Pengalaman

Aku belajar banyak daripada pengalaman dan sebab itu jugaklah aku boleh paham serba sedikit macam mana dunia ni berfungsi.

Tuhan ciptakan dunia ini dengan tingkatan-tingkatan alam yang mana setiapnya itu dihuni oleh makhluk ciptaannya yang tersendiri. Tetapi berbeza situasinya dengan manusia. Oleh kerana manusia itu diadun dengan beberapa komposisi, ia dinilai dan diangkat sebagai suatu ciptaan yang unik dan agung berbeza dengan makhluk ciptaanNya yang lain.

Ini yang terjadi dekat aku, bila mana aku dapat suatu kebolehan untuk akses mana-mana alam yang aku mahu (kecuali satu alam) dan aku boleh go mana-mana tempat beyond time and space. Bagi aku ini satu pengalaman yang sangat berharga dan bernilai. Satu yang kita kene paham bila kita travel sebagai suatu entiti manusia, akan ada beberapa kelompok entiti lain yang kita akan jumpa dan lihat. Benda tu normal sebab kita dah cross sempadan antara dimensi kita dan dimensi lain.

Manusia hidup dalam dimensi 3d, ada tinggi ada lebar ada panjang. Berbeza dengan dimensi-dimensi lain. Antara sebab kenapa aku cakap manusia ini suatu ciptaan yang unik, kerana manusialah satu-satunya ciptaan yang boleh cross kepada dimensi yang lebih kecik dan juga dimensi yang lebih besar daripada dimensi 3d tanpa mengalami pecah ataupun binasa.

Itulah sebab mengapa manusia itu terdiri daripada beberapa komposisi. Antaranya dalam diri manusia itu terkandung unsur zahir dan unsur batin. Unsur zahir berasal daripada alam lain sementara unsur batin pula berasal daripada alam lain.

Siri-siri pengembaraan batin yang aku alami ini bukan sekali dua tetapi sudah memasuki fasa-fasa yang agak lama. Bahkan sejak daripada awal remaja lagi. Boleh katakan aku dah jumpa banyak entiti kat sana. Satu yang aku perasan bila entiti yang lebih bawah daripada dimensi 3d nak masuk ke dalam alam dunia (dimensi 3d), entiti tersebut akan pecah ataupun ia akan mengalami suatu perubahan.

Sebab itu kalau kita tengok kebanyakan penampakan-penampakan makhluk halus yang muncul kat atas dunia ini dalam rupa yang ngeri dan hodoh. Contoh mudah, misalnya suatu gambar yang mempunyai size dan resolution yang rendah tapi engko nak print dalam ukuran yang besar. Pecah beb. Silap-silap haribulan tak nampak langsung rupa gambar.

Begitu jugaklah yang terjadi dekat Jibril, bila mana Jibril mengiringi Nabi semasa berlakunya Isra’ Mikraj. Nabi diangkat ke langit sambil ditemani Jibril. Sampai satu tahap bila mana Jibril sampai dekat suatu sempadan yang menghubungkan antara alam-alam. Jibril stop. Dia takleh cross untuk sampai ke dimensi yang lebih tinggi. Sebab kalau Dia cross sempadan tu walaupun dengan ukuran suatu garisan halus, konfirm ia akan binasa. Bahkan Jibril sendiri cakap kalau Dia langkau sempadan tu nescaya Dia akan terbakar.

Pecah ataupun binasa ini bukanlah tertakluk dan terpakai semata-mata kepada entiti sahaja. Boleh jadi ianya berlaku kepada benda-benda lain jugak. Misalnya makanan, tempat, pakaian dan sebagainya. Aku pernah try untuk keluarkan makanan yang aku jumpa dalam pengembaraan aku kat sana ke dalam dunia yang nyata. Guess what makanan itu tak seperti yang aku tengok pun. Hanyalah secebis kulit kayu dan ulat-ulat kecik.

Sebab itu aku tak pelik bila ada manusia yang termasuk ke alam lain, makan makanan kat sana tapi tak kenyang-kenyang. Makan tapi macam tak makan, berat badan makin susut, muka cengkung dan sebagainya. Macam itu jugak bila aku cuba untuk pindahkan sejumlah barang berharga ke alam nyata, dengan sekelip mata ia berubah menjadi guguran daun-daun kering.

Apa yang aku cakap ni hanyalah berdasarkan perspektif aku sendiri, yang melihat alam berdasarkan pengalaman aku. Tapi aku yakin setiap yang berlaku mesti ada hikmahnya yang tersendiri.

– xxx

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. menarik. harap confessor ni dpt tulis lg pengalaman dia ke dimensi lain tu. Aku percaya apa dia tulis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *