Wanita: Tips kenali dan hindari ‘F***boy’

Hai semua pembaca IIUMC. Ini pertama kali aku menulis bagi ruangan IIUMC. Aku pembaca tegar ruangan ini. Straight to the point, aku nak bercerita mengenai pengalaman aku ’bercinta’ dengan so called ‘F***boy’ atau nama lainnya player, kaki perempuan, douche bag , parasit dan sebagainya.

Amaran, penulisan aku menggunakan bahasa rojak . Harap maaf ya. Diharapkan mesej yang ingin aku sampaikan lebih di utamakan. Itu yang aku harapkan.

Jadi, siapakah F***boy ini dalam hidup aku dan bagaimana aku terlarut dalam hubungan cinta bersama si dia? Sewaktu aku dipertengahan usia 20an, lelaki ini hadir di dalam kehidupan aku. Dia adalah lelaki pertama yang berjaya membuka hatiku, seorang wanita berprinsip yang tidak mahu bercinta sakan sebelum berkahwin dan hanya mahukan hubungan yang serius. Dan aku? Ya, aku dilamun angan dan mimpi. Aku pun tidak tahu yang I will fall hard for him.

Betullah istilah cinta itu buta. Membutakan mata dan hati. Siapa sangka aku boleh terjatuh cinta. Dan ya, aku pernah merasa berada di awang-awangan cinta seperti mana rakan-rakan sekeliling ku pernah rasai. Meski pun hanya untuk 3 bulan. Cukup untuk mengajar dan membuka luas mata hatiku. Meskipun diriku sendiri yang memutuskan perhubungan kami.

Selepas tempoh putus cinta itu, ada juga fasa-fasa dimana aku seperti ‘gila talak’ memujuk kembali si dia untuk bersamaku padahal aku yang putuskan hubungan. Tapi tak sampai seminggu projek memujuk hati si dia, aku mengalah. Angkat bendera putih. Aku wanita yang ada harga diri, I let him be. Dalam tempoh setahun adalah beberapa kali aku cuba bridge the gap between me and him. I was so denial and can’t see things for what it is. Still blinded. How foolish I am.

He said let’s be friend. Dalam hati aku, Bullshit, ex-lovers can never be friend . I can sense that he is dragging me down. But I still holding on to bits and pieces of what if he changed.. Why don’t I give him a chance… Dalam tempoh setahun aku on-off berhubung dengannya. Ada berjumpa beberapa kali tanpa status ‘girlfriend/boyfriend’. Dan ya, aku dapat rasakan he was being different from what I used to know him.

Dalam tempoh itu, aku seperti tak boleh melepaskan dia. I kinda like hate him, but I want to be with him. Faham tak? Aku nak move on tapi tak boleh. Gila kan? It’s not healthy girls!! You are damaging yourself. Dan akhirnya, last year after a deep realization I managed to cut him off all together from my life. I blocked him from my life. Out of sight out of mind. Dan aku tak ada keinginan sedikit pun untuk bersama kembali. Titik.

Jadi macam mana aku boleh katakan lelaki ini adalah spesies player ataupun bahasa kasarnya F***boy. Semalam, seperti mana kebiasannya seorang ‘nerd’ seperti aku yang memang suka untuk belajar atau ambil tahu mengenai pelbagai perkara termasuklah mengenai cinta. I binged watched on a youtuber Shallon Lester. She is a dating coach btw. Go and check her out. Dan ada satu video dia yang bertajuk lebih kurang How to spot a F***boy. Dia senaraikan 6 ciri seorang F***boy.

Mind you, she has gone so much in her dating/marriage life. So I think she knows what she is saying. I believed this is based from her experience in dating scene. Lelaki secara universalnya sama ya meskipun di New York mahupun pun di Madagascar. Haha.

Jadi aku fikir nasihatnya terpakai juga buat lelaki-lelaki Malaysia. Maaf ye kasanova Malaysia. I am about to spill the tea. Boy oh boy. Setiap satu point-point yang youtuber ini gariskan sama seperti apa yang aku pernah alami. I couldn’t agree more. I am shook.

No.1 : He comes on strong (Agresif untuk menawan hati si gadis)

Spot on. Ini sangat benar dan petanda yang sangat penting. Lelaki yang aku kenali ini comes on to me so strong and intensely . He will make you fall in love with him. After one date, akan proceed to another date the next day. Dalam masa seminggu, lelaki ini akan buat macam-macam just so you’ll like the idea of him as your boyfriend. Morning text, Night text , call on the phone dia akan sentiasa untuk stay connected dengan aku.

From our first lunch date, the relationship escalate way too quickly. Imagine on 3rd or 4th day of going out with him he already said I Love You when we were on the phone. And I was like huh? Dalam hati dah rasa lain tapi aku layankan je. First love lah katakan. Remember, first does not always means the best okay girls!!

Every time we met up he will ask, do you love me? And he will complain that that I don’t love him enough because at that time I was like being very cautious and did not open up much. He’ll nonchalantly say the cringiest things like I love you, I missed you, and even decided to call me ‘love’ instead of my name. Sigh. Looking back now, he really tried very hard to win my heart. And yes, he did it. Like what players always do. Manipulative. Little did I know. Sigh.

He will be the most gentleman guy on earth by showing the chivalry act from paying for everything from the day I met him, he will be attentive to me, helping me with works etc. and always want to be near me. Bila aku balik rumah parents untuk cuti hujung minggu dia akan sanggup datang dari jauh untuk melawat. He will invest in his time and money on you.

Bak kata Shallon Lester, a F***boy is like a firework. In and out way too quickly. He literally want to get on your pants ladies. Beware. Sangat bahaya. A real genuine guy is like a fireplace. Slow burn. Lelaki yang baik dan jujur akan ambil masa untuk mengenali anda melalui cara yang betul. He will adjust his time to your needs. He will respect you above all.

No. 2: He talks about future (bicara tentang masa hadapan yang indah)

We can talk future honey but not too quickly. Not on our 3rd date. Dia akan buatkan aku meletakkan dia dalam future plan aku. He plans this and that way too quickly. Cerita pasal plan perkahwinan la, masa depan ‘kita’ berdua lah. The truth is he is trying to sell you the dreams of him. He just want to lay you on the bed. Itulah future yang seorang F***boy mahu sebenarnya. Dia akan kept on selling the idea of you and him until you are blinded. Talk is cheap. See his action but not his talks.

No.3 : He is not nervous (sangat berpengalaman dan matang)

Biasanya lelaki yang ada crush on you will be a little bit nervous around a girls he likes. Akan ada a bit oh shyness. Lelaki yang aku kenali ini sangat bersahaja dan akan pandai untuk berhujah apa sahaja dengan aku .He has a ‘bad guy’ vibe. Dah banyak pengalaman lah katakan.

Aku pernah tanya dia aku girlfriend yang ke berapa? Guess what? Aku kekasih dia yang ke-7 okay. Sejak sekolah menengah dia dah ada girlfriend. Bab ni dia jujur dengan aku. Aku berjaya mencungkil kisah dunia percintaan dia. Dia sangat pandai untuk lead the relationship walaupun dia muda daripadaku. Bila fikir balik, he is indeed very manipulative.

No.4 : He is inconsistent (tidak tetap pendirian)

Di penghujung waktu, aku makin nampak perubahannya. Dia masih macam awalnya sangat sweet, but being a women, yes we can sense somehing is not right. Setelah beberapa bulan di waktu perkenalan, dia tak responsive seperti di awal perkenalan. Penat barangkali.

Apa yang dia mahu tak pernah dapat (Read: getting under my pants). Aku boleh rasakan perbezaannya sebab aku sejenis perempuan yang agak intuitive. Selepas dia berjaya buat aku jatuh cinta padanya di awal waktu perkenalan dan sekarang dia tahu I will do anything for him. And he is dead wrong about that. I am not like any other girl he ever dated.

No. 5 : He goes for sexual thing right away ( ringan-ringan)

Seperti mana perempuan yang lain kita akan cenderung untuk bersangka baik dengan lelaki yang kita sukai. Dan ya aku juga menjadi sangat selesa menjadi kekasih lelaki ini kerana aku rasa selamat dengannya. Tak tahu dari mana datangnya keberanian aku. Aku berani okay naik kereta berdua dengan dia . Daripada tak pernah keluar berdua-duan dengan lelaki. Fuhh mujur tak pernah jadi apa-apa perkara pelik. Alhamdullilah.

Bayangkan macam mana perempuan ortodoks sepertiku boleh fall in deep and trust him. Cuma lelaki yang aku kenali ini pernah bagi aku hint seawal perkenalan yang dia adalah sejenis lelaki ‘bad guy’ yang dah insaf katanya. Apa sahaja yang dia tak pernah buat katanya (macam riak pun ada). Kecuali dadah dia tak pernah usik. Dia jujur cerita kisah silamnya. Time ni aku masih bersangka baik lagi. Aku masih beri peluang untuk kenal dia.

Waktu awal-awal date dia pernah suruh aku pegang tangannya time window shopping di mall. Alasannya nanti ada orang nak mengorat aku. Memang tak lah aku nak ikut cakap dia. Tak lojik langsung alasan. He kept insisting on the idea of skinship. Pegang tangan between lovers is normal katanya dan dia dah biasa buat bersama ex-girlfriends. They will always holds hands inside the car or when going on dates. He said no more than that. Cough cough cough.

Perkara ini pernah menjadi isu di dalam perhubungan kami. Dia rasa aku tak sayang dia sebab I am not into the idea of holding hands? He can’t feel my love gitu. Aku explain dekat dia elok-elok. Apa yang haram tetap haram. Aku cakap if he loves me he should respect me as a women. And lepas tu dia tak pernah ungkit. Aku fikir mula-mula memanglah nak pegang tangan je. Lama-lama?? Nauzubillahiminzalik.

Banyak red-flag yang aku perasan mengenai dia seperti berat untuk solat 5 waktu sewaktu kami pergi date. Kita boleh nampak orang yang memberatkan solat dan tidak. Dia boleh pung pang (gebang) soal agama tapi apa yang dia katakan tak selari. Fahamkan? Waktu keluar date , aku perasan mata dia meliar tengok perempuan. Setiap kali. Fuh. Aku perasan lah bodoh but I kept it to myself. Another red-flag I guess. And one fine day di pertengahan kehangatan hubungan kami, he comes clean with me.

Kami tengah berbicara mengenai masa depan and marriage. He suddenly made a confession. He was sexually active during his teens. When he was 18 years old. Dia langgan prostitute. I was shocked and saddened by his story. Dia sanggup kumpul duit buat part-time semata-mata untuk langgan prostitute. Bila dia cerita, baru semua perlakuan dia sebelum ini make sense. On his behavior. Why following Instagram penuh dengan insta perempuan seksi gila (pernah argue pasal ni).

Why sometimes bila kami drive around he seems to know everything about ‘prostitution’ or hotel itu ini. Like gurau-gurau dengan kawan pasal ‘ayam’ depan aku. Harga ‘ayam’ berapa. Dia ingat aku ni innocent sangat tak tahu apa itu ‘ayam’. It was a deal breaker for me. All of the thing I experienced with him make sense now. Kalau time dia tak ada duit dia boleh tegar untuk melanggan inikan pulak waktu dia berduit.

Aku memang terkejut dan tak boleh bersangka baik lagi. Orang yang dah bertaubat tak akan sanggup nak ceritakkan keburukannya dan kisah silam malah berbangga. Entahlah. Aku tak mampu nak bersangka baik. Semua red-flag aku dah nampak. Sejak itu hubungan kami makin renggang. I Think he can sensed I am being different. It was about time when I broke up with him.

No.6 : Sad story (kisah sedih)

Emotional dumping di mana keadaan si pelaku akan lakukan pada awal perkenalan. So we can excuse all his bad behavior . Awal perkenalan dia dah ceritakan kisah sedih how he was treated unequally by his parents yada yada. How he is struggling. It will be all about him. His pity party. And how I can mend his heart. And oh boy. That is so wrong. You have to do your own saving.

Kita tak akan pernah mampu untuk membetulkan sesiapa. We are dead wrong to think we can change the person we love. The bad boy in him can never be changed. And yes, it’s all about him. He wants the spotlight all on him. Sekarang aku sedar betapa he never really try to understand or wanted to know about me. Wow. After all this while, aku tertipu. Dengan perasaan. Dengan nafsu.

////

I take full responsibility on my experience. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Aku harap kepada mana-mana kaum hawa especially gadis-gadis innocent yang naif , please please please sayangi diri anda. Ingat kita wanita muslim beragama Islam. Maruah anda itu sangat mahal. Jaga diri. Bertegaslah dengan pendirian anda. Stand up for your self. Jangan biarkan sesiapa manipulate anda.

Ambil iktibar daripada kisah aku ini. Anda perlu set your own deal-breaker in one relationship. Kalau dah banyak sangat red-flag, sila cabut awal-awal. Percaya kepada kata hati anda. Ia tak akan pernah menipu. Jangan nak sangka baik sangat ye dengan lelaki asing. Hanya serahkan hati pada yang halal. Tak payah nak couple-couple lah.

The right man will come at the right time ok sayang. Biarlah tak couple or tak ada orang nak dekat anda daripada terhilang maruah diri. Kata-kata manis lelaki sejenis F***boy? Biarkan dia kena diabetis dan mati. Jangan layan dan dengar kata-katanya. Ingat, a player (buaya) is like a firework, goes in and out fast. A true gentleman will be like a fireplace. Slow burn.

– Purple Rain (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *