Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani…
Syukur pada Allah tahun ini aku terpilih untuk menjadi tetamu Allah dengan cara yang tidak dijangka dan salah satu sebab kenapa Allah pilih aku adalah restu dari mak dan ayah aku, ya aku yakin dan tersangat yakin, kenapa?? Nanti aku cerita kenapa dan mengapa. Untuk pengetahuan korang umur aku muda lagi awal 20an tak boleh bg tau terus sebab kawan aku ramai yang suka baca confession iium ni, nanti kantoi.. haha.
Dalam kehidupan kita ini Allah telah janjikan setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan dan sebaliknya cepat atau lambat sahaja yang penting kita sebagai hamba kena yakin, macam aku nak kata aku ni seorang hamba yang baik atau seorang anak yang baik memang tak tapi setiap hari aku cuba menjadi ke arah itu. Sebagai anak setiap hari aku fikir macam mana nak bahagiakan mak dan ayah aku sementara dorang masih lagi bernafas lagi dan ketakutan fikir bila dorang tiada lagi adalah sesuatu yang aku takuti dan aku sentiasa doa semoga Allah panjangkan umur mereka dan beri aku peluang untuk bahagia kan mereka selagi aku terdaya dan beri aku kekuatan bila masa itu tiba.. aaminn.
Korang mesti pernah dengar kan restu ibu membawa ke syurga kasih ayah sepanjang masa? bagi aku restu itu bukan hanya bila kau nak buat sesuatu kau baru bagi tahu mak kau atau ayah kau doakan, iya itu salah satu punca tetapi bagi aku tidak! Kalau kau nak sesuatu kau kena letak darjat mereka selepas tuhan yang kau sembah dan rasulnya, dari aku mula merasa alam perkerjaan aku sentiasa fikir dan dahulukan mak dan ayah aku waima makan atau membeli belah aku akan fikir, eh mak dengan ayah makan apa ya dekat kampung, eh kalau aku beli ini ok ke atau mahal sangat sebab mak dan ayah belum beli apa apa lagi tidak apalah beli mak dan ayah punya dulu… Semua benda aku akan fikir mak dan ayah mak dan ayah. Kalau boleh aku akan fikir dia orang dahulu.
Haji.
Korang tanya sesiapa pun ummat islam dalam dunia ini hajat dia orang mesti nak naik haji atau naik umrah, dan aku salah sorang daripadanya dari dulu aku doa pada Allah,semoga beri aku rezeki yang banyak supaya aku dapat hantar mak dan ayah aku tunaikan hajat naik haji atau umrah dan aku tidak sangka aku jemputan aku lagi cepat dari mak dan ayah aku, sedih campur gembira dan korang bayang kan perasaan sedih aku macam mana, pagi sebelum aku berangkat ke tanah suci aku meraung sakan dalam dakapan mak dan ayah aku aku cakap “mak ayah halalkan setiap titik susu rezeki yang orang makan, minta maaf kalau ada kata kata yang selama orang hidup buat mak dan ayah terguris hati dan maaf mak dan ayah sebab orang pegi makkah dahulu dari mak dan ayah” mereka kata apa korang tahu?anak mak dan ayah tiada dosa kalau ada pun mak dan ayah sentiasa maafkan dan jangan cakap macam itu Allah dah takdirkan macam itu mak dan ayah bangga dengan kejayaan kamu. Lama wei aku peluk mak dan ayah aku sambil meraung sampaikan mak aku cakap dah lah tu karang terlepas flight pulak…hehe.
Aku buat confession ni bukan apa,sebab aku nak kongsi rahsia aku dan aku nak setiap orang yang masih ada mak dan ayah buat sehabis baik untuk gembirakan mereka dan jangan lepaskan peluang untuk dapatkan restu dan doa mereka memang betul doa mak dan ayah itu tiada hijab dan makbul cepat. Buat yang sudah tiada mak dan ayah jangan lupa doakan mereka dan jangan sedih sebab tiada mak dan ayah didunia ni waima mereka dah tiada mampu melihat anak anak mereka sedih. Al-Fatihah.
Banyak sebenarnya kisah kisah ajaib yang terjadi sebab doa restu mak dan ayah aku nak cerita tapi cukuplah sikit aku bagi sebab panjang panjang sangat korang suruh aku lukis pulak nanti, haha.
Sekian terima kasih…
– Moya
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit