Doa Yang Makbul

Assalamualaikum.Nama aku Ina.Terima kasih kepada admin kalau publish kan cerita aku.Sebab mungkin cerita aku ini biasa-biasa sahaja.Maaf juga andai cerita ini terlalu panjang atau membosankan.

Aku ada kawan baik lelaki.kami tak couple.dating tidak pernah sekali.kami kenal atas dasar satu course semasa di universiti.Habis belajar kami bersama-sama lagi sambung belajar sama-sama.Selepas tamat belajar,aku terlebih dulu dapat kerja daripada dia.Tapi kami tetap rapat.Selepas setahun kemudian,giliran dia dapat kerja.Waktu itu dia nyatakan hasrat utk lamar aku jadi isterinya.Kami berjanji dan sama-sama beri masa utk bersedia dari semua segi.

Setelah seketika aku perasan ada sesuatu yang dia sembunyikan dari aku.Tapi aku tidak tahu apakah ia.Namun kami masih baik seperti biasa.Sehingga dia beritahu aku ada wanita lain sukakan dia.Dan wanita itu tahu dia sudah ada aku.Tapi wanita itu tetap sanggup mahu jadi isteri kedua.Aku sangat terkejut sedih marah dan semua perasaan yang aku takpernah rasa.Aku beri kata dua.Pilih aku atau dia.Atau kalau wanita itu masih bertekad nak kahwin dengan dia,aku akan pergi atau tunggu sahaja selepas aku mati.Dia berkali-kali minta maaf dari aku.Berjanji dia takkan buat lagi atau berhubung lagi dengan wanita itu.Katanya juga wanita itu juga sangat sedih sebab buat aku sedih.Tapi waktu itu hati aku tetap tidak tenang.Mungkin kerana aku terluka dan aku tak yakin lagi sebab wanita itu adalah rakan sekerja dengan dia.Mereka pasti akan jumpa setiap hari.Sedangkan aku jauh.

Bermula saat itu memang aku serah sepenuhnya hati aku dan hati dia pada Allah.Allah yang memegang hati manusia.Dan waktu itu aku bertekad berdoa sungguh-sungguh sekiranya dia adalah jodoh terbaik dan dia betul-betul mencintai aku aku minta Allah mudahkan.Andai dia bukan jodoh yang terbaik aku minta Allah tunjuk dan gantikan dia dengan orang lain.Suatu hari aku wassap dia.Dan dia membalas seperti biasa.Tetapi apabila aku membaca mesej itu rupanya mesej itu bukan ditujukan kepada aku kerana dia bahasakan dirinya abang dan orang yang dimesej itu dipanggil sayang.Aku dengan dia selalu biasakan panggilan dengan nama sahaja.Selepas itu berderet-deret mesej lain menyusul dia hantar minta maaf pada aku.Katanya dia sudah lama berniat untuk beritahu aku tapi dia menunggu masa yang sesuai.Dia mengaku salah dia.Kata dia dia menyesal dan malu sangat-sangat dengan perbuatan dia.Dan waktu itu juga dia beritahu yang dia sangat mencintai aku.

Semua yang dia beritahu waktu itu masuk telinga aku keluar telinga kanan.Dan banyak lagi mesej lain.Aku baca dan delete.Aku kecewa sebab selama ini kami baik-baik sahaja berkawan.Yang paling buat aku sangat-sangat sedih,katanya dia dan wanita itu dah bincang dan sepakat buat keputusan yang wanita itu mahu jadi isteri kedua.Perkara yang paling aku tak sangka akan berlaku pada aku.Rasa ditipu dikhianati dikecewakan.Hati aku hancur.Namun seketika selepas itu,dia buat keputusan dan katanya dia tak sanggup nak berpisah dengan wanita itu.Dan katanya lagi dia tak nak lagi lukakan hati aku berkali-kali.Tambah dia lagi aku terlalu baik untuk dia dan katanya biarlah aku menderita sekejap hari ini asalkan selepas ini aku bahagia dengan lelaki yang jauh lebih baik daripada dia.

Waktu itu baru aku teringat.Dulu aku pernah doa minta dengan Allah.Mungkin ini adalah masanya Allah makbulkan doa aku.Waktu itu aku rasa sangat lega.Setelah berkali-kali aku fikir,rasanya selepas ini mungkin ada hikmah yang besar semua ini berlaku.Aku terfikir bagaimana kalau kami kahwin dan selepas kahwin baru aku tahu dia ada orang lain.Dan waktu itu juga dia bertekad nak kahwin lagi dengan wanita itu?Mungkin waktu itu aku tak cukup kuat untuk terima.Dan hikmah yang sekarang aku nampak,kalau sekarang dia sudah tak setia curang dengan aku,selepas kahwin nanti bagaimana?Prinsip aku senang.Jarak bukan faktor kesetiaan.Kalau dia nak setia dia akan setia.Walau jauh atau dekat.Aku mahu lelaki yang menghargai setia kepada aku seorang sehingga akhir hayat.

Kali terakhir dia mesej aku.Katanya dia faham sangat-sangat kenapa aku sangat marahkan dia tapi katanya dia tak nak musuh dan dendam dengan sesiapa.Katanya kalau aku tahu perangainya yang sebenar aku takkan dapat terima dia seadanya.Waktu itu perasaan aku kosong.Mudah dia berkata-kata kerana dia tahu walau apa pun terjadi wanita ini memang bertekad mahukan dia.Jadi memang wanita itu akan terima dia seadanya.Tak kisah samada aku ada atau tiada.Wanita itu memang ada dekat dengannya berbanding aku yang jarang sekali dapat berjumpa.Aku hanya membalas.Kata aku pada dia.Dia tak akan faham perasaan aku sampai bila-bila selagi dia tak alami sendiri situasi aku.Dan wanita itu juga sama.Dia takkan faham perasaan aku selagi dia tak berada di situasi aku walaupun dia perempuan seperti aku.

Kata-kata akhir aku pada dia.Aku dah serahkan semuanya pada Allah.Semua perbuatan yang dia dan perbuatan wanita itu pada aku,aku serahkan pada Allah untuk membalas semuanya.Aku tak berdendam atau benci tapi waktu itu hati aku sangat terluka dengan perbuatan mereka berdua .Selepas aku sedar Allah dah selamatkan aku dari musibah yang mungkin lebih besar di masa akan datang,aku move on.Aku delete semua mesej dia.Hadiah yang dia pernah bagi aku buang.Aku tak contact lagi dia.Walaupun agak sukar tapi aku cuba.Bukan sehari dua aku menangis.Setiap kali aku teringat kenangan susah senang kami sama-sama selama ini aku sedih.Aku tak menyangka dia berubah menjadi orang lain yang aku rasa aku tidak kenal lagi.Seolah-olah sahabat baik aku dulu telah mati dan yang ada sekarang adalah orang lain yang aku tak kenal.Dia menjadi orang asing yang dulunya pernah ada banyak kenangan bersama aku.

Aku serahkan semuanya pada Allah.Setiap kali aku rasa sedih aku akan ingatkan pada diri aku sendiri bahawa inilah doa aku tempohari yang Allah makbulkan.Tanda kasih sayang Allah.Dan untuk itu aku rasa sangat bersyukur sebab aku tahu mungkin Allah nak beri kepada aku jodoh yang lebih baik di masa akan datang.Soal hati.Aku fikir aku boleh melupakan.Tapi rasanya hati aku akan ambil masa untuk sembuh sepenuhnya.Tapi bagi dia mudah sahaja untuk melupakan aku.Aku baru dapat tahu dari kawan yang dia sebenarnya sudah kahwin senyap-senyap dengan wanita itu tahun lepas lagi.Majlis dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja.Kata kawan aku dah jodoh mereka,kita sama-sama doakan yang terbaik.Aku hanya mampu tersenyum kerana kawanku itu tidak pernah tahu kisah sebenar antara aku dan dia.

Mungkin seumur hidup ini,aku akan ingat sampai bila-bila pengajaran yang aku dapat.Apa yang berlaku pada aku.Pengalaman yang sangat berharga yang Allah bagi kepada aku.Sehingga aku jadi sekuat sekarang.Aku belajar banyak benda dan benda yang paling berkesan pada aku adalah Allah selamatkan dan tolong aku lepaskan orang yang bukan terbaik untuk aku.

Sekarang setiap kali berdoa minta apa-apa dari Allah,aku tidak lupa untuk menambah andai perkara itu terbaik untuk aku di hujung setiap doa dan permintaan aku setiap hari.Mungkin kita rasa kita dah minta perkara yang baik untuk kita sedangkan Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk dunia dan akhirat kita.Bukan semua orang akan terus bersama-sama berjalan dengan kita sepanjang kita menjalani hidup.Sampai masanya kita akan terpisah membawa haluan masing-masing.Dan Allah pasti akan temukan kita dengan orang lain.

Dan hikmahnya sekarang aku rasa lebih gembira dan menyayangi diri aku serta keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa ada di saat aku susah dan senang.Soal jodoh aku serahkan pada Allah.Aku tahu andai sampai masanya Allah akan mudahkan semua urusan inshaaAllah. :)

– Ina

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *