Bila hati telah hitam

Assalamualaikum.
Ini confess kedua brother. Sebelum ini pasal brother ganas ini tak ada adik perempuan dan jakun ada anak buah perempuan. Huhuhu. Kalau engkorang ingatlah.

Kali ini brother mahu kongsi dan minta pendapat, mohon admin terima luahan ini.

Brother ada pakcik yang pelik. Dia ini sangatlah tak mengamalkan agama dengan baik. Duduk di kampung yang agak terpencil dengan sawah dan perikanan sebagai pendapatan utama.

Takbur dan riak dengan allah. Hidup dia berjudi setiap masa. Sampai satu tahap dia bina pondok kecil di hadapan rumah untuk berjudi dengan kawan kawan dia sehingga satu masa pondok dia pernah di bakar orang kampung. Sakit lama lemah jantung tapi bila sihat dia teruskan lagi kegiatan dia. Itupun mak brother yang kata orang kampung yang bakar pondok dia.

Bila balik kampung, Selalu juga brother ke pondok dia. Sama sama main kad. Brother tahu main kad ini dari dialah. Hahaha. tapi brother tahu selagi tak bertaruh tak haramkan?Hikss

Berkali juga brother nasihat secara sinis tapi pakcik brother ini langsung tak ambil peduli.
Brother pernah kata yang judi ini haram. Hisap rokok dan arak itu salah sebab allah larang. Dia minta bukti, brother katalah yang allah ingatkan hamba dia dengan alquran dan sunnah.

Jawapan dia… allah tak kata pada aku. Dia kata dalam alquran bukan dengan aku. Mana bukti dia larang aku? Dia larang untuk siapa yang baca alquran. Aku tak baca jadi aku terkecualilah!

Kecewa brother dengan jawapan dia. Masa itu brother masih belasan tahun. Tak tahu nak tepis pakai apa. Hahaha. Ada satu masa dahulu bila anak dia nak kahwin. Dia menang nombor ekor. Tapi brother tahu selepas majlis. Dengan umur brother agak muda juga, brother gagahkan diri bertanya. Bukankah duit itu duit haram? Bagi makan pada orang ramai. Bagaimana mahu berkat kahwin kak *** nanti?

Jawapan dia… sambil berjenaka dan bershaja.alahh, duit itu memang haram. Aku masukkan dalam bank islam. Keluarkan duit itu dah islamlah. Halal dan berkat. Brother tak fikir panjang dengan brother brother sekali ketawa jawapan dia. Terasa valid juga jawapan dia. Kahkahkahkah. Namun di hati brother timbul juga rasa kasihan pada dia. Setiap perkara brother tegur ada sahaja jawapan bangang dia bagi. Dia juga pernah berkata. Kalau malaikat nak cabut nyawa aku. Aku kejar malaikat guna penyapu.

Kalau dia tak mampu jadi muslim sepenuhnya, brother berharap mungkin dia jadi separuh muslim macam brother ini atau mungkin muslim macam brother sister sekalian. Rasa takut pada allah sedikit. Ya takut sedikit. Buat dosa banyak, buat pahala sedikit. Tak begitu? Huhuhu

Persoalan pada diri brother, betulkah hati dia telah hitam sampai masa dia sakit dulu pun dia sedikit pun tak nak bertaubat? Kalau mahu ikutkan hati brother yang ganas ini nak sahaja brother ikat dia kat pokok rambutan biar kena keroyok dengan kerengge. Huhuhu.

– BroGanas

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *