Buah hati pengarang jantung hatiku, tahukah kamu betapa bersalah ibu rasakan untuk meletakkan kamu melalui pengalaman membesar dalam bayangan kesihatan mental ibu yang sebegini. Seorang anak tidak patut melalui pengalaman melawat ibunya di hospital psikiatri.
Maafkan ibu. Penyakit ibu telah mengganggu perkembangan zaman kamu meningkat remaja, walaupun ibu tahu bahawa ia bukan sesuatu yang ibu dapat kawal, ibu benci diri ibu sendiri. Kasihannya kamu wahai anakku, seorang budak lelaki yang membesar tanpa kasih sayang seorang ayah dan hidup melihat seorang ibu yang tewas dan seorang bapa tiri yang dingin. Maafkan ibu anakku.
Pada hari-hari ketika ibu tidak dapat mengatasi kehidupan seharian, kamu lalui kehidupan sendirian sambil mengharapkan kasih-sayang rakan sebaya. Kadang-kadang, fikiran bunuh diri mengatasi diri, walaupun ibu mencintai kamu sepenuh hati. ‘Focus on your kid’ they urge me. ‘Your kid need you.’ I know their comments are said with love, but they make me feel even worse. Namun, ibu tetap melihat kamu dengan jiwa yang kosong.
Maafkan ibu kerana gagal untuk terus mencintai kamu. Ibu berusaha keras untuk bangkit, keluar dari ‘black hole’ ini, ibu turun naik hospital berjumpa ‘professional counselor’, ‘psychiatrist and a ‘psychologist’. SSRI, CBT method, rawatan alternatif, tahajud dan ibu masih gagal untuk bangkit.
Setiap kali ibu mahu bangkit, kamu dan dia terus menerus jatuhkan semangat ibu. Ibu tidak salahkan kamu. Kamu seorang remaja yang perlukan bimbingan. Kamu tidak boleh lari dari kesilapan, cuma tiada siapa di sisi untuk membimbing kamu. Ibu kecewa kerana ibu gagal untuk membimbing kamu. Ibu kesal kerana ibu tenggelam dalam dunia ibu sendiri.
Dunia ibu teruk, gelap dan bitter. Setiap kali ibu buka mata, ibu harus bersiap siaga untuk berperang. Ibu berperang melawan prinsip diri, kehendak, kegagalan diri dan amarah. Mungkin kamu tidak akan faham dunia ibu. Ibu berlawan semata-mata untuk bahagiakan keluarga kita yang tidak normal ni. Kehendak kamu dan dia. Sebab itu ibu akhirnya tewas.
Ingat tak kamu pada suatu ketika ibu berterus terang tentang penyakit ibu. Dan di kala itu kamu tanya mana ‘iman’ ibu. Kamu kecewa kerana seorang ibu boleh goyah ‘iman’nya. Ibu tak kecil hati sebab ibu tahu kamu baru berusia 15 tahun ketika itu. Tapi jauh di sudut hati ibu, ada sedikit kecewa kerana apa yang ibu ajar kamu selama ini rupanya masih perlu diingatkan dan dibimbing. Ibu tak mahu pergi sebab ibu masih mahu bimbing kamu. Tetapi dalam masa yang ada ini, ibu masih sibuk berperang dalam dunia sendiri. Aduh, bagaimana.
Ibu, kamu, keluarga kita dan segala pakar tahu jalan keluar untuk penyakit ibu. Tapi kamu dan keluarga kita mohon kekuatan ibu untuk terus bersabar. Kamu minta ibu bersabar dengan cara hidup kamu. Suami ibu juga minta ibu bersabar dengan cara hidup dia. Atok dan nenek minta ibu bersabar dan tidak memalukan mereka.
Pakar-pakar yang ibu jumpa berulang kali menasihati ibu untuk pentingkan diri sendiri, mereka minta ibu keluar dari persekitaran yang tidak sihat. Mana mungkin ibu dapat tinggalkan kamu dan keluarga kita. Hampir 5 tahun perjuangan ibu. Berjuang untuk redha dengan cara hidup orang lain dan berperang dengan cara hidup yang ibu inginkan.
Kadang-kadang ibu terpikir, kenapa impian ibu untuk bawa keluarga kita ke jannah akhirnya membawa ibu ke jahanam? Sekiranya ibu gagal nanti, maafkan ibu. Jangan hakimi ibu, dan janganlah anggap ibu tak cinta atau ibu tak cuba. Ibu dapat rasakan peperangan ibu makin hampir ke penghujungnya. Ibu dah tiada daya, ibu terlalu penat. Sayang, doakan ibu.
– Kesejukan sepintas lalu kesedihan tidak terperi
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit