Pertama Kali Ayah Imamkan Kami Solat Berjemaah

Assalamualaikum semua. Pertama sekali saya ingin ucapkan terima kasih kerana sudi menyiarkan confession saya ini. Nama saya Eida (bukan nama sebenar), berumur 27 tahun.

Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan, maka kita terpaksa menyambut Ramadan dalam keadaan serba sederhana di mana pergerakan kita semua juga terhad bagi memutuskan rantaian Covid-19.

Di sini saya hendak meluahkan hikmah pkp ini kepada keluarga saya.

Saya mempunyai adik beradik seramai 5 orang, sorang lelaki dan lain semuanya perempuan. Ibu ayah sudah berusia hampir 60 tahun tapi masih sihat lagi alhamdullilah.

Sejak pkp dilaksanakan bulan Mac lalu, saya memutuskan balik ke kampung di selatan tanah air memandangkan saya tinggal berseorangan di rumah sewa di ibu negara, memandangkan company saya berkerja membenarkan saya “work from home”, sehinggalah ke hari ini.

Pada asalnya keluarga saya biasa saja, golongan sederhana, tapi hubungan kami sekejap baik, sekejap tidak. Ada pasang surutnya.

Bab agama pun kami biasa-biasa saja. Kalau solat tu setakat buat yang wajib sahaja, itu pun kalau terasa nak solat lah. Ayah saya tidak pernah imamkan kami anak beranak solat berjemaah.

Pendek kata, dari saya kecil sehinggalah saya dewasa berumur 27 tahun sekarang, sekali pun saya tidak pernah solat berimamkan ayah saya. Ayah saya tidak pernah mengajak ibu atau adik beradik saya yang lain untuk sama-sama solat berjemaah. Masing-masing sibuk dengan hal sendiri.

Hati saya berasa sedih. Bila setiap kali Ramadan saya selalu dengar rakan-rakan saya bercerita solat berterawih bersama keluarga. Sejujurnya saya tak pernah rasa begitu. Keluarga saya niat solat berjemaah pun diorang tak tahu. Allah.

Setiap tahun bila datangnya Ramadan saya selalu doa semoga saya dapat solat berterawih bersama keluarga saya. Selama ni kalau saya solat terawih saya buat di masjid saja. Sekarang tengah pkp tak dapat nak solat kat masjid.

Satu hari saya tengok video ceramah agama di YouTube tentang solat berjemaah bersama keluarga, saya teringin sangat nak buat semua tu dengan keluarga saya. Mulanya saya takut nak luahkan kat keluarga saya. Tapi saya beranikan diri ajak keluarga saya untuk solat terawih berjemaah.

Allah maha berkuasa, semalam buat pertama kalinya saya dapat solat berjemaah terawih dengan keluarga saya, berimamkan ayah saya. Ya Allah syukur yang tidak terucap.

Buat pertama kalinya ayah saya mengaku kepada kami adik beradik yang dia tidak pandai baca dan hafal surah2 panjang, hanya yang pendek2 saja.

Sebab itu ayah malu untuk imam kan kami untuk solat berjemaah kerana merasakan dirinya tidak layak. Even baca doa pun kena tengok kat telefon bimbit cari di Google sebab ayah tidak tahu, itu pun tergagap baca.

Saya cakap, “takpe ayah asalkan ayah sudi imamkan kami”. Even ibu saya pun tanya saya macam mana nak niat solat terawih berjemaah semua, surah apa yang perlu dibaca etc. Kami semua menangis sebab kami rasa kami tak cukup ilmu agama.

Ya Allah besar rahmatMu kepada kami di bulan Ramadan ini Ya Allah. Saya menangis selepas habis solat kerana doa saya selama ini agar dapat solat berjemaah dengan keluarga kandung saya sebelum saya berkahwin tidak lama lagi telah Allah swt makbulkan. Aamiin syukur.

Dan harini saya mengharapkan agar ayah saya sudi jadi imam kami lagi untuk solat fardu dan solat sunat terawih untuk kami anak beranak.

Saya berdoa semoga perkara ini berterusan dan hubungan kami menjadi lebih baik dari sebelumnya. Sebab sebelum ini kami solat ke tidak solat ke, nobody cares. Saya juga masih lagi dalam proses menjaga solat saya yang masih lompang sana sini, di samping memperbaiki bacaan surah saya.

Harapnya tunang saya yang bakal menjadi suami saya mampu menjadi imam yang akan memimpin saya nanti, InsyaAllah.

Mohon didoakan semoga istiqomah yang berpanjangan untuk kami sekeluarga dlm melaksanakan solat berjemaah bersama sama. Hikmah pkp ini telah memberi satu rahmat kepada saya.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca kisah saya ini. Dengan ini, saya undur diri dengan Assalamualaikum.

– Miss Eida (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *