Aku Dewi. Bukan nama sebenar. Seorang isteri dan ibu kepada seorang puteri berusia 2 tahun.
First at all, thank you admin kalau confess ni disiarkan.
Okay aku cuba straight to the point. Tentang left group. Group WhatsApp. Ada ke kat sini yang sejenis dengan aku? Kalau sentap, mesti left group. Tapi tak semua group lah aku left. Aku masih raisonal haha.
Tapi pokok tak akan bergoyang kalau tak ditiup angin, bukan? Tak kan aku suka-suka left group kalau hati aku tak terpalit. Hmmm.
Adik beradik aku ramai. 10 orang. 5L 5P. Untuk 5P ni kiteroang ada tubuhkan satu group WA khas. Bukan saja untuk membawang, tapi untuk share everything lah yang dirasakan perlu.
Tapi aku kerap terluka. Gara2 kakak aku. Aku anak P ke4, dan kakak aku yang anak P ke 3, sangat lah suka menyakitkan aku. Aku tak tahu itu memang perangai semula jadi dia, atau memang dia sengaja. Ya, sengaja menoreh luka.
Paling perit, kelukaan ini bukan bermula daripada group WA. Tapi sebelum itu lagi. Luka yang sukar aku nak terjemah.
Dari kecil dulu, kakak aku ni (Kak S) seolah2 benci dengan aku. Menyampah. Tak suka. Aku pun tak tahu mana salah aku. Masa Kecik2 dia pantang kalau aku Pakai barang2 dia. Sentuh pun tak boleh. Pernah sekali aku Pakai seluar jeans dia. Dia dapat tahu. Dan dia ambil gunting untuk kerat seluar jeans tu. Walaupun seluar jeans tu seluar paling mahal dia ada. Asalkan aku tak boleh Pakai.
Tertempias rasa benci dia kat aku. Dia selalu cakap “ayah sayang aku lebih, ayah tak sayang kau”. Dan cemuhan “Kecik2 tak nak mampus, besar2 menyusahkan orang”. Aku cuba tak percaya kata2 dia, tapi setiap kali aku atau Kak S minta dibelikan barang (buku, kasut sukan, dll), ayah akan selalu dahulukan Kak S. Sehingga terkadang, ayah terus tidak belikan apa yang aku minta. Kak S paling utama.
Dia membesar dengan mudah. Mak ayah memang selalu mengaku yang kasih syg mereka terhadap anak2 Sama rata. Tapi aku sukar nak percaya kata2 itu. Kak S pandai, sekolah berasrama penuh. Aku lembap, sekolah Kelas bawah tapi lepas masuk U.
Dia tak struggle macam mana aku struggle. Kat U, dia tak pernah tak cukup makan. Bahkan duit scholar dia berlebihan sampai boleh beli gajet. Aku? Pernah sekali berjalan sambil menangis waktu balik dari Kelas sbb tapak kasut aku tercabut.
Aku terus menelan. Hingga kami dewasa dan bekerjaya. Kak S seorang Dr., untung badan dapat pula suami yang juga seorang Dr. Bercinta dari zaman belajar. Alhamdulillah. Aku seronok untuk dia. Dan Alhamdulillah, Kak S tak pernah lupa menolong mak ayah.
Yang ini aku cukup respect dengan dia. Tak pernah culas beri duit belanja mak ayah. Belikan rumah (Walau nama dia, tapi bagi mak ayah duduk. Dia menyewa). Belikan kereta cash sebiji (ayah memang Xpernah ada kereta sebagus itu) Part ini, Kak S memang terbaik. Aku pun, belum tentu mampu bagi Sebaik tu kat mak ayah.
Berbanding aku, hanya meniaga Kecil2an Dan cukup2 makan. Kak S memang byk tolong adik beradik kami. Boleh cerita dalam family kami, siapa yang tak pernah minta tolong dari dia. Pinjam duit dia especially. Dari anak pertama sampai bongsu semua pernah merasa bantuan kak S.
Tapi itulah, aku terus terluka. Mungkin dengan sikap dia. Apa yang kami pinjam, hutang dengan dia. Itu lah yang dia suka canangkan dalam group WA. Bising2, minta semua bayar balik duit dia. Selalu minta2 Kadang2 memaksa. Padahal dia tahu, dalam siblings dia saja Paling senang.
Satu masa tu aku dah tak tahan dengan sikap kak S. Aku left group.(untuk pengetahuan semua, ini bukan kali pertama aku left group. Sebelum ini aku pernah jugak left, atas alasan yang hampir Sama). Kak S selalu meletakkan level aku rendah Sgt3 daripada dia. Aku cuma minta dia tolong pindahkan duit Rm30 ke satu akaun, habis dia ceramah aku dan memaksudkan bahawa aku ini miskin dan tak habis2 mahu menyusahkan dia.
Aku mulai serik. Tapi aku di’Add’ semula ke group tersebut. Cuti sekolah aku tak berniaga. Aku ke kedai runcit dengan mengutip Duit2 Syiling yang ada. Duit 5 sen pun aku guna untuk beli barang dapur. Bayangkanlah mcm mana keadaan ekonomi aku sekarang.
Tapi kak S terus meraut luka yang sudah berdarah di hati aku. Dia tayangkan duit dia. Mungkin dia sedang audit akun. Duit ribu riban atas meja dia. Aku terdiam. Terpaku. Kenapa dia harus berusikap begitu?
Time hari raya, dialah yang paling megah dengan jumlah duit raya yang dia bagi. Pasti dia tayang kat dalam group WA. Amount besar2 Rm50, 20. Memang tak dinafikan dia mmg berduit. Tapi aku tak tahan. Aku rasa terhina.
Baru2 ni dia cakap nak beli kereta baru. Dengan cerita kereta yg 200k sebiji. Beli lah aku tak kisah. Tapi aku teringat waktu mula2 aku beli kereta 32k aku (proton), dia datang tengok kereta tu, belek2, ketuk2 dan cakap “besi buruk je ni”.
Aku menelan lebih dari kesakitan. Baru ni dia bersalin dan dapat baby girl yang comel sgt3. Putih gebu gebas. Tapi setiap kali kami berjumpa, Dan dia tengok anak aku, dia akan selar dan gelar anak aku “budak hitam”. Ya, anak aku mmg kulit gelap. Gelap sangat lah jugak. Ikut bapak dia. Dan aku? Hanya tersenyum kelat.
Aku cuma….. Nak jauhkan diri dari kesakitan ini. Sikap manusia yang riak dan sombong. Meski orang tu darah daging aku sendiri. Sebab tu aku left group. Biar lah dia cop aku adik kurang ajar aku pemutus tali silaturrahim sebab left group WA. Aku tak peduli kalau left group WA family/siblings dianggap satu dosa.
Asalkan Tuhan tahu, bertapa lamanya aku tanggung derita jadi adik dia.
– Dewi
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit