Semangat Yang Hilang

Assalammualaikum semua dan terima kasih kepada admin sebab sudi siarkan confession aku yang buat pertama kalinya dan aku kira agak panjang kerana aku ingin meluahkan isi hati aku.

Di sini aku nak ceritakan pengalaman aku yang berlaku pada tahun ini juga dimana aku hilang pertimbangan diri, aku tak fikir orang sekeliling aku yang sayangkan aku terutama keluarga aku, kawan kawan rapat aku.  Aku cuma fikir, aku terlalu sakit dekat jiwa ni dan tindakan yang aku buat hanya menyakitkan diri aku sendiri.

Semuanya bermula aku bercinta dengan lelaki yang sangat aku kagum, aku percaya dan aku kira kira lebih kurang 3 tahun kami kenal.  Proses perkenalan kami bermula sebagai kawan dan lama kelamaan kami bercinta.  Walaupon hubungan kami adalah hubungan jarak jauh, tapi kami tak pernah putus komunikasi yang aku rasa semua faham, setiap hari kami akan berhubung melalui telefon, whatsapp.  Punya nak pastikan aku tahu dia buat apa, nak bagitahu harini aku buat apa, cerita pengalaman seharian aku.  Perempuan kan.   Yelah nak ambil berat pun ya juga.  Pada masa ni, dia belum bekerja lagi (masih dalam proses mencari kerja) dan ada buka bisnes kecilan.

Aku pulak masih belajar kat sebuah universiti awam.  Perkenalan yang agak cliche , aku berkenalan semasa kami berdua dapat temuduga SPA dimana ada satu group whatsapp untuk calon calon temuduga buat persediaan la.  Seingat aku dia ada tanya macam mana cara isi borang temuduga tu, dan takde sorang pon jawab.  Punyalah berpuluh orang calon dalam tu, tapi “krik krik”.  Disebabkan aku rasa kesian, aku pun tolong la jawab memandangkan aku pun baru je isi.  Selepas beberapa minit aku balas dalam group tu, dia whatsapp secara personal.  Dan begitulah bermulanya aku berkenalan.

Okay cukup untuk korang tahu macam mana aku berkenalan,  tak lama selepas tu aku sambung belajar dan dia masih belum mendapat kerja tetap.  Masa tu macam macam dia ceritakan dekat aku, dia risau masa depan dia, umur da bertambah tapi kerja tetap belum ada.  Aku kagum kat situ, sebab aku nampak kesungguhan dia dan sebab tulah tu aku selalu bagi dia kata kata semangat sebab aku tahu yang zaman sekarang ni kena banyakkan bersabar dalam mencari kerja dan paling penting usaha kena berterusan.

Aku tahu rasa lelahnya sebab walaupon aku sedang belajar aku ada pergi beberapa temuduga SPA tapi tak berjaya.  Yelah mungkin belum rezeki kan.  Dia selalu kata aku baik sebab sudi dengan dia walaupon dia takde kerja, tapi aku tetap dengan dia, katanya kalau orang lain dah cari lain.  Aku selalu cakap kat dia aku ikhlas dengan dia takpelah kita sama sama bermula dari bawah.  Aku pun masih belajar waktu tu.  Pada aku dia ada selalu dengan aku pun dah cukup.  Kau nak dia jadi abang aku sebab aku tak ada abang, jadi kekasih, jadi kawan baik, jadi telinga aku.  Sebab aku orang yang perlukan perhatian dan suka meluah.

Aku manja sangat dengan mak, dan bila orang macam aku diberi perhatian, aku jadi berharap dan setia dengan dia seorang je.  Aku sayangkan dia seikhlas hati aku.   Mak aku pun nampk sukakan dia.  Selalu kirim salam.  Tanya khabar dia.  Kadang kadang dia ada telefon mak aku tanya khabar juga.  Setiap hari nak pergi kelas balik kelas, ontheway ke kelas aku akan video call dia, ada masalah ke aku jadikan dia tempat aku bercerita selain mak aku.  Sebab kadang ad perkara aku tanak mak aku susah hati, jadi aku cari la buah hati aku. Hehe.

Hari berganti hari, 2016 dia dapat panggilan temuduga untuk jawatan badan beruniform.  Gembiranya aku masa tu sebab selalu dalam hati aku doakan dia dapat lepas dulu, biarlah dia dapat kerja, aku kesiankan dia.  Dia yang temuduga aku yang cuak.  Siap cari info kat encik google lepastu share dengan dia dekat whatsapp.  Macam aku pula yang nak interview.  Aku buat semua tu sebab aku nak ada dengan dia susah senang.  Alhamdulillah, lepas sebulan dapat keputusan walaupun dia cuma dapat calon simpanan aku gembira bagi pihak dia.  Setahun kemudian, dia dapat jawatan tetap dan kena pergi training.

Sebelum dia daftar training, kami ada merancang lepas je aku habis belajar kami nak ikat (bertunang).  Dia ada cakap hasrat dia nak memperisterikan aku dan selalu dia ucap terima kasih sebab selalu ada dengan dia susah senang dan takkan tinggalkan aku.   Allah, masa ni aku tak tahu nak gambarkan perasaan aku masa dia rekrut.  Sebulan pertama hampir setiap hari aku nangis sebab rindu dia.  Aku tahu benda ni mengarut, menangis sebab rindu, tapi aku memang sayangkan dia.  Mak selalu pujuk aku yakinkan aku dia nak cari masa depan dia.

Setiap hari aku whatsapp dia walaupon dia tak balas (sebab dalam rekrut kan tak boleh guna telefon) macam dia ada je.  Apa aku buat nak pergi makan ke aku bagitahu.  Mahu beribu mesej aku dekat dia ada kot. Walaupon satu tick, aku tahu nanti dia akan baca bila dapat buka telefon.  Dalam sebulan dia rekrut, dia ada call aku, menangis aku lagi lagi dengar suara dia yang sayu tanya aku okay ke tak. Hari hari aku pangkah kalendar tunggu dia tamat latihan.

Lepas lebih kurang 7 bulan, dia tamat latihan dan dapat posting di utara tanah air.  Aku pulak tinggal beberapa bulan nak habis belajar.  Lepas je aku habis belajar, semua bahagia yang Allah pinjamkan untuk aku Allah tarik dengan sekelip mata. Aku ada termimpikan dia dengan seorang perempuan yang dalam mimpi tu dia nak bagi kasut dekat perempuan yang dia kata kakak angkat dia.  Aku menangis dalam mimpi terasa sakit nya macam real, dan bila aku bangun memang aku menangis dalam tidur.  Aku cerita dekat dia.  Dia cuma ketawa dan cakap lawa tak kasut tu.  Aku pun biarkan macam tu je sebab fikir mainan tidur semua tu, tapi aku tetap rasa tak sedap hati sebab aku ni memang kuat cemburu orangnya.

Lepas je dia bekerja, aku kerap bergaduh hal kecik.  Hubungan pun tak sama macam sebelum ni, 3 tahun penuh bunga bunga orang kata, takde masalah macam smooth jela, gaduh pun cemburu sikit sikit.  Tapi sekarang sangatlah beza.
Sampai kawan kawan aku dekat kolej kata aku beruntung dapat lelaki yang baik.  Tapi dalam diam, tak tahu kenapa aku rasa tak sedap hati dan rasa dia macam ada sorokkan sesuatu daripada aku.  Sampai aku tanya dia ada sorokkan sesuatu dari aku ke.  Dia kata aku terlalu fikir bukan bukan.  Aku cerita kat kawan aku, cerita kat adik aku.  Semua kata aku terlalu over thinking.  Korang, terutama perempuan, dengarlah apa aku nak cakap kat sini, bila rasa tak sedap hati, korang kena selidik.  Perempuan ni macam diberi satu kelebihan boleh hidu benda tak kena kat orang dia sayang.

Perwatakan dia tiba tiba berubah, aku whatsapp tapi balas sepatah, call macam nak tanak cakap. Memang lain, aku dapat rasa dia sembunyikan sesuatu.  Aku pelik, aku fikir dia tak sihat. Siap aku bagitahu kakak dia lagi sebab nak tanya kalau dia ad cerita apa apa ke kan.  Aku dah tak tahan dengan perangai dia yang hambar dengan aku, aku desak dia cakap apa salah aku.  Dan akhirnya dia cakap sebab apa dia layan aku hambar sejak sejak tu.  Dia sebenarnya sengaja nak buat aku benci dia.  Tapi aku tetap sama layan dia, call tanya macam biasa.  Dia ada bagitahu makin lama dia buat macam tu dia pun tersiksa sebab layan aku macam ni.

Akhirnya, dia beritahu satu rahsia yang aku tak pernah sangka.  Dia balas whatsapp aku “abg kusut, sebab abg mimpi ada orang cakap dekat abg tak layak dengan ayg, ayg suci abg tk suci”.  Aku macam blur tau, apa maksud dia ni.  Aku balas kenapa dia cakap camtu aku tak paham.  Dia balas lagi ” abg pernah terlanjur”.  Allah… laju air mata aku, menjerit aku sebab aku tak sangka apa yang aku baca, lagipun dia bukan seorang yang suka cakap main main. Aku tanya bertubi tubi, siapa perempuan tu, berapa kali dia buat benda terkutuk tu, macam mana boleh jadi, siapa yang tahu.  Macam macam aku tanya.  Sampai aku suruh dia call, menangis aku waktu tu, rasa masa depan dengan dia takde langsung.  Lelaki yang aku sayang dah pernah buat  benda terkutuk.

Macam mana dengan aku? Aku sayangkan dia, macam mana dengan keluarga aku yang dah tahu pasal kami berdua.  Semua tu dalam otak aku.  Malam tu juga, dia ada  WhatsApp aku lagi dan bagitahu dia ada simpan satu lagi rahsia.  Aku cakap apa lagi rahsia yang kena aku tahu sebab aku tak sanggup dah nak dengar, tiba tiba aku dapat satu gambar budak perempuan lebih kurang dalam sebaya anak buah aku dalam lingkungan 3,4 tahun.  Aku tanya siapa  dan dia jawab ” anak abg”.  Air mata aku da tak mampu nak tahan dari petang tu, aku menangis macam orang gila.  Anak dia seusia hubungan kami. Bermaksud, semasa kami masih kenal, dia dah ada anak. Tapi kenapa dia tak bertanggungjawab?

Kenapa dia tak berkahwin dengan perempuan tu. Kesiannya, salah aku ke semua ni. Aku tak boleh berfikir waras start petang tu. Dan tiba tiba, aku terflash back tentang doa aku lepas solat, aku ada doa, kalau dia baik untuk ku dekatkan lah ya Allah, aku cuma berdoa sebab aku ada baca dekat facebook doa untuk orang yang da adah calon atau sukakan seseorang. Tapi, kenapa aku tak boleh terima sedangkan Allah da makbulkan doa aku? Dia tunjukkan kebenaran. Sungguh, aku belum redha secepat itu.

Malam tu aku beritahu kat mak aku. Mak aku pun terkejut sampai terdiam.  Mak aku pun menangis sama. Mak aku peluk aku. Aku tak boleh tidur malam tu, otak aku bercelaru.  Seingat aku, aku cuma menangis tak henti dan aku tak tidur.  Pagi esoknya aku rasa macam nak bunuh diri aku terlampau sakit sebab aku rasa diri aku ni bodoh kena tipu selama 3 tahun.  Alasan yang dia bagi memang aku tak boleh terima. Dia kata malu nak bagitahu aku masa awal awal kenal, dia pun tak dapat kawal perasaan sebab dia manusia biasa, makin lama dia tak tahu macam mana sampai boleh sayang sangat dekat aku.

Aku tak sangka dia macam tu, tak pernah sangka.  Kalau betul dia da tahu dia ada tanggungjawab, kewangan da kukuh dan nak bertanggungjawab dekat perempuan tu dan anak dia, kenapa mesti dia berkenalan dengan aku, bukan ke dia yang bukak harapan untuk aku.  Habis, aku ni macam mana? Allah,.. Memang perit. Kawan dan keluarga aku kata, beruntung aku sebab tahu lebih awal. Kalau aku dengan dia dah berkahwin, mesti lagi perit. Aku tak dapat bayangkan. Sungguh! Aku tabik dekat perempuan yang ditinggal suami atau tunang macam mana boleh lawan rasa sakit tu. Aku yang bercinta pun sakit tak terkata.

Paling aku pelik, mak ayah dia pon tak tahu pasal hal ni.  Cuma kakak dia je tahu sebab dia kata kalau apa apa jadi, kakak dia tahu pasal anak dia.  Dia sanggup tipu mak ayah dia selama ni.  Tenang ke hidup dia selama ni.  Masa dating dengan aku mata dia tak tengok aku sangat.  Elak elak.  Macam seolah jaga mata, tapi kenapa disebaliknya dia bukan la seorang yang keras hati, jaga mata, kalau tak macam mana dia boleh terlanjur sampai 4/5kali.  Tu bukan tak sengaja kan?  Mak aku call dia mungkin sebab aku da hilang semangat asik menangis tanak makan tanak tidur, bukan sebab aku sengaja tapi sebab memang tak boleh aku rasa bila aku makan tersangkut je kat salur ni.  Aku paksa mata untuk tidur tapi nampak dia dengan perempuan lain. Aku rasa jijik.

Aku kusut. Selama beberapa minggu aku menangis siang malam, ada masa tak terkawal aku tak boleh fikir apa, aku amik benda tajam sebab nak cederakan diri aku biar aku mati, lebih bagus aku rasa waktu tu, aku tak tahan sakit kat dada aku ni.  Macam mencucuk cucuk.  Mak aku cerita dekat aku semula baru baru ni masa mak aku call dia dulu, dia asik cakap mintak maaf dan dia tersepit sebab ada anak tapi masa yang sama sayang aku.  Mak aku dapat rasa memang dia akan pilih anak dia.

Kemuncaknya, lepas beberapa minggu dari tahu kebenaran aku tak tahu apa yang aku buat, aku sedar tapi cuma mata aku nampak mak aku menangis, nampak kawan kawan aku datang bilik aku, tapi aku tak dapat kawal diri aku, cuma yang tahu waktu tu aku nak mati nak bunuh diri, iman aku terlalu nipis waktu tu, hati aku sakit.  Aku rasa dia ada dengan aku, tapi semua orang kata dia tak ada, semua tak percaya aku rasa dia ada dalam rumah aku  mungkin betul tu perasaan aku je.  Aku nak dia ada dengan aku selalu, selama 3 tahun dia ada.

Tiba tiba aku kena pisah dengan dia.  Dapat bayangkan tak perasaan aku.  Kawan baik aku bawak aku kerumah diorang.  Kawan aku pujuk aku, lepas tu kawan aku suruh aku bukak buku baru.  Aku sedar aku kena mulakan dengan padam akaun facebook aku, aku padam akaun instagram aku.  Sebab aku kalau boleh tanak tengok gambar dia.  Aku reset telefon aku.  Semua tu kawan aku tolong buatkan.  Beli nombor baru.  Tapi lepas 3 hari, aku  cari dia balik.  Tapi dia da block nombor lama aku.

Aku cuba call pakai nombor mak aku dia block juga.  Adik aku pun dia block.  Aku guna nombor lain, aku buat akaun whatsapp aku mesej dia, dia cuma cakap jangan whatsapp atau call lagi.   “kita takleh sama” .  Mudahnya, aku merayu dekat dia, aku tak tahu apa aku buat aku memang bodoh waktu tu terlalu ikut perasaan.  Dan bila dia block aku.  Ya, aku menangis meracau sampai mak aku call kawan aku untuk tenangkan aku.  Dari jauh dia datang tidur rumah aku untuk temankan aku.  Malam tu dia pujuk aku.  Aku baru sedar, yang aku hilang sorang yang aku sayang, tapi sebenarnya ramai lagi yang sayangkan aku.  Mak aku boleh sakit kalau aku terus macam ni. Aku kena lawan sakit dekat jiwa aku ni, semangat yang hilang.

Paling kesian, sekarang kawan Universiti aku cari aku, tapi tak dapat dihubungi, sungguh aku rindukan diorang tapi aku tak sedia nak berhubung. Sampai ada yang hantar email sebab tak dapat nak tanya khabar aku. Kalau la diorang baca confession aku ni, harap korang faham aku nak baikkan semangat aku dulu. Aku rindu korang tapi aku tanak orang tanya tanya pasal kenapa aku hilangkan diri. Ni je cara terbaik untuk aku mulakan semula dan cari semangat aku balik. Aku tanak senyap senyap stalk dia kalau aku buat akaun facebook , instagram yang baru. Pada korang yang baca confession, betul ke tindakan aku ni?

Sekarang, aku sedang melawan waktu waktu yang sukar, ada masa aku teringat dia, apa jua aku buat tak tahulah macam ada je kaitan dengan dia, aku akan menangis, tapi cuma menangis sebab aku nak lepaskan dalam hati ni je.  Sesak. Tapi, aku masih dapat mengawal.  Aku dekatkan diri dengan Allah, aku baca yassin lebih kerap.   Bila aku nangis, mak aku akan kuatkan aku.  Subuh tadi aku menangis lagi, mak aku cepat cepat peluk aku. Terima kasih mak, dan terima kasih Allah kau sedarkan aku yang aku ada orang sekeliling aku yang sayangkan aku.

Aku hampir hilang nyawa, lukakan anggota badan aku sebab kan terlalu kecewa.  Pengajaran untuk aku jangan terlalu sayang atau berharap dengan manusia, Allah cuma pinjamkan je, dan pengajaran untuk aku dan yang lain, selidik lah kalau rasa tak sedap hati. Mungkin tu petunjuk. Paling penting, percayalah kuasa doa. Doakan aku kuat, dan dapat jaga mak ayah aku dan tak susahkan hati makayah aku lagi. Dan kepada dia, aku harap kau tak beri harapan pada perempuan lain takut terlalu sayang macam aku. Jagalah bakal keluarga dan jadilah lelaki yang bertanggungjawab. Beri didikan agama pada anak yang tak berdosa tu. Akhir sekali, jaga diri korang semua. Assalammualaikum.

– Bunga Bukan Nama Sebenar

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *