Gemuk

Aku nak cerita benda simple je and terima kasih kepada yang sudi membaca. Firstly nak bagitahu yang aku ni gemuk, nak kata gemuk sangat tak adalah tapi bolehlah jugak untuk buat orang mengata pasal aku sampai menghiris jiwa. Aku ni tipulah kalau tak ada niat nak kurus, diet semua tu tapi bila nak mulakan proses diet tu ada saje yang rosakkan niat aku dengan kata – kata durjana diorang.

Aku ni bila nak mulakan proses diet, contohnya tak makan nasi selama seminggu adalah mulut – mulut pedas kata itu ini haih tak faham betul aku. Ceritanya masa aku balik kampung, makcik aku baru lepas masak and dia pun panggil lah aku makan sekali, yang bagi kata-kata pedas ni aku gelarkan dia N. Time tu aku tengah tengok tv so aku cakaplah yang aku makan nanti. Then dengan tiba-tiba N pun bersuara “T sinilah makan makcik dah masak ni, takyahlah nak diet sangat kau tu bukan gemuk mana pun” *T gelaran bagi aku

So nak taknak aku pergi jelah selepas dipanggil oleh N. Tapi start aku makan and makcik aku suruh tambah, aku menolak sebab memang takde mood nak makan banyak and then N pun apa lagi “takyahlah kau nak tambah2.. nanti gemuk kau tahu. Kau kena diet kau tahu tak” So agak-agak apa reaksi aku? haih kalau dalam definisi jahat memang aku lempar nasi kat muka dia. Mula2 suruh aku makan lepastu nak complain itu ini pulak haih. Actually benda camni aku dah kena banyak kali and sampai terlebih lali. Kadang memang tercabar sabar aku sampaikan aku terkasar dengan mana2 sedara aku yang mulut puaka.

Bukan ni je aku kena T_T even aku kuat makan sekalipun, bila ada orang pelawa suruh tambah lebih kalau aku tolak means memang aku taknak. But sedara mara aku confirm dorang kata “eleh takyah malu2 sangatlah T, nanti kau yang menyesal sebab lapar” Come on weh apa ni T_T kadang tu pernah jugak kena paksa habiskan makanan orang lain sebab apa? sebab aku yang paling kuat makan, gemuk and senang2 buat aku macam tu sedangkan aku taknak!

Korang rasa jadi gemuk ni teruk sangat ke? buruk sangat ke jadi gemuk ni? aku kadang sampai dilabelkan tong dram. Sedangkan kalau aku nak diet ada je halangan and mulut2 puaka yang buatkan semangat aku jatuh. Aku tahu aku gemuk but at least aku ada usaha nak kurus :’) So please kalau korang ada kawan yang overweight, aku mohon korang janganlah terlepas cakap apa pun dekat diorang sebab aku tahu pedih dia macam mana kalau ada yang ejek badak sumbu, tong dram dan segala tong.

– Si Mabuk

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *