3 Kali Masuk Wad Psikiatri

Bismillahirrahmanirrahim, السلام عليكم ورحمة الله وبركاته semua, first sekali terima kasih bagi aku peluang untuk menulis ini,

Aku merupakan patients PSY, aku masuk ward psikiatri 3 kali dah, kali pertama selama 1 minggu, kali ke-2 aku masuk untuk 5 hari, dan kali ketiga dan untuk kali yang terakhir aku masuk selama 7 hari.

Depression aku tahap sampai aku dh ada skizo iaitu tahap dengar benda2 yang bukan2 walaupun benda tu hanyalah hayalan semata2.

First time aku masuk dalam ward psikiatri, aku rasa takut, takut kena bunuh dengan org lain untuk kali pertama aku masuk ward psikiatri dkt 3 hari jugak lah aku tak tido waktu malam sampai doktor bagi aku ubat tido “lorazempam”.

Aku ada masalah depression sebab masalah belajar aku dengan masalah family sikit.

Mula-mula sekali aku masuk ward psikiatri dekat 3 kali jugak lah doktor buat “personal session” dengan parent aku untuk terangkan masalah aku dekat family aku, then lepas dah beberapa kali baru family aku tahu ape itu “mental illness”.

Aku sebenarnya tak suka dengan ape yang aku belajar sekarang ni dan dulu time sekolah menengah aku merupakan mangsa buli, aku pernah kena “pijak berjemaah”, kena “pulau” dengan kawan2.

Sampailah satu tahap aku jadi “Introvert” aku suka bersendirian, time aku jadi mangsa buli tu aku tak pernah citer dekat sesiapa pun sebab aku tak suka share masalah aku dengan orang ramai termasuklah family aku sendiri.

Aku ada depression sebab banyak masalah, antaranya ialah pasal belajar aku sekarang ni sebab aku tak suka dengan course yang aku belajar sekarang ni iaitu foundation business, aku suka kan psychology tapi family aku paksa belajar foundation business ni jugak.

Lepas dah jadi semua ni aku mula depression, dalam ward psikiatri ni korang tak boleh ada handphone, takde ada ape2, semua hanya sehelai sepinggang je, dalam ward psikiatri ni boleh kata macam penjara lah sebab korang tak tahu ape yang akan jadi dekat luar sana sebab semua berita akan diputuskan.

Dan dlam ward psikiatri pun korang tak boleh lawan ape yang nurse cakap, nanti korang kena ikat, dan nanti kena cucuk dengan ubat penenang baru lah korang diam sikit.

Dan sekarang ni aku dah tak tahu nak citer ape lagi, tu je kot aku nk citer pasal pengalaman aku di ward psikiatri, dan lagi dalam ward psikiatri ni ada banyak kerenah manusia tau, ada yang gini ada yang gitu, macam2 kau akan jumpa dalam ward tu.

Ada yang kata dia “YDPA” lah ada yang nak bunuh nurse lah sebab dia kata dia kena suruh dengan orang untuk bunuh nurse tu, padahal takde orang pun yang suruh dia bunuh nurse tu.

Ada orang tu setiap malam kena ikat dengan nurse yang dibantu oleh polis bantuan sebab cuba nak larikan diri dan banyak lagi lah kerenah orang dalam tu.

– Pesakit Depression (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *