Assalamualaikum. Terima kasih pada admin jika confession ini di siarkan. Tujuan aku disini bukan untuk menyampaikan ceramah. Kerana aku tahu, iman aku lagi nipis dari kulit bawang. Aku tak layak untuk itu. Tapi apa yang aku nak kongsi ialah penangan lagu Deen Assalam by Nissa Sabyan ni membawa aku berfikir jauh tentang islam.
Asalnya aku dengar lagu ni sebab ramai kawan kawan aku share kat fb. So aku pun start cari dan dengar di you tube. First time aku dengar, lagu ni terus menusuk dalam hati aku. Aku rasa tenang dan damai. Sungguh indah mesej lagu ini disampaikan. Lepas tu aku baca lah komen-komen kat bawah video ni. Baik muslim dan non muslim. Lagi hati aku tersentuh. Lepas tu, aku klik pulak kat video yang orang buat review lagu ni. Dia macam bagi pandangan dan komen lah. Tapi aku lebih tertarik pada review by non muslim.Sebab aku nak tengok reaksi diorang. Dan, hasil nya buat aku senyum melarat. Diorang memuji dan setuju islam itu agama pendamaian. Aku rasa bangga dan bertuah. Alhamdulillah.
Tengah syok search lagu deen assalam dinyanyikan pelbagai version and cover. Tiba-tiba keluar video Dr. Zakir Naik. Korang kenal tak dr. ni?. Ya, dia seorang da’i yang diiktiraf Malaysia. Dia berasal dari india. Dan dia telah diberikan PR (Permanent Resident) oleh kerajaan malaysia. Jadi dia bukan calang-calang orang. Ada yang kata dia pencetus terrorists, menyampaikan ajaran sesat dan memecah belah agama lain.Wallahuallam. Aku taknak sentuh bab itu. Tapi aku nak sentuh bab cara dia sampaikan dakwah sampai mengegarkan dunia.
Dulu aku tak ambil port pun pasal dr. ni. Tapi kali ni aku tergerak hati nak tengok video dia. Tah tahu kenapa. Mungkin penangan lagu deen assalam kot. Aku pun klik video dia. Dia ada pelbagai version. Tapi aku dengar version indonesia. Senang sikit aku nak faham. Jadi aku start la dengar. Lepas habis satu, aku klik satu lagi and so on. Tanpa aku sedar, rupanya dah berjam2 aku ralit tengok video dr. ni.Sampai dah kong la battery fon. Aku terkejut, aku terkesima, aku sedih, aku terasa kerdil dan jahil.
Aku rasa kagum sangat dengan beliau. Aku paling suka tengok part dia bersoal jawab dengan non muslim. Di setiap lepas habis ceramah dr ni, dia akan mengadakan sesi soal jawab. Tapi apa yang menariknya, dia akan utamakan dulu soalan non muslim. Yang muslim tunggu lah dulu menunggu giliran. Nampak macam x adil kan? Tapi ini lah cara beliau menarik orang non muslim mendekati beliau. Aku kagum.
Orang non muslim akan bertanya bermacam soalan pada beliau yang kadang2 aku sendiri kompem tak dapat jawab. Antara soalan yang famous ialah apa bukti Allah adalah tuhan sebenar? Apa bukti nabi Muhammad s.a.w itu nabi terakhir? dan apa bukti Jesus ( Isa a.s) itu nabi bukan tuhan?. Ini ilmu tauhid guys. Tak kiralah dari agama kristian, hindu, buddha dan agama lainnya. Masing2 ada hujah mereka sendiri.
Lalu dr. Zakir Naik menjawab. Saya disini bukan untuk membuktikan agama mana yang hebat, tapi saya disini ingin kita berdamai dan bersatu sesama manusia. Kita letak ke tepi perbezaan antara kita, tapi marilah kita mencari persamaan di antara kita. Disetiap agama, mempunyai kitab suci mereka sendiri. Islam ada al quran, kristian ada bible, hindu ada wedha/vedha dan lain2.Dan di dalam kitab2 suci ini menyatakan Tuhan itu satu (Esa). Tiada dua atau tiga. Tidak beranak dan diberanakkan. Tidak mempunyai imej, gambar, ilustrasi, lukisan dan patung. Semua kitab suci mengakuinya. Lalu mengapa masih ada yang menyembah berhala? dan mengaku Jesus (Isa a.s) itu tuhan?. Dan jika kamu ingin mengenal islam.Jangan mengenalnya melalui orang muslim. Tapi kaji dan belajarlah dari al quran dan hadis sahih.
Sebenarya lagi panjang ulasan dr. ini.Aku tak ingat.Sebab disertakan sekali dengan ayat al quran, ayat bible dan ayat Veda.Korang boleh tengok sendiri di you tube.Ya, ayat2 fakta yang membuat orang terdiam untuk membalas.Oh lupa aku nak bagi tahu. Dr. ni graduan perbandingan agama. Maksudnya, dr. ni mesti belajar semua agama di dunia serta mesti menghafal setiap kitab suci bagi setiap agama.
Jadi apa yang membuat aku berfikir serius tentang Dr. Zakir Naik ini dia ialah orang yang sangat luar biasa. Dia telah berjaya mengislamkan beratus ribu orang di seluruh dunia. MasyaAllah.Ketika dakwahnya, dia berjaya menarik perhatian manusia seantero dunia. Ada yang sanggup naik flight merentas lautan untuk bertemu beliau sahaja. Dan yang lagi hebat, seseorang non muslim itu, dengan hanya mendengar ceramah beliau di you tube, terus ingin memeluk islam.SubhanaAllah. Bukan itu sahaja, orang non muslim sanggup datang dan duduk mendengar ceramah beliau sehingga habis dan sanggup pula beratur panjang menunggu giliran untuk bersoal jawab dengan beliau.
Ya, mungkin ada soalan berupa protes dan marah, ada juga bermatian2 pertahankan agama mereka tapi ada juga yang mencari kebenaran yang sebenar.Tapi yang aku kagum pada orang non muslim ini, kesanggupan mereka berada di majlis agama kita, bersusah payah mereka.Sebab apa? Sebab dr. Zakir Naik yang mampu menjawab persoalan mereka.
Maafkan aku jika luahan menjadi semakin sensitif. Tapi bukan tugas kita kah orang islam menyampaikan kebenaran?. Perkara ini sungguh menyelubungi diri aku. Ia buat aku berfikir. Selama hayat hidup aku ni. Apa yang dah aku sumbang dalam agama dan pada Allah. Dah cukup ke? Ya, aku takkan mampu berdakwah seperti ustaz mahu pun ustazah. Tapi menyampaikan kebenaran itu wajib kan bagi kita orang islam.
Dan kali ni aku dengar semula lagu deen asslam. Tapi kali ni aku betul2 hayati setiap bait liriknya. Sumpah weh aku menangis. Bercucuran air mata aku. Terasa diri ini kerdil. Beruntung kita dilahirkan dalam islam.islam keturunan. Tapi apa pula nasib non muslim yang di lahirkan bukan dalam islam.Jika boleh dipilih.Tentu sahaja mereka memilih lahir dalam islam. Kerana sejak dari rahim ibu kita adalah islam, suci. Pabila dilahirkan, ibu bapa yang menjadikan kita islam atau tidak.
Dan tentu saja, dugaan mereka lagi hebat jika nak masuk islam. Boleh jadi mereka putus hubungan keluarga,dibuang keluarga, dibuang kerja malah dikecam teruk oleh komuniti mereka.Cabaran mereka sangat hebat,kerana hanya ingin mencari kebenaran.Tapi kita yang dah islam ni? ada segelintir orang islam berani mempermainkan agama. Bagi diorang tak rugi apa2. Diorang takkan hilang keluarga,jauh sekali dibuang keluarga,malah takkan hilang kerja. Paling2 dapat dosa je kan? Nauzubillah. Tidak nampak lagi ke tu betapa Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang pada hamba nya.Sentiasa saja mengampuni dosa hamba nya yang bertaubat.
Jadi rakan taulan, marilah kita muhasabah diri kita.Kita hidup di dunia ini sementara. Ya, kita mungkin takkan mampu berdakwah seperti da’i. Tapi kita boleh kan melakukan suruhan Nya dan meninggalkan larangan Nya.
– Hamba Allah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit