Good days to you. Sepertimana tajuk di atas, saya seorang pegawai penilaian. Saya rasa, ramai yang masih tidak tahu, apa itu penilaian. Kerja saya, melakukan nilaian atas hartanah atau mesin. Orang kampung kata, juruukur tanah. Dimana saya akan mengiyakan saja mengenangkan zaman di university dulu, saya juga pelajari subjek ukur tanah / ukur kadaster.
Mungkin, coretan saya kali ini kurang menarik. Tapi, saya cuma mahu luahkan pendapat saya mengenai pekerjaan saya dan apa yang boleh para pegawai penilaian lakukan untuk berbakti kepada masyarakat. Dan saya sedar, saya tidak boleh sangkal setiap nilaian yang telah dibuat. Tapi, perlulah berlandaskan asas yang benar setiap kali buat nilaian.
Baru-baru ini, saya dapat tahu yang rakan saya telah pun membeli sebuah kediaman low-cost dengan harga RM300K secara sub-sale. Setelah segalanya selesai, baru dia ceritakan pada saya. Which part yang buat saya terperanjat sangat-sangat. Low-cost, luar bandar dengan harga RM300K? Ini tipu daya atau apa? Kasihan!
Pada pendapat saya, dengan harga yang sama, dia mampu beli rumah baru yang ada disekitar itu. Inilah kesilapan besar para penilai dan agent harta tanah. Terlampau tamak dan mahukan keuntungan dan secara tidak sedar, memanupulasikan harga rumah. Saya sedar, makin tinggi rumah itu dinilaikan, makin banyak fees yang mereka akan dapat. Jadinya, saya hubungi pegawai penilaian yang menilai rumah itu, dia beri alasan, dia ikut comparison rumah mewah disebelah taman tersebut.
Jujur saya cakap, hal ini buat saya marah yang amat sangat. Teringin saya tahu, asas perbandingan yang macam mana sehingga dia buat perbandingan rumah murah 2 bilik dengan rumah baru siap yang berharga 500k keatas. Saya tidak faham, kenapa bandingkan buah epal dengan buah durian. Sedangkan buah epal hanya boleh dibandingkan dengan buah yang sama atau seangkatan dengannya.
Ini semua antara punca kenapa harga rumah susah untuk susut dan menindas golongan muda atau golongan yang susah untuk memiliki sebuah rumah. Adakah dengan nilaian yang tinggi, boleh buat kita jadi seorang penilaian hartanah yang bagus? Kenapa tidak ada sedikit pun memikirkan bahawa segala nilaian yang kita buat, ia amanah Allah.
Harga sebenarnya, kita yang kawal dia. Bukan dia / hartanah itu yang kawal kita. Semua benda itu, boleh dikawal. Sepertimana saya telah katakan diatas, saya sedar setiap nilaian memberikan kita fees yang boleh menguntungkan syarikat dan diri kita. Tapi… Patut ke kita buat nilaian yang terlampau tinggi sehinggakan ia kelihatan tidak munasabah? Hati perut kita sebagai manusia, mana?
Kita senang sekarang, tapi akibat daripada perbuatan tamak kita, anak cucu kita mungkin tinggal di jalanan hanya kerana diri kita terlampau taksub naikkan harga dan beri alasan yang sangat-sangat tidak munasabah.
Sekian dari saya. Lakukan setiap pekerjaan niat kerana Allah. Bukan kerana kejarkan sangat duit, walaupun kita perlukan duit.
Terima kasih…
– Anonymous
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit