Berdosanya Jadi Gemuk

Assalammualaikum semua. Aku cuma nak luahkan segala rasa isi hati aku tentang masalah yang aku hadapi sekarang ini. Aku cuma mintak kalian bagi kata semangat untuk aku ubah diri aku. Aku rasa kosong dan heartless sangat sekarang ni.

Nama aku Ina. Aku bertubuh gempal dan berkulit agak gelap. Daripada kecik lagi memang badan aku besar. Oleh sebab aku ni obesiti, aku memang selalu kene hina dengan orang sekeliling aku daripada kecil sampai lah dekat universiti. Segala hinaan tersebut aku tak ambil peduli sampai lah bila aku dah dewasa, bila aku jumpa orang yang double standard dengan golongan obesiti ni, akhirnya betul2 buatkan aku depresi.

Aku cuma nak luah beberapa perkara yang menyebabkan aku depresi. Dulu waktu sekolah, aku pernah dihina teruk oleh seorang lelaki kerana rupa paras aku yang gempal dan berkulit gelap. Aku namakan dia aidil. Aku pernah berterus terang dengan aidil yang aku memang tak cantik. Namun aidil berkeras nak jumpa aku setelah kami berbulan berkawan melalui telefon sahaja.

Selepas jumpa aku, aidil diamkan diri dan aku dapat tahu aidil telah menghina rupa paras aku dekat kawan2 dia termasuk kawan2 sekolah aku. Si Aidil ni cakap aku tak layan untuk bercinta dengan dia sebab rupa paras aku yang hodoh ni. Aku sedih sangat tapi aku tak mampu buat apa. Sejak itu, memang aku mula rasa rendah diri dengan rupa paras aku.

Di universiti pulak, aku kenal akan lelaki yang bernama rosli. Rosli pada mulanya memang layan aku sangat baik. Dia selalu bagi ayat2 manis dekat aku kononnya hanya aku perempuan yang dia sayang. Dalam masa yang sama, Rosli kerap minta bantuan aku macam-macam. Contohnya, kalau dia nak cari kerja, dia minta tolong aku update resume dan carikkan kerja, kalau dia tak ada duit, dia mula lah nak pinjam duit aku.

Aku masa tuh bodoh terbuai dengan ayat manis dia. Lagipun rosli suka buat ayat sedih bila nak mintak tolong dengan aku. Aku banyak tolong dia last2 dia tinggalkan aku sebab ade perempuan lain. Dia siap cakap dia cuma gunakan aku untuk kepentingan dia. Rosli cakap dia tak ada perasaan dekat perempuan gemok macam aku. Dia bagi tahu family dia aku ni bukan perempuan baik semata-mata nak tutup salah dia yang suka kikis duit aku. Aku sedih gile dan rasa down habis . Rase bodoh sangat. Tapi tuhan sayang aku, dia bagi balasan untuk ex aku ni. Nanti aku cerita dekat hujung confession ni.

Kalau perihal kawan pulak. Sejujurnya dulu masa sekolah menengah aku ramai sangat kawan. Kawan aku layan aku dengan baik walaupun aku bertubuh gempal. Sehinggalah di universiti, aku duduk serumah dengan kawan2 yang ada rupa paras yang menarik. Mereka langsing dan berkulit putih. Mula2 aku tak rasa rendah diri dengan rupa paras aku, tapi lepas aku terjumpa twitter teman serumah aku yang hina fizikal aku, aku mula rasa sedih.

Ayat dia macam ni “housemate aku pun ada gemok macam ni, geli siot dengan orang gemok ni“. Sedih aku. Hal lain pulak, ade housemate aku yang lain cerita pasal ex masing2. Ade housemate aku nama Yana cakap macam ni depan muka aku “eh ko tahu tak ex aku kan couple dengan perempuan gemok, yang gemok jugak dia carik, aku tak faham lah kenapa dia pilih perempuan gemok“. Then, si yana dengan housemate aku yang lain terus kutuk perempuan gemok tanpa pikir perasaan aku.

Yang lebih teruk, kalau ada makanan hilang, mesti housemate aku tuduh aku. Padahal aku tak amik pun barang orang lain. Kalau barang aku orang lain senang2 jek guna tanpa izin aku. Aku tak marah pun. Ntah lah, mungkin sebab aku gemok gelap. Tuh aku kene double standard. Kalau bab bergambar pun sama, aku selalu jadi tukang tangkap gambar jek.

Jarang lah ade kawan yang upload gambar berdua dengan aku. Mungkin sebab malu kan nak upload, tak cantik gambar meraka ada aku sebab aku gemok dan gelap. Housemate aku pun ramai instafamous. Aku banyak tolong pasal rumah sewa, aku deal dengan owner rumah sewa nak bagi kemudahan dekat kawan2 serumah aku. Tapi itu lah, aku kene layan buruk sebab rupa paras aku.

Mungkin ada yang pertikaikan , dah tahu gemok pergilah kuruskan badan. Ya, aku cuba untuk kuruskan badan daripada zaman sekolah lagi. Tapi dengan cara yang salah, sebab aku tak ada ilmu yang betul untuk kurus. Aku pergi amik ubat kurus. Pernah satu hari aku nak pitam akibat makan ubat kurus.Tahun lepas aku belajar secara online program kurus secara sihat. Aku dah turun 10kg buat masa ni. Aku mula eat clean dan bersenam selalu . Dekat setahun jugak lah nak turun 10kg tuh. Memang perit tapi kalau aku tak ubah diri aku siapa lagi kan. Aku kene diet lagi dan turunkan lagi 10kg untuk dapat BMI normal.

Masalah yang aku hadapi sekarang ialah aku sangat berasa rendah diri. Walaupun aku dah kurus sedikit, tapi kesan hinaan bekas kekasih aku dengan housemate aku dulu sangat membuatkan aku rasa kurang yakin dengan diri. Dalam mindset aku ialah, aku kene kurus cantik baru ada orang akan kawan dan sayang aku. Aku jadi stress dengan diri aku. Bila aku mula diet, nanti aku akan ingat balik segala hinaan yang aku terima dulu sebab aku gemok. Aku nak pergi interview pun aku tak yakin. Aku takut nanti syarikat tuh reject aku sebab aku gemok dan tak cantik.

Pernah dulu aku dah pergi interview, aku dah dapat kerja jawatan sebagai admin executive. Aku tak pergi kerja tersebut cuma sebab aku rasa rendah diri akan fizikal aku. Aku rasa sedih bila tengok pekerja lain yang cantik kurus dan secara automatic aku takut kene bahan lagi sebab gemok. Balik rumah aku nangis sebab stress sangat. Aku pun tak tahu sampai bila aku macam ni. Pernah aku dapat interview untuk jawatan Food Technology tapi aku tak pergi sebab yang sama, aku tak yakin dengan diri aku.

Pagi sebelum aku nak pergi interview, aku nangis sendiri dan rasa stress. Otak aku ni asyik teringat ingat segala hinaan dan perlakuan housemate dan bekas kekasih aku dulu. Dalam otak aku asyik pikir “ kau ni tak cantik lah ,tak payah pergi interview ni, mesti syarikat ni reject kau, sekarang ni orang nak yang cantik2 aja “. Ataupun aku akan pikir, nanti kalau dapat kerja, ntah2 kene hina macam dulu sebab gemok.

Gila kah aku ? Ntah lah, aku cuma stress .Aku terlampau rasa rendah diri dengan hidup aku. Aku sedih dengan hidup aku. Aku tak tahu nak buat macam mana lagi. Aku nak pergi kaunseling tapi tak tahu nak pergi dekat mana. Kalau korang ada tahu sesi kaunselling online boleh inform ya dekat komen.

Hurm housemate aku yang hina aku gemok dulu sekarang dia lepas bersalin dia pulak gemok dua kali ganda daripada aku. Dia bersungguh minta tips diet daripada aku bila tengok aku dah kurus sikit. Ex aku rosli tuh pulak masa tuh kemalangan, jari dia putus, muka herot, jalan pun tempang. Rosli tuh pernah nak get back dengan aku. Alasan dia, dah tak ada perempuan nak dekat dia sebab rupa paras dia dah berubah kan.

Aku maafkan dia orang cuma aku takkan percaya mereka lagi dan jauhkan diri daripada mereka.

Aku harapkan kata2 positif daripada kalian. Terima kasih sudi baca luahan hati ini.

– Ina

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *