Baran Itu Penyakit Jiwa?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.

Baru-baru ini saya telah membaca satu artikel tentang sikap panas baran si bapa sehingga anak-anak mula menjauh dan si isteri yang berusia hampir 60an failkan penceraian kerana tidak sanggup lagi di sakiti mental dan fizikalnya.

Buat pengetahuan umum, sifat ‘baran’ ini telah di kategorikan sebagai salah satu penyakit jiwa dan ia tidak akan sembuh!!

Boleh membahayakan orang di sekeliling nya… Anak-anak yang hidup dalam keluarga ini tidak mustahil akan mewarisi nya juga nanti…

Sifat seorang pemarah dengan sifat si panas baran ni berbeza tau…

Pemarah ini, apabila dia sedang marah tidak kira samada kita melawan ataupun diam sahaja ia tidak akan menjadi masalah besar kepadanya dan amarahnya akan reda dengan sendiri.

Kebiasaanya pemarah ini, mulut sahaja yang laju. Memaki hamun tanpa henti tetapi kaki dan tangannya diam-diam disitu. Ia akan bergerak apabila difikirkan wajar digunakan sekadar untuk mengajar contohnya seperti ayah mengajar anak yang nakal (rotan).

Ada juga pemarah yang bijak menggunakan akal. Pemarah akan mengambil keputusan berada jauh daripada kita untuk sementara waktu bagi mengelakkan pertengkaran itu terus berpanjangan…

Apabila amarahnya reda dia akan kembali dan mengajak kita berbincang cara untuk selesaikannya dengan baik.

Baran atau sakit jiwa ini pula tidak akan pernah puas selagi dia tidak mencederakan kita. Menjadi keseronokan bagi dia melihat kita sakit, menangis dan merayu kepadanya meminta agar dia hentikan perbuatannya daripada terus menyiksa kita.

Ada juga yang terlampau agresif sehinggakan dia bertindak seperti binatang tidak sedar bahawa dia sedang menyakiti kita. Disebabkan itulah banyak kes kita dengar isteri mati dipukul suami. Anak mati di dera. Ibu mati di tetak anak. Ayah mati di bunuh anak.

Suami mati di tikam isteri. Semua itu berasal daripada sikap panas baran yang tidak boleh dikawal. Setiap kejadian mesti ada puncanya tetapi ianya boleh di selesaikan dengan cara yang baik sekiranya kita menggunakan akal yang waras.

Si baran akan terasa dicabar sekiranya kita mengambil keputusan untuk terus diam daripada melawan kerana dia tidak dapat melepaskan kesemua nafsu amarahnya. lalu dia akan cuba membuat kita melawan dengan menyakiti emosi dan fizikal kita.

Apabila kita sudah tidak tahan dengan pelbagai deraan emosi dan fizikal secara automatik kita akan melawan dan itu akan membuka jalan kepada si baran untuk bertindak lebih teruk menyiksa kita. Alasannya…

“Siapa suruh kau melawan aku…?”

“Berani kau melawan aku haaa..!”

Si baran ni, bukan sahaja mulutnya laju malah kaki tangan nya juga akan turut bergerak untuk menyakiti kita.

Si baran ini akan mula mencari kesilapan di sekelilingnya bagi melepaskan rasa marahnya. Jika kalian nak tahu, si baran ini sesuai di panggil pengecut kerana dia tidak berani menunjukkan barannya dengan orang yang lebih besar dan kuat daripadanya.

Jika dia bermasalah dengan orang-orang luar tersebut dia akan mula mencari orang terdekat untuk melepaskan marahnya. Biasanya yang menjadi mangsa adalah isteri serta anak-anak bagi yang dah berkeluarga dan ibu serta ayah bagi yang masih bujang.

Jadi tidak hairanlah jika balik jer daripada kerja ataupun jalan-jalan dia akan mula mencari kesalahan orang yang berada di rumah. Seram kan…?

Jadi berhati-hatilah jika berhubungan dengan org yang ada sifat sikap baran. Sebelum terjalin sesuatu hubungan baik hentikan sebelum terlewat kerana dia tidak akan berubah…!! Tidak ada istilah…

“Dah kahwin mesti dia berubah…”

“Dah ada anak nanti berubahlah dia…”

“Dah tua nanti kuranglah baran dia…”

Adalah satu kesilapan besar jika mempercayai nya…

Saya pernah jumpa di hospital dah nazak macam nak mati pun masih boleh maki hamun isteri dan anak-anak di hadapan orang ramai… Nurse dan doktor tidak pula di makinya.

Untuk pengetahuan umum, si baran akan menunjukkan betapa baiknya hati dan mulianya dia di hadapan orang ramai supaya dia tidak dipersalahkan keatas apa yang berlaku.

Saya kesian melihat orang tua itu kerana kaki dah kudung sebab kencing manis… Kencing pun dah pakai tiub, berak pun di Pampers masih nak malukan anak isteri dengan maki makian… Sudahnya anak-anak bawa maknya keluar tinggalkan dia sendirian.. Semoga dia tak mati keseorangan…

– CPA (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *