Abang Derhaka II

Untuk part I, (https://iiumc.com/abang-derhaka/).

Assalamualaikum. Terima kasih Admin kerana menyiarkan confession yang lepas. Terima kasih buat netizen yang melontarkan pandangan masing2 di ruangan komen. Rata2 komen menyatakan tentang didikan ibu bapa saya bagaimana, kenapa abang tak kawin lagi. Confession kali ini saya akan perjelaskan satu persatu tentang apa yang berlaku. Berani kerana benar, takut kerana salah.

1st, mengenai didikan mak ayah saya. Ya, saya bersetuju dengan komen netizen which is parents saya terlalu manjakan abang saya. Itu betul! Since kid lagi, anak2 lelaki memang dimanjakan lebih berbanding dengan anak2 perempuan. Apa yang abang saya nak, semua dipenuhi compare dengan kami. Abang saya nak tu, mak ayah bagi. Nak ni mak ayah bagi. Kalau kami ni nak kata patung teddy bear yang harganya murah pun takde dibelikan. Sebab tu makin dewasa abang saya makin naik lemak (seperti yang anda baca di part 1).

Bila abang saya nak minta duit, mulalah dengan senang hati bagi. Lepas tu, mengadu dekat kami yang duit takda duit tak cukup bla.. bla.. bla.. Bila kakak2 saya bersuara beri teguran kat mak ayah, ayah pilih berdiam tapi mak melenting. Mak kata anak2 perempuan semua derhaka kat dia. Ya allah! Kakak2 saya cakap elok2 tak perlu beri duit lagi sebab dia tahu sekalipun mak ayah kata takda duit but at the end dia akan dapat juga duit tu. Tapi mak lebih kepada emosi dia kemudian ungkit cara dia besarkan anak2 macam mana. At the end, kakak2 saya diam. Sebab diorang tahu, makin bersuara makin teruk jadinya.

2nd, kenapa abang tak kawin lagi? Ni paling saya geram!!!!!!! Mak ayah pernah tanya kat abang bila nak kawin. Tak manis berjalan ke sana sini tanpa ada ikatan. Then abang kata tunggu ada duit simpanan. Bulan lepas, abang telefon mak suruh bincang kat ayah untuk masuk merisik. Pastu mak tanya abang ada duit tak nak kawin ni? Abang kata takda. Eh! Dah lah 15 tahun tak jumpa mak ayah pastu ikut sedap mulut suruh parents pegi masuk merisik perempuan tu tanpa ada duit sesen pun. Dia nak malukan keluarga dia sendiri! Bodoh!

Terus terang saya kata yang saya tak rela perempuan tu jadi kakak ipar saya! Belum kawin dah kongkong abang apatah lagi dah kawin nanti. Tak tahu apa jadi. Come on la! Kalau betul dia nak eratkan perhubungan, dia sepatutnya nasihat baik2 kat abang saya suruh jenguk keluarga. Ini tak. Abang sebenarnya pernah balik jenguk keluarga beberapa tahun lepas tapi itupun cuma tidur semalam sahaja. Esoknya dah balik sebabnya abang kata perempuan tu suruh balik. Masa abang kat rumah tu pun, perempuan tu asyik call abang sampaikan takda masa nak borak ngan mak ayah. Baik tak payah balik! Tu first and last lah dia sejak kaki kat rumah keluarga dia.

Abang tak kawin lagi sebabnya perhubungan diorang selalu ada masalah. Pernah abang merayu kat kakak sulung nak pinjam duit. Bila ditanya duit gaji mana abang kata dah habis kat perempuan tu dan barulah dia mengadu yang perempuan tu dah curang kat dia. Kiranya perempuan tu nak minta duit kat abang sebab nak berjoli dengan lelaki lain. Sebagai kakak, for sure akan tolong adik. After few days abang minta duit tu, abang bagitau kakak dia dah sambung pula hubungan dengan perempuan tu.

Abang kata perempuan tu menyesal. bla.. bla.. bla.. Drama queen! Benda tu berlaku dalam beberapa kali dan kakak dah tak tahan yang asyik mengadu kat dia, dia pergi sound dua2 tak kisah la abang mahupun perempuan tu. Sampaikan kakak yang selama ni aku kenal tak pernah memaki, keluar kata2 makian dia. Aku tahu semua ni sebab kakak share kat aku. Aku baca WhatsApp antara kakak, abang ngan perempuan tu.

Gara2 perempuan tu, hubungan keluarga kami ada sedikit retak. Bila mak ayah tegur abang pasal perempuan tu, abang lebih menyebelahi perempuan tu berbanding dengar nasihat dan teguran dari mak ayah. Pastu mak ayah mengadu kat kakak2 saya, lain pulak jadinya. At the end, semua pun beremosi. Mak ayah tak tahu lagi pasal abang marah kat kakak tu. Sebab bagi kakak, biarlah dia diam daripada timbul masalah lain nanti. Tapi sejak kejadian tu, kakak saya kerap sangat menangis. This is first time saya tengok kakak down giler sebab perbuatan abang.

Saya menyimpang sikit dari confession. Kakak sulung saya jenis dia suka memendam rasa. Biar seberat mana pun masalah, dia tetap pilih untuk berdiam dan selesaikan sendiri. Min, saya baru tahu semalam yang kakak dah lalui keperitan yang amat selama ni. Tahun lepas kakak sakit jangkitan kuman dalam paru2. Lepas sakit tu sembuh, kakak kena pula buatan orang sebab tolak cinta orang. Tak cukup dengan tu, dia difitnah oleh orang yang ditolak cintanya. Sebab tu kakak berhenti kerja dan balik semula ke pangkuan keluarga.

Masa kakak balik tu, badan kakak kurus sangat. Tapi kami semua ingat kakak nak jaga badan. Allahuakbar! Saya baru tahu semalam bila kakak ceritakan semuanya kat saya. Gagalkah saya min jadi seorang adik? Saya tak mampu berbuat apa2 sedangkan kakak saya menderita. Mak ayah saya tak tahu tentang perkara ni sebab kakak taknak susahkan mak ayah. Kakak kata lagi cukup kami semua pening fikir pasal perangai abang tu!

Kalau nak ikutkan hati saya, nak jer saya serang perempuan tu yang kuat berdrama sampaikan abang sanggup buat kakak macam tu. Tapi kakak kata tak perlu, biar kifarah mengajar. Kakak memang tak nak tengok muka perempuan tu mahupun abang. Biarlah netizen kata kakak ni jenis orang berdendam. Orang takkan tahu perasaan yang dizalimi oleh darah daging sendiri.

Saya rasa cukup sampai saya kongsi kisah ini di page confession. Thank you admin. Mohon doakan supaya abang saya itu sedar akan kesilapan dirinya. Ini realiti bukan cerita dongeng. Tak perlu tunggu penjelasan dari abang, sebab dia dah buat cerita dulu dari kami bezanya dia tak cerita kat mana2 media sosial tapi face to face dengan orang. Terserah kepada netizen mahu percaya atau tidak, saya cuma ingin berkongsi sahaja.

Assalamualaikum…

– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *