadang kami spend untuk beli barang, makan etc banyak jugak
(For the purpose of clarification, takut nanti kena kecam, atau takut nanti ada yang cakap “Memangla kau rasa macam tu, sebab kau pow bini kau” ; sekarang gaji aku memang separuh dari wife, tapi nanti dah kerja fulltime, gaji kami akan sama balik).
Jadi, aku, mengambil kira ketidak-berkiraan wife aku dengan aku, aku pun mengamalkan konsep yang sama dengan dia. Since kami ni ada anak kecil, dan menguruskan yang kecil seriously lain sikit, so aku banyak membantu untuk uruskannya.
Contohnya (selain bab anak ni, boleh tengok perihal lain dalam post aku sebelum ni):
1. Perihal masak untuk baby
Since anak kecik tu belum cukup dua tahun, jadi memang kena masak asing untuk dia bawa bekal gi taska. Jadi kalau wife aku tak larat, or even kadang-kadang dia larat je, aku tolong masak untuk si kecik tu.
Selalu kami masak lepas maghrib, dan selalunya meal tu untuk 2 hari terus. Jadi memang bab ni, kalau aku yang masak, laju sikit, dan masa tu dia boleh duduk lepak2 sambil melayani socmed, sambil bagi anak susu.
2. Perihal Pump Susu
Kalau dia balik kerja, nampak penat, aku offer basuh pump susu dia. Renyah jugak benda ni.
Sebelum ini pernah dia macam tak berapa bagi aku basuh sebab ada sekali dua aku basuh, macam ada tak cuci dengan elok, jadi dia bebel blablablabla. Tapi lepas tu aku bebel balik dekat dia.
Aku cakap “Sedar diri sikit awak. Awak tu dah kerja dari pagi sampai petang, jadi gi sana, bagi baby tu susu. Janganla nanti awak burnout, lagi jem saya nanti”. So lepas dari tu, memang aku cover bab basuh pump susu kalau dia tak larat.
3. Perihal mandikan baby
Even aku rasa macam almost semua kerja rumah aku dah buat, kadang-kadang aku suruh jugak wife aku untuk mandikan. Tapi yang kecil tu dia memang anti betul kalau nak mandi dengan mak dia. Memang macam nak gaduh betul.
Jadi mengambil kira ketidak-berkiranya wife aku dengan aku perihal kewangan, jadi aku pun redhokan jelah. Tapi tula, orang laki mandikan, memang tiga minit siap la, sekali dengan sabun, shampoo dan gosok gigi. Settle.
Jadi konklusinya ialah, ok jap. Aku cerita atas tu bukan sebab nak puji diri sendiri, bukan nak angkat bakul dan sebagainya, tapi kejap lagi sikit aku cerita. Konklusi dia, macam juga ayat aku dalam post sebelum ini, quoted dari wife aku:
“Bila kita kahwin, kita complement each other”
Aku tak layak untuk bagi nasihat, tetapi apa yang aku belajar dari wife aku, aku nampak betapa dia ikhlas, betapa dia maksudkan “complement each other” dia tu, jadi memang Allah permudahkan banyak urusan dia.
Jadi, mungkin sekarang ada sesetengah kita diuji yang husband tidak bekerja tapi jenis rajin menolong kerja rumah, seriously,
Dari kacamata orang demikian, insyaAllah sentiasa minta Allah permudahkan semua urusan, sentiasa doakan diberikan keikhlasan, dan yang penting, sentiasa doakan suami supaya diberikan ruang, rezeki untuk menjadi seorang ketua keluarga yang baik.
Trust me, Allah akan bantu korang. Mungkin bukan dari sudut duit, tapi mungkin Allah ganti dalam bentuk lain.
Akhir kata, sorry la tulisan aku ini rasa macam tak ada perkaitan, tapi sentiasa percaya bahawa kita takkan pernah expect perancangan dan rezeki daripada Allah.
Mungkin situasi kita sedikit berbeda, tapi mungkin ada something yang boleh kalian usahakan. Mungkin boleh sentiasa cuba untuk biasakan family dengan sedekah.
Since husband suka buat kerja rumah, biar dia lead buat benda tu (walaupun mungkin isteri terpaksa keluarkan bajet sikit).
Antara yang kami selalu buat, kadang-kadang kami masak dan bagi orang makan. Buat simple je, bubur jagung, bubur pulut hitam etc. Bagi dekat jiran, bagi dekat student, bagi dekat orang masjid/surau.
Dan bila buat tu, masak sama-sama satu family, benda tu create “spark” and bonding, dan benda tu juga create ikhlas dalam diri kita. Dan yang penting, lepas kita bagi orang makan tu, kita dapat rasa satu kepuasan.
Kita create budaya memberi yang kemudiannya kita akan rasa lagi banyak nak memberi. Dan insya Allah, bila kita membudayakan sedekah tu, anak-anak kita pun akan dididik untuk nanti buat benda sama bila mereka besar nanti.
Sikit lagi aku nak share. Pernah diceritakan kepada aku, seorang perempuan. Umur dah almost 50. Husband dia memang tak kerja dan memang banyak rely dekat dia, tetapi dia tak pernah kutuk husband dia depan anak-anak. Dia sentiasa positifkan anak-anak pasal ayah dia.
Dengan dia buat macam tu, anak dia mostly Berjaya, dan dia sendiri pun Berjaya jugak dalam kerjaya. Sebab apa, sebab dia percaya rezeki Allah tu luas.
InsyaAllah aku doakan kita semua diberikan kehidupan yang sebaiknya oleh Allah. Ingat bahawa rezeki dan perancangan Allah itu kita tak pernah boleh jangka.
Kadang-kadang selepas 10-15 tahun baru kita nampak asbab sesuatu perkara tu terjadi. Semoga dengan post ini dan toleransi dari wife aku, dua tiga tahun yang bongsu sekarang dah tak jadi bongsu lagi. Mohon doa dari semua. Aaminn…
– Ahmad Albab (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit